Pages

Monday, May 31, 2010

Wakil UMNO pun kena juga..

Salam Sejahtera..

Tiada niat dihati nak mengatakan padan muka, kepada mamat di gambar sebelah ni.., terkejut juga aku bila berita jam 7 00 NTV7 menyiarkan ahli parlimen Parit pu ada bersama dengan wakil-wakil NGO, wartawan astro dan lainb-lain lagi yang diserang oleh israel laknattullah sekarang ini dalam misi ke Gaza.

Inilah kuasa Allah yang mahu diberi kesedaran kepada YB ni, mohg-moga beliau sedar, yang presiden UMNO yang juga presiden dia telah melakukan satu kesalahan besar apabila menggunakan khidmat APCO Israel..

Moga-moga YB ni lepas ini ada kesedaran dan perubahan diri, kalau balik nanti dok macam itu juga, masih nak sokong UMNO, entahlah... mals nak tulis....

Mereka Bincang ke Tak Bagaimana Nak Haramkan Judi Bola

Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang memang dah haramkan semua jenis judi... Negeri aku entahlah ya....


Anak Haram UMNO mengganas sama seperti Israel Laknatullah..

Setakat inilah keberanian anak-anak haram UMNO, tak sampai sejam aku publish entry aku sebelum ini, anak-anak haram UMNO dah kepanasan, seumpama dah kena sambar api neraka...., mereka hanya pandai mengubah-ubah nama alamat email dan menghantar spam kepada aku,, apakah ini anak-anak haram dari pemimpin UMNO dengan puteri-puteri UMNO!!!!

Berapa banyak lu mau hantar email lu hantarlah, aku peduli apa, cuma harapan aku lepas ini aku mohon minta Allah Taala kejangkan tangan kiri anak haram UMNO yang rajin menghantar email kepada aku, biar ia basuh berak dengan tangan kanan, makan nasi pun dengan tangan kanan yang berbau taik...


Anak Haram UMNO Menggunakan Email Blogger Tulang Besi

Kalau dah Presiden UMNO sendiri memang jenis manusia paling bangsat, maka tak hairanlah pencacai-pencacai UMNO yang lahir dari persetubuhan haram sesama mereka, maka timbullah kerja-kerja bacul dan pengecut..

Kalau dan Presiden, dan pimpinan mereka sendiri tak berani nak berhadapan dengan PR, mereka lebih gemar menggunakan Polis, SPR dan agensi lain, maka anak-anak haram UMNO ini pula membuat kerja paling sial aku rasakan.

Apa tidaknya, dengan mengunakan nama dan alamat email blogger Tulang Besi mereka menghantar email-email dakyah mereka kepada aku... Sahaja aku biar dahulu,,, rupanya anak-anak haram UMNO ni bila dah biasa melakukan maksiat yang terkutuk, maka rupanya dah menjadi ketagih,, lalu selalu dihantarnya kepada aku satu , satu....

Kalau tak jelas, double klik pada imej..






















Mereka ingat aku tak tau dari mana datang semua email tu..., laman web mereka tak ada pengunjung, nak cakap suruh orang pegi, tak apa sesiapa pun nak pegi lawat, buang masa buang waktu buang duit,,, klik Anak Haram.

Sunday, May 30, 2010

Ratu Orang Melayu Pulak...

Salam Sejahtera..

Sebelum ni aku posting ratu miss-1malaysia, hari ni kat Malaysia Insider keluar lagi berita bergambar seperti di bawah...

Oiii semua orang Melayu yang menang kali ini... hebat melayu...



Siapa punya kereta ni...

Salam Sejahtera....



Entah macam mana tergerak hati nak pergi jemaah solat asar di masjid, sampai saja waktu pun tak lewat lagi, tok bilai baru selesai azan, jemaah dok solat sunat....

Kereta merc sapa ni parking dibukan kawasan parking, terbentang line kuning, nak kata kereta Ustaz Ismail imam bertugas bukan, kereta dia ada kat parking sebelah tepi sikit dari line kuning tersebut..

kalau hari hujan tu kira boleh lah,,, ini cuaca dok panas lit-lit.., kesian dekat AJK masjid yang dok buat line kuning tak bagi bagi jemaah parking..

Agaknya kereta orang besak-besak kut, cuba perati kat plate no tu, kan ada lambang tu..., no plate pun cantek nombornya.....

Aduhai, ceramah politik kat masjid tak boleh,, salah parking kereta kat masjid boleh...

Ish-ish... Kesian...

Kesian sungguh aku kat kakak ni, yalah sebagai sesama bangsa dan warna kulit, bila ia sebak, aku kesian sungguh...

Dah 5o tahun UMNO memerintah negara baru ia terjaga dari mimpi-mimpi indah sebelum ini.. kenapa sebelum ini ia tak rasa sedih ka, hak Melayu telah pun di ketepikan semasa Mahathir memerintah, Biasiswa ke atas anak melayu ditukar menjadi pinjaman, peruntukkan ke atas SAR ditarik sehingga terpaksa di tutup, hasilnya masalah remaja melayu dah ada kesannya... Kenapa diam waktu tu... belum sedar lagi lah ya..

Tak pula rasa sebab bila hukum Allah dipermain-mainkan oleh Najib dan sekutu-sekutunya!!! Apakah kakak ini pun spesis Ibrahim Ali yang hanya memperjuang dasar melayu!!. Iyalah tuu.....





Saturday, May 29, 2010

PRK Kuala Nerang - UMNO dah mula merasuah rakyat..

Salam Sejahtera..

Nampaknya benarlah ramalan yang aku tulis dalam posting sebelum ini.... Faham-faham ajalah.. baguih juga,,, beruntung penduduk Kuala Nerang,, rezeki depa pulak....





Hoii... PRK Lagi Di Kedah..

Dalam suasana politik yang dok sibuk dengan isu judi bola sepak, isu MIC hentam UMNO, Isu PRK Sibu, rupa-rupanya ada lagi bakal PRK... kisah nisebelum ni dah heboh, tapi disenyapkan oleh UMNO, tetapi itulah, pekung yang dah bernanah mana boleh ditutup bau yang semerbak melantung hangit!!.....




Cerita selanjutnya DI SINI dan SINI.

Terima kasih blogger Gunung Mat Cincang dah Kedah Bangkit... hangpa tunggu apa lagi, tak kan nak sokong UMNO lagiiii,

Bala Yang Diterima oleh Mufti Perak!!!

Oiii,

Mufti Perak yang selama ini menjadi tumpuan dengan berbagai-bagai isu, nampaknya dah menerima apa yang tak sepatutnya....



Kalau sebelum ini beliau dikecam dengan teruknya apabila Amanah Raya Berhad yang mana beliau menjadi penasihat telah melakukan aktiviti yang belanggar dengan hukum syariah.

Hari ini berita bertambah lagi penglibatan tok mufti sebagai penasihat kepada sebuah syarikat yang bermasalah,,, hangpa baca di sini.

Nasib Baik Ada Buaya!!

Kalaulah tiada apa-apa kehadiran buaya, apakah mereka ini akan berdoa memohon kepada Allah!!

Malas nak komen banyak-banyak,, banyak lagi kerja lain yang berfaedah dalam suasana ekonomi negara yang dah muflis, tetapi itulah.....



Kisah Kedajalan Ulama UMNO!!!

Ulama UMNO Bakar Kapal

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ’sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ’sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno‘ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

Sumber: drmaza.

Friday, May 28, 2010

Jawatan Sekarang Dah Hebat, tapi masih lagi ....

Salam Sejahtera...

SEbelum ini aku selalu juga dok membaca artikel-artikel hasil penulisan prof ni, selain dari mendengar suara-suaranya di muka TV, tapi itu 10 tahun yang lalu...

Cuma sekarang ini aku rasa dah lain macam cara dan gaya prof ni, tapi malas nak berburuk sangka.....

Rupa-rupanya memang dah teruk pun... Baca DI SINI.

Bagaimana Negeri ku Perak Darul Ridzuan..

Sewaktu Khutbah SEmbahyang Jumaat tadi Imam yang bertugas adalah terdiri dari orang muda, mula-mula khutbah isu bab mencari rezki yag halal, kemudian bab ibadat, tup-tup lepas tu terus sentuh isu judi,,, judi pula ia sebut secara direct judi bola sepak piala dunia, pherrhgg...

Imam meminta semua jemaah yang ada jangan terlibat dengan judi itu, sama-sama berdoa dan sembahyang meohon agar Allah menghalang perkara seperti itu berlaku.... Lepas sudah tanggungjawab sebagai imam tu,, namun aku terpandang ada juga jemaah yang jenis pakai songkok hitam tinggi yang macam tak puas hati, mungkin perasaan hati aku saja kut...

Kemudian terbaca berita DI SINI. Hoiii malu la.... Orang Cina yang selama ini UMNO dok tuduh menentang Islam turut serta mengharamkan judi bolasepak,,, Ni apa cerita ni....

