Pages
Thursday, September 30, 2010
PERKASA - Teruskan perjuangan mu itu...
Apa Kata UMNO ?!! Utusan Malaysia lebih mulai dari Al-Quran!! Astagfirullah hil azim..
Nasib Golongan Miskin, Mudah berpenyakit, halal haram belum tentu...
Nasib Sebuah Masjid di negeri jajahan UMNO Totok..
Wednesday, September 29, 2010
Berkekalan kah Hukuman Mahkamah Tinggi KL terhadap M Saravanan..
Betulkah Pegawaai Kanan Polis ini tidak bersalah...
Hebat, mantap...muda-muda dah dapat gelaran...
PRK DUN Galas - Berita yang kurang menyenangkan PAS..
Dosa Kering?!...
Tuesday, September 28, 2010
Musuh Ketat Dr Asri Bakal Calon BN DUN Galas?!!..
Gambar bukti RAKYAT DIUTAMAKAN...
Penangan Kedua Buat UMNO dari Dr Asri...
Sepatutnya derma senyap-senyap, kata Dr Asri | ||
|
"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram. "Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain. "Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya. Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan. Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan. Cukai satu hukuman "Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan. "Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini. "Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri. "Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi. Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram. "Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya. Nabi terima hadiah Yahudi Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan. "Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi. "Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya. Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom. "Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya. Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan. |
Apa Kata UMNO ?!! Kesan Perjanjian Tanah KTM Di Singapura
Ia dimeterai oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, di kota singa.
Kedua-dua pemuka menguar-uarkan (bukan war-war) perjanjian itu sebagai kejayaan besar dan pembaikan ke atas “Point of Agreement(POA)” yang menjadi asas rundingan antara dua negara.
Saya tidak mahu berselisih faham, menyangkal atau menyangkal laporan dan ulasan media massa yang menghebahkan perjanjian itu sebagai “win-win” (menang-menang).
Saya sekadar ingin berkongsi maklumat dan interpretasi peribadi saya untuk kita dalami, fahami dan bahaskan. Berikut adalah antara inti pati, ciri dan implikasi perjanjian berkenaan:-
1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;
2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;
3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-
(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);
(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan
(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.
4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.
5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.
6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.
7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.
8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”
[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]
9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.
10. Melalui kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.
Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.
Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).
11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.
12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.
13. Seperkara lagi yang perlu penjelasan ialah taraf pemilikan tanah gantian itu -- adakah ia pegangan kekal atau pajakan 99 tahun? Tanah KTMB di Singapura adalah pegangan tetap selagi operasi kereta api berjalan.
14. Kalau saya faham kenyataan Mohd Najib dan Pengarah Urusan Khazanah, Azman Mokhtar, projek itu tetap dilaksanakan tidak kira kita kalah atau menanang dalam timbang tara oleh PCA. Malah kata mereka, projek ini akan dimulakan tanpa menunggu keputusan PCA. Jadi timbang tara oleh PCA adalah “akademik” atau sekadar melepas batuk di tangga.
15. Dalam konteks ini kita wajib meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada Mohd Najib dan Azman. Azman memberi jaminan bahawa projek ini “masih berdaya maju dan menguntungkan” walaupun cukai pembangunannya tinggi.
16. Kita tidak mahu Mohd Najib mengisytiharkan perjanjian ini sebagai menang-menang dan dia berjaya di mana Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu gagal, tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
17. Akhir sekali kita tidak mahu pelaburan Khazanah di Singapura menjadi seperti pelaburan Sime Darby di Qatar yang menghasilkan kerugian hampir RM1 bilion.
18. Berhati-hatilah, Singapura bukan sebarang jiran. Fahamilah istilah “kiasu” dan impaknya kepada “psyche” (cara berfikir) negara Singapura.
Pas dan Perlembagaan
Saya berasa terharu; bukan sangat kerana beliau mengakui kepentingan perlembagaan tetapi kerana kesediaan beliau untuk memahami dan menerima kenyataan yang ada di negara kita. Pada saya ini amat penting dalam memastikan proses demokrasi – yang mahu tidak mahu menentukan keberkesanan perjalanan perlembagaan – berjalan dengan baik dan Pas, sebagai salah satu parti tertua dan utama dalam sistem politik kita, mempunyai sumbangan dan peranan tidak kecil. Sejak 1990 Pas memainkan peranan penting dalam percubaan membentuk sistem dua parti; dari Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudian Barisan Alternatif (BA) dan sekarang Pakatan Rakyat (PR).
Beberapa bulan lalu seorang penganalisis India dalam sebuah harian berbahasa Inggeris menyatakan, Pas adalah komponen utama berbanding DAP dan PKR. Ini dikatakan berdasarkan kedudukan Pas sebagai parti tertua – wujud sejak 1951 – dan terbesar. Setakat ini Pas dianggarkan mempunyai hampir sejuta ahli. Selain itu Pas dilihat sebagai parti berdisiplin: ia masih belum mengalami penyakit melompat sebagaimana DAP dan PKR. Pas juga mempunyai organisasi dan logistik yang mantap. Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaffar, malah mendakwa dalam soal itu Pas lebih baik dari UMNO. Sebagai bekas pemimpin UMNO saya fikir Kamarudin mempunyai sebab kukuh untuk berkata begitu. Katanya UMNO kuat kerana ia menguasai kerajaan ditambah dengan perangainya yang suka menyalahgunakan agensi dan kemudahan kerajaan.
