Pages
Sunday, January 31, 2010
Aduka Selamat Sudah, Dugong Darat Bila lagi..
Saturday, January 30, 2010
Ini Dia Pahlawan Tua Melayu..
Berat Sebelah.
Friday, January 29, 2010
Berkabung, Mari Kibar Kibar Bendera Separuh Tiang..
Virus Sindrom Gesa Letak Jawatan Menular Kepada UMNO.
Terma Kasih Ku Li....Apa Pula Jawapan Dari pengkianat...
Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga anggota Kabinet persekutuan, sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.
“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” kata beliau diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan kepada kerajaan negeri.
Apa pun, kita tunggu apa jawapan dari orang No1 PM !Malaysia lepas ni, dan orang No 2 Mat Sembab,....ku lagi hangpa nak kelentong rakyat...Berahim Ali dalam bab ni dia tak boleh nak sibuk tolong jawab, pi main jauh-jauh... syohh, syohhh.....
Thursday, January 28, 2010
TGNA dah melaksanakan kerja dakwahnya..
KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam,
Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.
Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan
paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.
Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang
tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang
mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.
Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling
Jaya, Selangor.
PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.
Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu.
Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.
Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.
Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.
Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, "Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini."
Sumber : harakahdaily..
Komen: UMNO yang sudah 53 tahun memerintah, tak ada pula MB-MBnya yang melakukan seperti TGNA lakukan, kalau Perdana Menteri lagi lah..., yang ada pun bersama-sama rakyat tengah malam tunggu jam 12 sambut tahun baru dan hari kebangsaan...
Dulu tak ada JAKIM, sekarang dah ada, pun sama juga.. apa yang UMNO buat kerja Islam... ada .. sapa kata tak ada..., satu sahaja .. jadilah pada tak ada langsung, melaksanakan kutipan Zakat & Fitrah secara bolot dia sorang, kumpulan lain tak boleh....
Gula-gula Pilihanraya - DUN Perak akan Bubar..
Penjelasan dari YB Khalid Samad..
The Sultan and I |
Posted on Tuesday, January 26 @ 19:59:38 PST by Paktam Oleh Khalid Samad Salaam dari Timur Tengah, Oleh kerana tidak mahu menghebohkannya atau mempolitikkannya, maka apabila ditanya wartawan mengenainya pada hari berkenaan maka saya hanya menjawab, “Tiada komen, sila dapatkan penjelasan dari pihak Istana”. |
Kalau UMNO apa saja pun boleh...
Wednesday, January 27, 2010
Kes AJK UMNO Tasek Gelugor - Selesai Sudah..
Salam Sejahtera..
UMNO Meminati Barangan Terpakai..
Awas.. Perbuatan ini pun Menghina Sultan Juga..
Tuesday, January 26, 2010
Marahnya Penyokong UMNO Kepada Manjungmari..
sorang lagi blogger pas ialah manjungmari.blogspot.com kata kata dia dalam blog fuhhhhhhhhh, boleh terbalik neraka dan syurga. cuba lah layari dan hapuskan manjungmari ni.
MANJUNGMALI NI SEORANG PESARA TENTERA YANG MAKAN PENCEN.
DULU DAH TUAH TENYEH DIA CUKUP-CKUP SEHINGGA GEMPAR SELURUH BLOGGER NETWORK..AL-BANJARI PUN TERGELAK LIHAT BAGAIMANA MANJUNGMALI KENA DENGAN TUAH. MANJUNGMALI LANGSUNG TAK BERANI BERDEPAN DENGAN TUAH LAGI LEPAS TU...HE HE HE ..
TUA ORANGNYA..
He he... terimakasihlah di atas peringatan dari orang-orang belah sana...Kelakar pun ada, apakah kata-kata yang tulis tu boleh terbalik neraka dan syurga,.. ini dah kira merapu tahap gila ni... kalau dah rasa panas juboq cakaplah panas... janganlah dikaitkan syurga dan neraka... bab Si Tuah beringus tu yang belum baligh lagi, pakai tak jadi kerja lain....