Pages

Thursday, March 31, 2011

Bekas Mr Asia Malek Nor - Di ICU Ipoh..

Salam Sejahtera,
Walau sehebat mana pun sebelum ini, tetapi jika dah ditentukan oleh Allah S.W.T. maka berlapang dadalah kita menerima ketetapannya...


Former Mr Asia Malek Noor in ICU


IPOH: Former Mr Asia Datuk Malek Noor has been admitted to the intensive care unit of Pantai Hospital after collapsing while playing football for the Perak Menteri Besar Cup at the Perak Stadium here on Wednesday.

Malek, 54, is reportedly in stable condition.

The body-building ace was goalkeeping for the national football legends in a friendly match against the Perak Mentri Besar selection when he collapsed five minutes into the game, organising committee chairman Datuk Azhar Ahmad told reporters.

Malek being helped out of the field after he complained of breathing difficulties

“Let's all pray for his speedy recovery,” he said.

The football legends won the game 1-0 through the goal scored by Sharin Majid.

Apart from Shahrin, veteran players in the team also included K. Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Ahmad Yusof, Shukor Salleh and Bakri Ibni.

The Perak Mentri Besar team, captained by the Mentri Besar himselfDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, comprised former Perak football players such as Azizul Abu Haniffa, Ramli Talib, A. Elanggovan, Roafandi Yusof, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng and P. Umaparam.

Over 1,000 people watched the game where RM10,000 was raised for the National Athletes Welfare Fund. - Bernama.


Teringat tak kala waktu tengah popular seketika dulu, badan yang begitu tegap, lawannya hanyalah seekor nyamok.....

Daim yang Diam. - BN Sarawak akan hilang banyak kerusi..

Salam Sejahtera.
Kenapa Daim bersuara lagi,, apakah ini sebagai cobaan dan bukan benar-benar bukan cobaan..

Harap-harap suara-suara yang keluar dari mulut Daim yang selalunya diam menjadi kenyataan, malah lebih dari itu lagi...

Moga-moga Sarawak menjadi pembuka jalan buat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya...

Bahasa

Daim: BN boleh kekal di Sarawak tapi diramal hilang banyak kerusi

March 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi di Sarawak kali ini tetapi boleh kekalkan majoriti “selesa.”

“Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang,” kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini hari ini.

Pada akhir 2007, bekas menteri kewangan dan bekas bendahari agung Umno itu telah meramalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah akan menerima nasib seperti Kelantan yang dikuasai PAS pada 1990.

Ramalan itu menjadi kenyataan dengan lima negeri dikuasai pembangkang termasuk Perak dan BN kehilangan majoriti tradisi dalam pilihan raya umum 2008 yang disifatkan sebagai tsunami politik.

Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan bulan depan dengan hari pengundian jatuh pada 16 April manakala penamaan calon 6 April.

MENYUSUL LAGI

Apa Kata UMNO !! RM50 juta hanya untuk selenggara. .

Salam Sejahtera.
Inilah kebijaksanaan kerajaan UMNO mentadbir negara.., Kini kapal selam negara dijadikan umpama angsa emas buat mereka untuk menghasilkan telur-telur emas yang amat bernilai buat mereka sebelum berambus dari politik..

.

KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd..

Jelasnya, kontrak antara kerajaan dan syarikat itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakannya pada bila-bila masa," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


RM50 juta hanyalah untuk kos perkhidmatan sokongan dan lojistik sahaja,,, spare-part lain kira,,, lu orang bayangkan, walaupun satu screw stainless steel yang kualitinya sama dan ada dijual di kedai hardware, namun untuk kapal selam Malaysia haram digunakan, semua alatgantinya mesti (wajib) digunakan dari pengeluar scorpene....

Banyak cerita yang aku dapat mengenai kapal selam ni, tapi itulah.... Lu orang bacalah keluhan dari setaf penyelenggara yang kini berada Teluk Sepangar Sabah..


i

Tak sayang kah duit-duit dari potongan cukai dan terkini duit saman ekor (kepala-kepala tak kena) dibazirkan atas nama kepentingan keselamatan negara.... Sampai bila kita orang Melayu nak kena tipu dengan UMNO.....!!!




Wednesday, March 30, 2011

Apa Kata UMNO!? ....Unsur Kristian haram, Unsur melayu halal..

Salam Sejahtera,

Tolong perati betui-betui gambar Zambri tengah dok tepung tawar tiang rumah tu,,, Mufti Perak kata harusss, dia ambik kira kut mana... wallahuaklam, mungkin atas sebab acara tradisi Melayu, kemudian yang melakukannya pulak Menteri besar haram, jadi bila dah haram, buat kerja haram tak ada hal lah...

Tetapi bab tarian poco tak apa ke benda, aku pun tak tau, siapa yang dok melakukannya pun tak tau, ni baru pertama kali dengak,,, boleh pulak haram.... baguihlah.
Sebabnya bersangkutan dengan uagama kristian, tarian lain-lain, inang, makyung, zapin, kuda kepang, apa cerita......

