boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, April 28, 2009

Tahniah Dato Seri MB Kedah..

Salam Sejahtera Semua...
Satu perkembangan baik buat semua umat Melayu Negeri Kedah...Cerita lanjut Di SINI. Ini dengan secara tidak langsung MB Kedah mendapat pengiktirafan dari sayap UMNO sendiri. Tahniah Dato Seri.. kalau boleh ajak Wanita UMNO tu semua pakat-pakat join PAS belaka...
Walaupun sebelum UMNO kedah sering melemparkan bermacam-macam tohmahan.. mungkin selepas tregedi Bukit Selambau.. UMNO Kedah dah nak berubah..untuk kepentingan umat Melayu dan Islam..
Apa pun lepas ni harapan kita Pemuda UMNO Kedah pulak akan bertemu dan bermuzakarah dengan Dato Seri MB..
Teringat kata-kata Che Det yang Kedah di bawah Dato Seri Azizan adalah sukar untuk UMNO nak mengambil kembali... moga-moga ini menjadi kenyataan. Insyaallah.

Bala Allah dah hampiri Malaysia!!

Salam!!
Apakah penyakit baru mula dikenali.. selsema babi dari Mexico akan menular ke negara Kita.. Ini semua kerja Allah.. Kita umat Islam hanyalah boleh berdoa sahaja.. minta dijauhi dari segala bala tersebut.. Cukuplah sekarang ni di kawasan taman-taman perumahan di sekitar Manjung dengan wabak dengginya yang masih tidak ada kesudahan...

Itu pun masyarakat islam masih tidak sedar, masih nak kan keronokan gaya hidup, program Jom Heboh dah berlalu..pihak yang berwajib dan berautority dalam agama hanya diam membisu tanpa alasan seolah-seolah sama dengan gambar jururawat-jurawat dibawah ini.

Heran juga ya... Bila dah dengar nama penyakit yang merbahaya begitu, pandai pula pakai dengan kemas sekali jururawat-jururawat Malaysia di Lapangan Terbang KLIA sewaktu menunggu pesawat dari Los angeles..Tengok ada hikmahnya penyakit tersebut,.. selama ni kekadang kita pandang serong jikalau ada muslimah yang pakai Purdah.. ha ni nak ka  tak nak kena pakai lebih kurang purdah juga... boleh pulak ya... nak tunjuk kat pelancong negara asing ni...
Kalau berpanjangan pun bagus juga ya.. sentiasa pakai macam ni... aku pun taklah asyik nak terpandang  dan terlepas pandang...selamat sikit yob...

Jika Speaker Tidak Dihormati - Tidak Perlu lagi Bermesyuarat...

Salam Semua!! O O O tau rasa marah.... hangpa baca ni...

Saman: Pandikar Amin serah kepada mahkamah

Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan mengenai saman difailkan terhadapnya oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau mengesahkan menerima notis saman itu dan akan jawab menggunakan cara sepatutnya. 

“Setiap orang ada hak berbuat demikian dan memberikan pandangan masing-masing mengenai tindakan saya. Ada berpandangan Speaker tidak adil dan tidak betul... itu pandangan mereka. Saya hanya menjalankan tugas yang bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat dan memastikan ia lancar.
Jika Speaker tidak lagi dihormati, tak payah lagi bermesyuarat.

“Saya tidak mahu komen panjang lebar, nanti orang kata itu pendapat saya, jadi saya serahkan kepada mahkamah untuk buat keputusan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat delegasi Ahli Parlimen Australia dan Duta Korea, Bong Ryull Yang di pejabatnya di Parlimen, semalam. 

Jumaat lalu, Gobind memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi memohon deklarasi berhubung perintah penggantungannya sebagai Ahli Parlimen batal dan tidak sah. 

Selain Pandikar Amin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia turut dinamakan defendan.

KOmentar: Sapa yang mula dulu pi hancurkan sistem perlembagaan yang ada... la baru nak kalut... serah kat mahkamah... mahkamah pun dah jadi mahkamah kanggaro...

Monday, April 27, 2009

Budaya UMNO ada dalam Cuepacs...