Menteri Besar Mahkamah bagaimana pulak ya,,, jangan hanya setakat bermadah gulana mengatakan judi itu haram, budak tadika Kemas pun tahu judi haram.., ada berani ka nak buat macam KM Pulau Pinang tu.... Dey Zambry...... Lu jangan cakap saja.... cheeeitt...

Mampoos UMNO!!!!….

Apabila Wak Khusrin berkata!.....

"Kita akan mengambil tindakan terhadap orang Islam yang terlibat dengan apa-apa jenis judi termasuk perjudian bola sepak piala dunia nanti"

Hurghh, cakap memang standard punya..., ia sedar atau separuh apa yang dia cakap tu...

Jangan jadi munafik sudahlah...

Baca DI SINI.

Mampoos UMNO!!!!….


Datuk Michael Chong Dah Susah Hati..

Haiya....

Banyak kesian sama ini apek... oppss sorry .. Datuk Michael Chong Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, kerana menjangkakan jumlah kaki judi yang akan berhutang dengan along dijangka meningkat sehingga 50 peratus sepanjang musim Piala Dunia 2010 bulan depan berikutan ceti haram itu dikatakan mempermudahkan syarat pinjaman untuk tujuan pertaruhan...

Oii, Hangpa tak malu ka!!!, mana pergi wajah-wajah pejuang Melayu, ulamak UMNO,, Cina MCA lagi risau dari hangpa,, walaupun dia tak rasa judi tu haram,, tapi dia takut bahana judi,,

Mana menteri agama perebet Jamil Khir, mana mufti-mufti,,,, mana Dr Masitah,.., mana Ibrahim Ali,, mana Zul Zimbabwe..oiii mana pi habis hangpa semua,, dah nak mampusss.

Berita berkaitan : DI SINI.

Surat Terbuka Untuk Prebet Jamil Khir.. (Pinjam Dari LKS)

Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Prebet Jamil Khir


Tamrin Ghafar


Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom


Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang Berhomat Dato’,

Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya:

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Yang Berhormat Dato’


Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA

Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

ii) BELUNGGU HUTANG


Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK


Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN

Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.

Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,





TAMRIN TUN GHAFAR


Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu

YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO

YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO

Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan

Mufti Mufti

Media Cetak dan Elektronik


Sumber : harakahdaily.

Thursday, May 27, 2010

Kerajaan PAS Kelantan Boleh Mulakan Dahulu...

Salam Sejahtera...

Cuba perhatikan gambar sebelah ni, tak tau anak dara siapa.., atau pun tunang siapa atau pun juga bini siapa...

Dari segi menutup aurat, kira Ok kalau sekali pandang.., tetapi kalau mengikut hukum pakaian muslimat yang menutup aurat sekupang pun tak boleh pakai...

Masaalah pemakaian seluar ketat, baju ketat ni nampaknya nak menular dengan begitu sekali, aku tak kata kat anak sesiapa, sebabnya hampir keseluruhan anak gadis melayu nerugama islam dah cukup banyak yang berpakaian begini, anak-anak gadis jemaah PAS pun ramai yang terlibat, anak tok imam, anak tok bilai, anak-anak pak-pak haji, phurg , memang ramai,, tak termasuk anak-anak orang UMNO, anak-anak bapa yang tak berparti, anak-anak yang maknya janda ikut sekali....

Apa boleh yang kita lakukan, tengok sajalah, dapatlah juga sedikit sebanyak dosa kering... Bila keluar berita kat negara Islam Acheh di Indonesia telak melaksanakan hukuman keatas pemakaian jeans ketat, aku hanya tumpang seronok, alangkah baiknya kalau pelaksanaan ini berlaku di Malaysia.., Kerajaan PAS Kelantan boleh merintis memulakan dahulu...






Bakal Calon PR N52 DUN Pangkor.


Salam Sejahtera!!

Kenalkah siapa dalam gambar ini? Buat warga Manjung memang tidak asing lagi.., Inilah Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Hj Abd Hamid.

Beliau masih baru lagi bersara dari TLDM iaitu 1 Apr 2010 yang lalu, malam Jumaat lalu aku bertemu dengannya, sempat dalam waktu yang terhad aku bertanya kepadanya, benarkah ada ura-ura yang mengatakan beliau sedia bertanding untuk kerusi N52 DUN Pangkor.

Beliau mengaku benar, ini adalah kehendak akar umbi ahli dan penduduk sekitar terutama sekali warga TLDM, dan beliau sedia memikul amanah tersebut jika pimpinan PR rakyat memberi laluan dan kepercayaan kepada beliau.