Berbalik kepada apa yang dikatakan Mujahid tentang perlembagaan tadi, sebenarnya ia mengungkapkan tanggapan Pas terhadap sistem dan suasana politik yang ada sekarang. Begitu jelas Pas menerima sistem yang ada, selain mula menguasai permainan dan rentak politik semasa. Ini jelas dalam kesungguhan Pas menyantuni kedudukan dan masalah bukan Melayu yang kelihatan dalam kesediaannya meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam, selain menerima mereka sebagai ahli dan sayap parti. Beberapa minggu lalu saya menyinggung kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang pendekatan Pas dalam pelaksanaan hudud di Malaysia.
Itu semua membuat UMNO menuduh Pas menjual prinsip kerana kuasa. Pada saya ini tidak perlu dipedulikan. Hakikatnya ialah semua parti mengatur strategi mengikut keperluan dan senario semasa. 20 tahun dulu Pas lain kerana ketika itu ia berhadapan dengan isu hidup mati. Sekarang ia berada dalam posisi kerajaan alternatif. UMNO sebaliknya berhadapan dengan senario hidup mati. Sebab itu UMNO makin rasis dan kadangkala Islamik.
Bagaimanapun Pas masih ada masalah dan ini agak jelas apabila ia kelihatan dipimpin oleh dua naib presiden; yakni Datuk Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub. Selain mereka ada beberapa pemimpin barisan kedua seperti Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad yang sering kelihatan dan kedengaran. Apa yang saya maksudkan dengan memimpin di sini ialah suara dan inisiatif parti dalam isu-isu nasional; contohnya isu Felda, kempen saman ekor dan insurans kereta. Selepas ini mungkin ada orang Pas, khususnya yang taksub dengan pemimpin tertentu, menuduh saya masih berdendam dengan Pas. Saya tak kisah kerana saya bukan orang politik. Saya hanya mahu melihat politik Malaysia lebih beradab dan ini hanya boleh dicapai sekiranya kita ada dua barisan parti yang kukuh dan bersedia untuk memerintah bila-bila masa. Ini tidak akan berlaku jika Pas dipimpin oleh mereka yang asyik menunggu mimpi dan banyak keluar negara.
Salah satu soalan yang dikemukakan wartawan kepada Mujahid selepas pelancaran buku itu ialah apakah projek tersebut ada kaitan dengan pemilihan parti tahun depan. Sebagai ahli politik Mujahid hanya tersenyum. Tetapi ia tetap mempunyai makna.
Selain perspektif yang betul tadi, Mujahid mempunyai kelebihan tersendiri dengan kedudukannya sebagai anak seorang pemimpin tertinggi parti. Tetapi apa yang lebih penting ialah kelebihan ini tidak digunakan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk memperkasa parti sebagaimana yang dilakukan dalam pembentukan sayap non-muslim itu. Mujahid turut mempunyai kelebihan untuk diterima lebih daripada satu pihak. Ini kerana kemampuannya berbahasa Arab – beliau graduan Al-Azhar – selain Melayu dan Inggeris. Tetapi ini sahaja tidak memadai kerana kalau hanya kemampuan berbahasa yang menjadi kriteria, lebih baik beliau buat bisnes macam Datuk Mahadzir Lokman. Apa pun dalam Pas sudah ada contoh orang yang dinaikkan atas kekuatan itu dan berakhir dengan kegagalan.
* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang hampir 21 tahun
Apa Kata UMNO!?...Tangan Kosong VS Tangan Berisi..
Monday, September 27, 2010
Entah apa yang cemerlang !!!!....
LAP umum bayar bonus tiga bulan setengah - Zambry
IPOH 27 Sept. - Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga bulan setengah kepada kakitangannya tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini.
Beliau berkata, pembayaran bonus itu akan melibatkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.
"Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat ekoran prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.
Tahun lepas LAP membayar bonus dua bulan gaji. - Bernama
Entah apa yang cemerlang aku pun tak tau, buat pemeriksaan air di setiap rumah dua bulan sekali, air kadang-kadang di sinag hari ada bila buka aja kepala paip, hanya lelehan air sahaja..., Bukan niat aku nak dengki kepada staff LAP, tetapi itu hanya untuk 1,100 kakitangan sahaja, bagaimana hak rakyat seluruh negeri Perak, berapa juta orang yang dok ada...
Pandai sungguh Pengerusi LAP mentadbir, inikah rakyat diutamakan.. Khaakh pthuiihh.....
Yang mana satu Betul, Kerana Pembangkang atau Buli Ketua Pembangkang..
Jual, Kena Jual....
Harga projek Bakun diputuskan kemudian - Muhyiddin
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Kerajaan belum memutuskan harga jualan projek Bakun yang mahu dibeli oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun kerajaan setuju menjual projek itu tetapi kaedah dan harganya akan dimaklumkan kemudian. – Utusan
Selang dua minit ada lagi keluar berita mengenai penjualan harta negara lagi...
Tiada keputusan muktamad penjualan PLUS - TPM
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung spekulasi penjualan PLUS Expressways Bhd. kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebuah syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. - Utusan
Kenapa ya..., apakah mereka-mereka yang ada dalam kerajaan UMNO ni memang pakar jual harta hak rakyat...