Salam...
Hangpa  baca DI SINI. masih nak membela lagi bila telah melakukan kesalahan..Yang sedih tu boleh pulak kata Timbalan Menteri tu meraih beberapa point.. tetapi orang yang bercakap mewakili Cuepacs tu pun tumpang sama nak cari popularity.. kurang-kurang nanti bila ada pemilihan kesatuan orang makin bertambah kenai, silap-silap boleh ambik calon Presiden Cuepacs..sebagai pembela konon.. pembela kepala hotak...

Jadi tak payahlah nak bising-bising buat riuh cari glamour,, nak buat riuh juga isi borang UMNO....

Hangpa makan gaji atas duit rakyat, bukan bertugas free  atau sukarela.., memang elok datuk Saravanan bagi tau akhbar..baguih, memang itulah sepatutnya... kalau aku buat macam tu memang kena pecat 24 jam..

Nak buat macam mana... kalau dah pimpinan Kerajaan yang di atas tu jenis haprak maka kakitangan dibawah lagilah melantung hangit.. Kerja kalau tak ada keikhlasan dan tanggungjawab begitulah jadinya... tak kiralah peringkat apa sekali pun, doktor dengan lagak doktornya.. kalau amah-amah dengan lagak amahnya.. tapi apa pun tak semua begitu.. ada juga kakitangan hospital yang baik.. ini segelintir sahaja.. tetapi dah membusukkan semua..

DAPATKAH PM NAJIB BINA MALAYSIA? - Buat Ahli dan Penyokong UMNO.!!

Salam sejahtera!!
Ini Pandangan dari Penulis Singapura!!! Hangpa baca!!! Bukannyac Pembangkang yang beri pandangan...

Oleh
Dr Hussin Mutalib

BAK dijangkakan, sejak dipilih sebagai Presiden Umno dan kemudian menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berdepan dengan pelbagai cabaran rumit.

'Dapatkah Datuk Seri Najib menyelamatkan Malaysia?' tanya banyak pengamat.

Bahkan ada persamaan antara 'tuahnya' dengan Almarhum ayahnya, Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua Malaysia.

Datuk Seri Najib mewarisi daripada pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, keadaan negara yang goyah - hubungan kaum yang rapuh dan ekonomi yang merosot.

Tun Razak menghadapi kesan rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969. Beliau telah mengetuai usaha merintis Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang antara lain bertujuan meningkatkan saham orang Melayu dan bumiputera dalam ekonomi dan ilmu.

Dasar radikal itu diperlukan demi mengimbangi kesan monopoli ekonomi di tangan orang bukan Melayu.

Anehnya, sedang Almarhum ayahnya membina DEB, Datuk Seri Najib pula perlu merombaknya demi menghambat hati orang bukan Melayu.

Padahal sasaran DEB untuk memastikan orang Melayu meraih 30 peratus kemakmuran negara masih belum tercapai.

Ini menunjukkan suasana hubungan kaum telah mendesak penyemakan ke atas DEB.

Minggu lalu, Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa Malaysia tidak lagi akan menguatkuasakan peraturan kuota 30 peratus kaum Melayu dan bumiputera pada 27 sektor ekonomi seperti pelancongan, logistik, pengangkutan dan teknologi maklumat.

Daya utama baru ini bertujuan memikat pelaburan asing dan bakat profesional untuk merancakkan ekonomi Malaysia.

Hakikatnya, memang tersirat di sebalik perubahan dasar itu ialah dimensi kaum - menyejukkan hati pengundi bukan Melayu yang kian menolak Barisan Nasional (BN) seperti pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.

Setakat mana karisma dan kecekapan Datuk Seri Najib dan pasukannya dalam reformasi ini akan disorot oleh pelbagai pihak, termasuk pelabur antarabangsa yang dilaporkan menuntut DEB dihapuskan.

Ia juga akan menjadi kayu ukur tentang setakat mana Datuk Seri Najib dapat menyelamatkan Malaysia.

Seyogia, Malaysia kian kurang menarik di mata pelabur dalam dan luar negara pada ketika ekonomi dunia dilanda kemelesetan.

Tetapi, adakah langkah terbaru ini merupakan pembuka tirai kepada terbuka luasnya lebih banyak ruang ekonomi kepada rakyat bukan Melayu?

Tunggulah hasilnya dalam tahun ini.

Namun, bagaimana dengan reaksi kaum Melayu yang berasa haknya dipinggirkan pula?

Bukankah Umno, walaupun selaku parti tunjang BN, merupakan pembela ketuanan Melayu di Malaysia?

Dari segi politik pula, cabaran Datuk Seri Najib juga besar. Pilihan raya umum ke-12 dan beberapa kekalahan dalam pilihan raya kecil selepas itu menunjukkan bahawa BN kian kurang popular.

Antara lain, politik 'kepuakan' dalam Umno tampaknya belum terhurai.

Beberapa tuduhan rasuah dikenakan ke atas beberapa pemimpin veteran Umno.

Datuk Seri Najib telah melantik Datuk Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Mentari, sebagai timbalan menteri.

Sebaliknya, Encik Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang juga menantu Tun Abdullah Badawi, diketepikan.

Walaupun Encik Khairy dituduh oleh beberapa kumpulan Umno sebagai angkuh dan 'mengada-ngada', hakikatnya beliau meraih undi terbesar dalam persaingan tiga penjuru untuk diangkat sebagai Ketua Pemuda Umno yang lazimnya diberikan jawatan menteri.

Datuk Seri Najib telah menyanggah tuduhan bahawa Dr Mahathir menjadi 'dalang' (kingmaker) dalam proses pelantikan kabinetnya.

Namun, laporan media menunjukkan Dr Mahathir menuduh Encik Khairy tidak layak diberikan jawatan menteri kerana rasuah.

Bahkan bagi pilihan raya kecil di Penanti kelak, Dr Mahathir mendesak BN menampilkan calonnya walaupun Datuk Seri Najib pada mulanya menyatakan tidak berminat.

Selain cabaran 'dalaman' yang melanda Umno, parti-parti komponen BN juga menimbulkan masalah.

MCA, MIC dan Gerakan memang sekian lama patuh pada tatasusila BN.

Namun, sejak alah dalam pilihan raya umum lalu, mereka lebih berani mendesak atau menyatakan rasa tidak puas hati.

Malah sidang parlimen Malaysia yang kini diberi liputan terbuka (termasuk rakaman televisyen) jelas menunjukkan kelantangan para wakil parti komponen BN.

Bahkan di luar parlimen pun, para wakil rakyat bukan Melayu didapati tidak sehalus dulu sehingga dilaporkan menyinggung perasaan orang Melayu.

Kritikan pedas terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan institusi kesultanan dikhuatiri mewujudkan jurang lebih mendalam antara kaum.

Gambaran rusuhan kaum 1969 kini dibimbangkan.

Terdapat juga isu-isu lain seperti masalah rasuah dan silap tadbir yang menjejas imej kerajaan.

Ini semua perlu ditangani Datuk Seri Najib dan pasukannya dengan segera, cekap dan tuntas sedang ikrarnya untuk membina 'Satu Malaysia' dicapai.

Datuk Seri Najib telah memberikan tempoh enam bulan untuk menilai kelakonan pasukan dan dirinya.

Jika beliau berjaya, rakyat Malaysia yang merajuk mungkin dapat dipujuk oleh BN.

Jika beliau kurang berkesan, tunggulah kesannya pada pilihan raya umum kira-kira dua tahun lagi.

Senario BN menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat (PR iaitu perikatan parti pembangkang) pula membentuk kerajaan seperti yang diimpikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketua PR) boleh menjadi kenyataan.

Nota: Penulis ialah peneliti politik Asia Tenggara dan juga Profesor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Sumber : DI SINI

Komentar: OK dah baca semua.. Ha dah sedar ka belum..1Malaysia... Mana Pemuda UMNO.. Mana Pekida... Mana Pewaris..Mana NGO BPM, NGO-NGO Melayu... Oii awat hangpa diam... hak orang Melayu Najib dah pelingkup...mana perjuangan untuk Melayu...


Beruntungnya Ahli UMNO

Salam Semua...
Duit dapat sejuta... itu laporan dari dakwaan, mungkin lebih lagi.. keputusan kes mahkamah tahun 2002.. cerita sepenuhnya DI SINI. Dah 7 tahun berlalu, duit yang dapat bertambah banyak peningkatannya, tup-tup dapat hadiah baik punya dari barisan kabinet rakyat iaitu mahkamah membenarkan rayuan hukuman dari penjara...UNTUNNNG SAPA JADI AHLI UMNO...

Sekarang kita tunggu kes MB selebriti Adnan Yaakob, RM63 juta.... walaupun arahan mahkamah 14 hari, tunggu.... silap-silap sekupang pun tak kena....

PRK Penanti: Pondok Panas Di Larang...

Salam Sejahtera...
Berita dari Bh Online..

Pondok panas tidak lagi dibenarkan: SPR

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir pada hari pengundian. 
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa mulai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini. 
Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, sebentar tadi


Komen:  Apa masaalah Pondok panas dengan SPR/Atau Pengundi.. sepatutnya SPR berterima kasih kerana Pondok panas membantu pelancaran pengundian... apakah pondok panas BN tak dapat sambutan dari pondok panas PR..
Masaalahnya Kaunter(Pondok) yang diuruskan SPR boleh percaya dengan sepenuhnya ka!.. Walau pun ada wakil parti politik yang bertanding...
Apakah wakil parti pembangkang bersetuju dengan pengharaman pondok panas.. ataupun SPR menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengharam pondok panas..
Apa pun pengundi di Penanti silalah tunjukkan kuasa anda pada BN... Berilah UNDI anda pada Pakatan Rakyat...Sama-sama kita Tolak BN...

Sunday, April 26, 2009

Untuk Renungan - Bagaimana Solat Kita..

Salam Semua.. 

Dalam Semua Kita dok meraikan Kemenangan, Program Sure Heboh, Krisis Negeri Perak dan lain-lain perkara lagi, apakata mari kita nilai balik dimana tahap peringkat  kita tentang solat, termasuk diri aku sendiri.. apakah solat kita ini diterima Allah;

Makin lama hidup sepatutnya makin banyak dan makin meningkat amalannya. Kalau mula-mula tak pernah solat, sekarang ni semakin rajin mencecah dahi ke sejadah.

Sembahyang ni pulak boleh digolongkan kepada 7 peringkat.

Daripada 7 peringkat ni, 3 saja yang sah Allah terima, 1 terpulang pada Allah terima atau tidak. Dan yang baki 3 lagi, Allah rejects habis, alangkah sia-sianya buat penat saja.

Tetapi ada sesiapa yang terdetik tak nak sembahyang langsung?
Padah tak sembahyang lagi besar, kekal abadi dalam neraka.

Anyway mari kita sama-sama baca apakah 7 peringkat sembahyang ini:-

1. Sembahyang orang jahil

Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.

Hakikatnya: Dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang panjang.

2. Sembahyang orang lalai

Fardhu ain dah clear, tapi bila mula saja angkat takbir 'xpdc' otakpun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang, sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang.

Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala,tiba-
tiba saja dah toleh kanan,toleh kiri........selesai.

Hakikatnya: Fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah

Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang, tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member2 dan sebab2 lain.

Hakikatnya: Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya,kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.

4. Sembahyang orang mujahadah

Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingat Allah. Jadi dia paksa2kan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat2 disentap balik. Jadinya sekejap
khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu.

Hakikatnya: terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi badahnya. 

5. Sembahyang orang soleh

Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya, fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidahnya. Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa
olehnya.

Hakikatnya: Inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali

Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan. Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar2 lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.

Hakikatnya: Bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang tidak terucap juga dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul

Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam keagungan Allah......tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya...
....

So, tingkat mana solat kita?


Tanpa Raja Melayu Lemah...