Yang kelakarnya menurut cerita dari beliau, belum apa-apa lagi si Zambri MB Mahkamah dah mula kelam kabut, ia dah telefon Panglima Tentera Laut, Panglima Angkatan Tentera serta juga Menteri Pertahanan memaklumkan perkara tersebut.

Hebat juga Zambri ni ya, dapat menghidu musuh-musuhnya, jadi bila Zambri dah dapat mengesaninya, maka biarlah aku istihar perang buat Zambri. Bersedialah kamu Zambri, kalau kerajaan BN dah hilang deposit dengan penduduk Sarawak, maka kamu Zambri bin Abd Kader akan kehilangan deposit undi pos TLDM.

Ingatlah perbuatan kamu dengan menggunakan mahkamah dan hakim-hakim kamu merampas watan MB dan negeri Perak dengan cara paling keji dalam dunia, kamu membuatnya bukan sebagai anak jantan,

Maka bersedialah kamu, kamu akan menghadapi musuh kamu umpama buku dengan ruas kali ini, moga-moga PRU13 nanti kalau diberi keizinan oleh Allah, maka umur politik kamu akan dapat dikafankan. Warga TLDM masih menunggu Beras, Gula dan Minyak Masak dari Kamu, tetapi undi belum tentu......

Aku sebenarnya sewaktu dalam perkhidmatan dahulu tidak berapa mengenali Laksama Imran ni, sebab beliau dalam bidang teknikal, aku pula dalam bidang bekalan, lagi satu aku hanyalah prebet manakala beliau pegawai, cuma bila aku hampir-hampir nak pencen barulah aku dapat mengenali.

Sebelum aku menulis ni pun, aku dah tanya dengan beberapa orang pegawai teknikal yang tinggal setaman dengan aku mengenai tingkah laku Laksamana Imran dengan pegawai bawahan dan anggota-anggotanya, mereka menjawab tak masaalah, laksamana dengan anggota bawahannya memang cukup akrab, semenjak beliau dari jawatan Leftenan lagi.

Jadi dengan itu bagi aku tak ada masaalah jika Laksamana diberi kepercayaan oleh pimpinan PAS dan Pakatan rakyat untuk bertanding menentang Zambri. Biarlah Zambri balik ke kelompok mamaknya, Cukuplah Zambri diberi masa 3 tahun lebih memegang jawatan MB dan 2 penggal ADUN Pangkor. Cukup...

Ini sebagai muqadimah awal siri peperangan awal dengan Zamri untuk merebut DUN Pangkor....

Di bawah ini aku sediakan koleksi gambar-gambar Laksamana Imran yang aku dapat dari Setiausahanya Haji Amin. Mana tahu ada pembaca yang kenal dengan lain-lain wajah dalam gambar tersebut.



Ini adalah sewaktu beliau dalam Apprentice tahun 1970-73 - Pangkatnya Sarjan..., Teringat cerita Sarjan Hassan....


Sempena di Majlis Perasmian Muzium Selangor, Gambar yang sebelah lagi tu bermisai juga tu, aku memang kenal baik, Lt Kdr Rahim, waktu aku kenalnya beliau bertugas di Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Attache Manila.

Sewaktu menerima Pingat Kesatria Angkatan tentera.




MENERIMA ANUGERAH ACM 2003






Mengiringi Sultan Pahang...

Bersama Projct Team di German.















Ha ha.. yang memang betui-betui baguih punya, mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai anggotanya di KD Pelandok. Yang bestnya beliau pun dapat naik bersanding lagi sekali....





Sewaktu mengadili perlawanan bolasepak di Dun Pasir Panjang,


Yang ini lagi kelakar, cuba hangpa perati tengok, monyok aja beliau, tunduk mukanya, kenapa tak ceria... sebabnya kena hadir tanpa rela hati lah tu agaknya,....


Yang ini ,,, huhh, dia punya senyum, dapat bergambar sebelah Nizar...


Aktif dengan kumpulan Marhaban..., ia tak peduli, UMNO jemput pun dia pergi...


Inilah dugaan yang paling besar beliau hadapi dalam hidupnya... sehinggakan ada
kisahnya DI SINI

Sebagai bapa yang betui-betui menyayangi Puteri-puterinya hingga ke akhir hayat.


Mendapat ucapan takziah dan munkin ini juga sebagai pendorong sehingga
mendapat sijil ahli dibawah