MB: Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco
Mac 30, 11 5:21pm
Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

NONEBeliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

,

Apa Kata UMNO !!?.... Serupakan .1Melayu - 1Malaysia..

Salam Sejahtera,,

Anak perempuan melayu siapalah ini......... .
.

Yang bawah ni pulak, pun melayu juga..., 1Malaysia.....

FRUITFUL MEETING: In Putrajaya today, Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor met with the visiting Aceh Governor's wife at her official residence Seri Perdana. - Picture by IZHARI ARIFFIN
Mar 29, 2011 1:53 pm


Tuesday, March 29, 2011

Apa Kata UMNO?!.. Arak saudara dengan UMNO..

Salam Sejahtera.

Tak ada apa yang nak dihairankan, malah satu ketika dahulu Saifuddin Nasution AP Machang pernah mengungkit ada ahli UMNO yang mabuk togok arak tergolek di mesin jackport judi di USA, jadi judi, arak, betina, rasuah, memang dah sebati dengan UMNO..

Sebagai bukti, anak lelaki Mahathir CEO disebuah perusahaan arak di Filipina, jadi apa di hairankan.... ....

Anak betina peliharaan Dr Mahathir tanpa segan silu menogok arak...

Jadi tak hairanlah, blogger UMNO Parpukari pencacai no 1 Dr Mahathir pun sama macam dengan anak-anak Mahathir mentekedarah arak...



Apa komen sahabat aku si Luncai........

Muktamar dan pemilihan PAS 2011..Jawatan Timbalan dah mula..

Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, nampaknya apa yang aku cadangkan sebelum ini dah mendapat reaksi positif dari tuan punya badan yang akan memikul amanah...



Namun ada lagi pimpinan lain yang turut sama berminat, Silakan, dalam PAS semangat demokrasi sangat subur dan menjadi amalan,



Cuma masih menjadi ingatan, kenapa tahun 2009 di Muktamar Shah Alam, menarik diri, dengan alasan kerana nak beri penumpuan pentadbiran kerajaan negeri, apakah sekarang kerajaan negeri dah selesa!?....

Tuan Haji Mohamad Sabu pun dah turut di calonkan, bila beliau turut dicalonkan, kalau diikut secara keutamaan senioriti, Tuan Haji Mohamad Sabu adalah ahli dari bawah, ahli paling kekanan dari dua calon Dr Mujahid dan Ustas Azizan, ...

Jadi pada pendapat aku, adalah lebih elok dan sesuai Haji Mohamad Sabu diberi keutamaan dan penuh kepercayaan.

Moga-moga perwakilan dalam muktamar bijak memilih, pilihlah untuk PAS menuju kemenangan moga-moga Islam dapat dilaksanakan.. Insyaallah..


Monday, March 28, 2011

1Malaysia - Tiada beza Jamil Khair dengan Tok Sami Hindu..

Salam Sejahtera,

Tak perlu aku terangkan siapa lagi gamabar di sebelah ni,,, tengah popular sekarang ni, apakah kerana dengan pencen Panglima Tentera Mej Jeneral, elaun Senator dan Gaji Menteri Agama UMNO,

Menyebabkan mangkok ni dah jadi tak ketahuan, sebelum ni isu kes liwat Anwar, bila kes di bawa ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicara dengan cara qazaf, mangkok hayun nilah bersama dgn pengarah Jawi yang menghalangnya,,,

Bila isu Video sex, no komen sebab kes polis, pulak dah... DI SINI,.. betul ka.. atau pun sebab Dr Asri (mantan mufti) dah komen baguih punya, nak komen macam Dr Asri bahaya bro.., miss pencen dan elaun senator kang, nak lawan cakap lain dari Dr Asri, timbul masaalah lain pulak....

He he he....., cuba perati gambaq bawah ni pulak ,

27 MAC 2011: Ahli Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang mengadakan bantahan bagi mendedak ditubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat rakaman video seks dan mendesak pemimpin parti terlibat meletakkan jawatan dalam parti, di Pulau Pinang. - Utusan/ZHAFARAN NASIB


Malas dah nak ulas banyak, lu orang fikirlah sendir antara dua makhluq Allah ni, seorang Islam dan yang satu lagi Hindu....




Tan Sri !,, DNA Please...

Salam Sejahtera,

Angkatan Muda Keadilan sebelum ini ada mendesak Rahim R**** Budak Kecik meletak jawatan Pengerusi Risda... Baca Di SINI. Kira baguih lah tu, desakan sebegitu, Namun aku rasa AMK terlupa kisah sejarah lampau, sepatutnya desakan yang menyamai dengan apa yang dilakukan oleh UMNO dan pencacai-cacannya itu yang dipraktikkan...a


Rakyat Malaysia termasuk anak betina Dr Mahatir iaitu Marina sendiri pernah meluahkan kekecewaan terhadap apa yang dilakukan oleh Rahim R**** budak kecik, namun tiada apa-apa tindakan, Baca kisahnya Di SINI.
.
Jadi kisah yang menjadi sejarah, boleh diungkit kembali, bukan apa, sebab si Rahim R**** budak kecik mengatakan dirinya bersih, sebab mahkamah mengatakan dia bersih,, DISINI ,

Jadi AMK seeloknya minta DNA dari Tan Sri Rahim R**** budak kecik, untuk di dipastikan dengan anak yang dilahirkan itu...

