boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, July 20, 2009

Minum Arak - Model Kena 6 Sebatan.

Salam Sejahtera...

Dalam suasana kes trajedi kematian di Pejabat SPRM, tetiba ada satu lagi kisah seorang model wanita yang mengaku bersalah meminum arak telah dikenakan hukuman denda RM 5000.00 dan 6 kali sebatan. Kisah selanjutnya DI SINI.

Hukuman tu dah kira OK dah tu, tapi masih lagi tak menepati hukum syarak, kalau tak silap aku hukum orang Islam minum arak ada yang mengatakan 40, setengahnya 80 rotan, rujuk DI SINI.

Cuma lepas ni kita akan dengar suara-suara tak puas hati akan keputusan mahkamah syariah itu, sebab hak asasi manusia.... selagi hukum Islam tak termaktub sebagai perlembagaan negara maka selagi itulah hukuman yang dikenakan pun caca merba.....

3 comments:

  1. ikut lah hukum dan peraturan,,,,, jgn lah hidup tak ado peraturan, kelak jadi HAIWAN lah pulak jik a tak ada peraturan,,,,,,

    ReplyDelete
  2. SEKARANG PUN DAH MACAM-MACAM KES MACAM HAIWAN...

    ReplyDelete
  3. Pesalah tersebut Kartika Seri Dewi.,merupakan kenalanku sewaktu bersama-sama dalam pasukan Bola baling daerah Kuala Kangsar. Setelah 15tahun aku menemuinya diakbar atas kesalahan meminum arak.Pelajar SM Raja muda Musa itu., ternayata amat berani bila tampil dalam sidang akbar. Aku turut terpukul atas hukuman yang di terima. Bukan kerana aku mengenali beliau., tetapi kerana rasa tanggungjawab dan keinsafannya utuk menerima hukuman tersebut dengan segera. Beliau juga berharap agar hukuman tersebut menjadi pengajaran buat anak-anak muda. Ternayata beliau harus diberikan kredit atas penjelasan tersebut. Tapi.,aku juga sedikit tersentuh atas kenyataan akbar oleh Dr. Lolo dari dewan muslimah Pas bahawa hukuman tersebut adalah tidak wajar. Apakah kewajaran yang difikirkan oleh beliau...? Adakah untuk menengakkan hukum syariat kita perlu bersimpati dengan pesalah. Kalaulah pesalah itu sendiri tidak merungut..,kenapa kita sebagai pemerhati perlaksanaan tersebut ingin mempertikaikannya.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari