boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, June 25, 2011

Nukilan dari pemuda melayu di perantauan....

Dari kecil hingga kini saya membesar di Malaysia, fokus saya tertumpu pada Malaysia.

Cari duit dan terus cari duit. Ada kerja makan gaji dan ada kerja sendiri. Tetapi semuanya menjunam. Kalau untung, dapat pelanggan dari Singapura beli produk yang saya jual. Dapatlah bernafas sedikit. Hal itu juga memberi saya satu gambaran jelas mengenai keupayaan membeli seorang warga Singapura dan warga tempatan.

Setelah bekerja di Singapura, cara saya berfikir telah banyak berubah.

Dalam erti kata lain, saya tidak lagi berminat untuk bekerja di tanah air lagi. Umum tahu, bahawa matawang kita kecil. Anda boleh gelar saya penganggur hari ini.

Tetapi anda juga harus tahu, bahawa wang yang saya bawa pulang dari bekerja di Singapura sebulan, banyaknya sama seperti bekerja 3 bulan di Malaysia. Itulah hakikatnya.

Mengapa saya harus berhempas pulas demi pulangan yang tidak setimpal?

Jangan tipu diri kita.

Bagi orang Islam pun, kita ada sistem hadiah. Buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa.

Anda solat di Kuala Lumpur tak sama pahalanya berbanding solat di Mekah.

Siapa boleh sangkal kenyataan ini?

Saya cukup marah dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan anak tempatan kita kurang daya tahan berbanding pekerja asing. Walhal isu gaji kecil yang menyebabkan anak tempatan kita hilang semangat bekerja di tanah air sendiri.

Ketika berada di Singapura sayalah pekerja asingnya. Saya rasa bersemangat setiap hari dengan gaji RM3,000 lebih. Terasa diri saya dan kepakaran saya dihargai.

Tahukah para pembaca semua, ketika saya pulang ke Malaysia, barang-barang yang mahal di depan mata saya tidak lagi menjadi sesuatu yang amat mustahil untuk dibeli? Terasa dengan bekerja di luar negara itulah juga jalan keluar untuk seorang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi atas kertas seperti saya.

Ini berbeza ketika bekerja di tanah air sendiri dengan gaji RM900. Nak beli sesuatu pun kena tunggu berbulan-bulan untuk kumpul duit. Alangkah bodohnya.

Mana dia negara berpendapatan tinggi? Golongan yang berpendapatan tinggi ialah golongan menteri sahaja. Bagi golongan lain, nasiblah apa nak jadi pun. Hahaha!

Bodohkan? Sebut negara, ibarat satu negara akan berpendapatan tinggi. Tapi bila dilihat, ia hanyalah omongan kosong semata-mata.

Formula matematiknya mudah. Jika kita mahu negara kita bermatawang tinggi, kita mesti ada pemimpin seperti Lee Kuan Yew. Orang tersebut mampu membuatkan SGD $1 = RM2.46

Saya faham rakan Mamak (India kacuk Melayu) , abang-abang Syed (Arab kacuk Melayu) bangga dengan RM (Ringgit Mahathir/Ringgit Mamak). Walaupun Mahathir terkenal dengan salahguna-kuasanya sehingga membuatkan matawang negara kita ketinggalan jauh.

Tetapi itulah hakikat rakan Mamak dan abang-abang Syed kita yang sehidung dengan Mahathir. Mereka hanya ada susuk Mamak Mahathir. Macam mana pun tingkah-laku Mahathir, tetap mereka sokong. Bahkan mereka ini lebih Melayu dari Melayu asli.

Bila saya cakap Lee Kuan Yew hebat. Maka rakan Mamak dan abang-abang Syed kita akan mengaum bak Sang Harimau mengatakan "Lihatlah sumbangan Mahathir, tengok nun ada Menara PETRONAS, siapa buat?".

Saya kata itu pakai duit rakyat. Rakyatlah buat. Arkiteknya memang seorang Mamak pun, anak tempatan. Nama dia César Pelli.

Saya nak tambah sikit, "Dei tambi! Lee Kuan Yew mari dia boleh beli itu menara separuh harga tau?!"

Kalau bodoh tak sedar, tengok ini : SGD $1 = RM2.46

Mudah tak formula matematik itu?

Usah kita ketinggalan dengan rakan senegara kita kaum India dan Cina. Mereka ini rupa-rupanya lebih ramai yang bekerja di UK, AS, Australia, New Zealand, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan lain-lain negara maju. Bukan sahaja mereka bahkan rakyat dari negara-negara ASEAN pun sudah ramai yang merantau. Saya khuatir, jika orang Malaysia khususnya orang Melayu bawahan tak ambil peduli, mungkin mereka akan ketinggalan lebih jauh.

Jadi jangan garu kepala, hairan bagaimana orang Cina dan India boleh kaya-raya. Mereka naik kereta import. Orang Melayu semua naik kereta tin milo Mamak Mahathir. Sudahlah tak ada kualiti, tapi dek kerana gaji kecil dan pengangkuan awam yang tak meluas, naiklah juga.

Alahai kasihan bangsaku dipermain-mainkan oleh seorang Mamak Mahathir.

Masih tak sedar orang Melayu kita? Teruskan sokong orang itu, jerit-jerit sampai terberak. Mahathir menangis hoooo... hoooo.... dalam PWTC pun bukan boleh ubah ini: SGD $1 = RM2.46

Si Mangkuk Najib Mongolia pun tak boleh bikin apa-apa. Dia sujud pada Mahathir, apa boleh dia buat? Nak menangis hoooo... hoooo.... dalam PWTC lagi?

p/s: SKMM pun sibuk tanya tentang video porno. Apa pendirian saya? Saya jawab kamu orang SKMM, gaji kamu sudahlah kecil. Sokong orang zalim yang menabur pasir dalam periuk nasi rakyat Malaysia masih tak sedar diri? Memang tak ada otak. Memang dasar manusia bengap.


Sumber : hanief.

1 comment:

  1. Maaflah bro,

    Aku baru balik dari Singapura. Makan nasi goreng di kedai mamak
    18 dolllar sepinggan.

    Jangan ko ingat semua orang Malaysia bodoh, tak tau apa satu.


    Ceritalah jugak tentang azan, tentang solat Jumaat. Berapa masjid yang ada ? Berapa surau ada?

    Cerita juga tentang hak parking di rumah flat bagi orang Melayu, bandingkan dengan Cina.

    Penipu sesat hang ni..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari