Salam Sejahtera...
Kalau kita imbau kembali sejarah pentadbiran negara, sewaktu era Mahathir mengetuai negara selama 22 tahun, cuma Allahyarham Tunku Abd Rahman Putra Alhaj sahaja yang berani dok hentam kempimpinan Mahathir menjadi PM Malaysia, itu pun setelah UMNO diharamkan pada tahun 1987.
Perkara itu berlarutan sehinggalah Tunku Abd Rahman meninggal dunia, kemudian selepas dari itu tak sesiapa lagi yang bekas pimpinan negara yang berani kondem Mahathir.
Pada 22 Jun 2002 sewaktu ucapan penggulongan perbahasan persidangan UMNO, Mahathir dengan muka toya menangis mengumum akan meletak jawatan, maka bangunlah Rafidah Aziz Ketua wanita UMNO sehingga patah tumit kasutnya, diatas tindakan Rafidah Aziz itulah menyebabkan kemarahan Mahathir sehingga sekarang, Mahathir yang pada mulanya nak test market kononnya, tetapi telah tersilap cakap, maka nak tak nak terpaksalah lepaskan jawatan Presiden UMNo termasuk jawatan PM.....
Selepas Pak Lah memegang jawatan PM dengan persetujuan melantik Najib sebagai Timbalannya, Mahathir telah mula menghentam pentadbiran Pak Lah, dalam waktu ini Mahathir tiada masa nak hentam PAS dan pembangkang....kemarahan Mahathir terhadap pak Lah makin bertambah apabila Mahkamah Rayuan membebaskan DSAI dari penjara, sehinggalah Mahathir dan bini kesayangannya Hasmah botak keluar dari UMNO....
Sekarang, Mahathir dah rasa lega, kerana Bini Rosmah menjadi PM, cuma kurang puas hatinya ialah kekalahan anaknya Mukhris ditangan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO, apa pun memang jelas Najib tetap melantik Muhkris sebagai Timbalan menteri Kabinet, ini atas arahan Mahathir, sedangkan Khairy ternganga kesedihan, Pak Mentua pun dah tak peduli lagi, asyik dengan bini baru.....
Mahathir yang memegang tampok kuasa paling lama dalam era pemerintahan UMNO, merasa gian nak bercakap juga, nak hentam Bini Rosmah tak tergamak, walaupun melantung,, jadi nak lepas gian juga mulalah cari pasai, mula-mula dia hentam Samy Vello rakan karibnya sendiri, menyebabkan Samy Veloo kembang telinga menahan kemarahan, sehinggalah ada wakli MIC mencadangkan nak gantung slipar kat Mahathir... dari sinilah kepopulariti Mahathir meningkat, wartawan media sekarang ini lebih suka mencari Mahathir dari bini Rosmah...
Setelah MIC punah ranah akibat mulut capoi Mahathir, ia cuba nak tonjolkan seolah-olah beliau seorang bekas ahli politik yang bersih, ia mula mempertikaikan ISA Doraemon nak jadi calon PRK Bagan Pinang, sedangkan semua orang tahu politik wang bermula dalam UMNO adalah kerja Mahathir dan kuncu-kuncunya sewaktu nak mengalahkan pencabarnya Ku Li dalam pemilihan UMNO tahun 87.
Bila suasana Bagan Pinang tak ada respon yang positif, Mahathir mula beralih arah, ia nak tambah lagi popularitynya, ia cuba nak bela Raja Katak Malaysia Ibrahim Ali yang sedang kepanasan jubor setelah lama tak dapat jilat bontot Mahathir lagi......
Yang terkini Mahathir minta TGNA selaku MB Kelantan bertanggung jawab dengan kemunduran Kelantan... Kepala Hotak dia... aku nak tanya... waktu pemerintahan siapa yang halang peruntukan kewangan dari kerajaan Pusat kepada Kelantan, malah selama hampir 20 tahun Kelantan di bawah pemerintahan PAS, negeri Kelantan dianaktirikan sehingga sekarang.
Hasil petroleum dari perairan Kelantan, Mahathir juga yang merancang GAS yang sepatutnya boleh dinaikkan di pelabuhan Kelantan, tetapi Mahathir sanggup membawanya ke negera kafir Thailand dan disalurkan melalui paip ke Kedah, kenapa busuknya hati Mahathir terhadap Kelantan, sedangkan ahli-ahli UMNO pun ramai di kelantan, mungkin dengan sebab inil,ah rakyat Kelantan tak kira fahaman politik terus menolak UMNO...
Royalti minyak hak Kelantan, sampai sekarang senyap, kononnya sewaktu PRK Manik Urai dahulu Mat Sembab kata nak minta wakil Petronas menerangkan kepada rakyat mengenai situasi sebenar royalti, dah berapa bulan dah... senyap sepi diam membisu...
Kalau Kelantan mundur ada penyebabnya, tetapi kalau negara Malaysia mundur apa hal, setiap kali nak raya gula tak ada, gula pun tak boleh nak selesai..., kakitangan kerajaan melalui ceupacs minta bonus... he he hari ini dalam sejarah ... dapat RM500.00 sahaja... dah la tu, bayar ansuran 2 kali.... he he .. membangunkah negara Malaysia....
Semalam Mahathir membuat pengakuan, beliau bersedia untk menjadi penasihat kepada kerajaan Malaysia... baguihlah... nanti boleh jadi Mr Persen....
Nasihat aku buat Mahathir, tak perlulah nak sibuk nak jaga MIC, nak ambik kisah hal PAS, jagalah parti UMNO tu...apakah harapan bekas Presiden PAS Allahyarhan Dato Fadhil Nor mahu Mahathir melihat sendiri kejatuhan UMNO menjadi kenyataan... nampaknya memang dah jadi kenyataan..... Mampos UMNO...