Ada berani ka Tan Sri Rahim,, apa berani ka Presiden UMNO......



pa

Sunday, March 27, 2011

Kesian kat abang Si Luncai ni....

Salam Sejahtera.
Alahai Si Luncai, punya abang sebgini, siang malam pagi petang asyik dok bilik kotak-kotaknya....

Hingga dah tak berminat nak bertanding PRU13... betul ka tak minta... atau UMNO yang ak mau calonkan ko.., tolong bagi tau, belum ada lagi ahli politik pembangkang yang melompat ke UMNO diberi kepercayaan menadi calon....


Bahasa

Ezam: Saya tak berminat tanding PRU13

March 27, 2011

Ezam berkata beliau akan berjuang untuk membantu BN merampas semula Selangor. — gambar fail
BANTING, 27 Mac — Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya beliau akan menolak sekiranya ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Ini kerana, katanya beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang dilihat telah banyak mengikis nilai moral manusia.

“Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bugis dan Mesyuarat Agung Kelima Persatuan Kebajikan Pekerja Bugis Sabah (PKPBS) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli. — Bernama

Saturday, March 26, 2011

PRU Sarawak - Taib Mahmud bertanding lagi....

Salam Sejahtera..

Nampaknya apa yang aku tulis sebelum ni, Di SINI , he he dah berlaku, rakyat Sarawak kena tipu du-idup la....


Hangpa perati tengok, bininya tu,,, tak terliok ka.., naik semangat muda balik, rasa muda terundur ke belakang 50 tahun... jadi kira kuat lagi bro....

Kesian Najib, sia-sia jadi Pengerusi BN, kes Taib Mahmud yang dah tua tu pun tak boleh nak handle... lemah-lemah Najib.., suruh Rosmah la buat kerja semua tu....

TERKINI

Taib Mahmud sahkan pertahan kerusi Balingian


26/03/2011 7:32pm

MUKAH 26 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri ke-10 akan datang.

"Anda tanya saya apakah saya akan bertanding di Balingian, ya...itulah sebab saya berada di sini hari ini untuk melawat pejabat ini,” katanya ketika ditanya oleh wartawan semasa kunjungan singkatnya ke Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian di sini.

Taib berkata, parti itu akan meletakkan kira-kira 25 peratus muka baru.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) negeri juga sedang dalam proses membereskan senarai calonnya.

"Setelah kami membereskannya, saya akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pengesahan beliau, mungkin pada 1 atau 2 April,” katanya. — Bernama



Perangai Lucah, Penipu pulak...

Salam Sejahtera..

Inilah salah satu sikap terpuji pemimpin Melayu bangsat UMNO, kalau sebelum ini ada yang terlibat dengan persetubuhan haram dengan gadis bawah umur, akhirnya yang terbaharu jadi pengarah video lucah,

Ada pulak yang sebelum ini terlibat dengan artis di Por Dickson, selepas itu lagi hebat terlibat pula dengan model monggolia,

Dan yang ini sebelum ini berperangai lucah dan samseng macam Sarip Dol Kampung Dusun, makin tua jadi penipu pulak.....

Hebat UMNO, macam-macam ada...

.




Pembalak: MB Pahang dan pembantu tipu saya RM300k
Aidila Razak
Mac 25, 11
3:29pm




Seorang pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan pembantunya serta setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.

NONEBercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis
SEA Park, Lee Sin (kiri) berkata beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 apabila syarikat pembalakan itu ditubuhkan.

Syarikat itu - Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd - telah dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar di Nenasi Pekan, yang dikatakan milik Umno
Pahang.

Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan sehingga lesen pembalakan dikeluarkan, dan pada masa itu, sahamnya akan dibeli oleh Lee.

Ini dilakukan pada 2 Mei 2000, seperti yang dinyatakan dalam rekod pemindahan pemegangan saham di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak RM300,000 sejurus selepas syarikat tersebut menerima lesen untuk 3,000 ekar.

Tetapi lesen itu, yang dikeluarkan bagi setiap 1,000 ekar itu, terhenti di situ sahaja.

Lewat tahun lepas, kata Lee, Seruan Gemilang Makmur telah disaman oleh Umno Pahang kerana tidak memajukan kawasan yang telah dibalak.

[Baca berita penuh]

Friday, March 25, 2011

Isu Video Sex - Ulasan oleh Dr Asri..

Video lucah dan dosa politik
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mac 25, 11
7:56pm


Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).

Aib peribadi

Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

Bukan bukti Asas

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Berbeza Dengan Kes Kezaliman

Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa,rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).

Tidak Perlu Suruhajaya

Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Dintelah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf(menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar(pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitabAdab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali,Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Ingatan

Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).



Bangkit generasi baru

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti kerajaan Perlis. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.