Salam Semua...
Ini lagi satu kenyataan yang cukup haprak... Hangpa baca kat SINI. Bagi aku kenyataan macam ni hanya boleh dipakai pada filem-filem melayu tahun 60 han.. Batu Belah Batu Bertangkup, Lela Manja, Dayang Senandung, Nujum Pak Belalang dan lain-lain lagi..
Bila kita berbalik pada sejarah, cuba kita imbau bagaimana boleh terjadinya Perjanjian Pangkor di Negeri Perak..sapa punya kerja semua tu sehingga boleh penjajah masuk menjajah umat melayu dan sekarang inilah yang kita dapat.. Sapa punya kerja...malas nak cakap.. sendiri mau fikir... Itu dalam perspektif Malayu...
kalau dalam Perspektif Islam lagi berat bila kata-kata macam tu.. hangpa tak percaya.. pi tanya kat mufti.. boleh ka cakap macam tu..aduh...Oii UMNO.. hangpa bila ada orang nak mengaji selain dari bab sembahyang, wuduk, mandi junub, hangpa tak bagi.. hangpa cakap politik.. bila cakap-cakap macam ni keluar.. makin bertambah rosak akidah umat Islam.. mampuih UMNO..

STATUS ANAK - MUFTI VS JAMIL KHAIR..

Salam semua...
Kalau hangpa rujuk balik kenyataan Mufti Perak pada 24/04/09 ceritanya lain,, Rujuk DI SINI. Kalau nak kira dari perasaan sebagai umat Islam, secara peribadi bolehlah aku terima, walaupun bial bab Sure Heboh ni fatwanya dah kelam kabut.
Tetapi laporan dari BH Online lain pulak ceritanya.. Sila baca DI SINI.  OK hangpa dah baca.. memang berbeza kan.. Ni apa cerita ni.. aku ni dah tak ada ilmu, masih lagi jahil, kalau nak harap kat Menteri Agama yang baru nampaknya makin punahlah.. 
Mufti cakap lain... yang Menteri pulak cakap lain... Apa cerita sebenar ni... Oii Ini masaalah Islam...dah lah program Sure heboh dalam Pangkalan TLDM pun diam tak cakap apa sepatah pun.. Ni bab status anak dah keluar lain... Dulu dalam Forum Perdana bergegar semacam.. dah jadi Menteri... Khawk Pthuihhh..

Saturday, April 25, 2009

Catatan Santai Petang Sabtu.. Program Konvensyen Tea Tarik 2

Petang tadi jam 3.00ptg MSK talipon aku, dia dah tak ingat nak masuk mai rumah aku, terpaksa keluak kat simpang taman tunggu, rupa-rupa Dugong Darat yang jadi pemandunya, katanya nanti kalau dah pakai Toyota Camry senang, dah ada driver..
Mai rumah aku biasalah, bini aku pagi hingga tgh dia kena pi sekolah, aku pulak kerja sampai pukul 1.00, nak ajak makan nasi pun dah pukul 3, menu hari ini ikan kembung goreng, bendi goreng lada.. alhamdulillah, balik kerja kena nasi panas, phurgg lega, tak kan nak lawa dia makan nasi.. baki ikan pun tinggal sekor..nak selamat anak aku yang lepas SPM pi beli goreng pisang jamu kat dia, sembang-sembang pukol 4 kami pi ke hala Teluk Senangin, tengok tempat cadangan nak buat konvension Tea Tarik 2..
Cadangan aku nak buat kat Kem PLKN Teluk Sakah, 4 tahun lepas aku dah pegi hantar bini aku bawa anak muridnya buat kem motivasi kat situ, petang tadi aku pun macam biasa ikut jalan tu, masuk short cut kot kebun kelapa sawit, rupanya dah tutup ikut lorong tu, panik sekejap, nasib baik ada sebuah kereta kancil, mai dari mana aku pun tau...aku tanya rupanya lorong tu dah bertahun dah tutup, keluar balik jalan hala ke Teluk Senangin terus sampai..
Dan inilah gambar-gambar yang sempat aku snap...

Pantainya kira OK juga, waktu kani sampai air pasang penuh.. suasana sini orang tak ramai macam kat Teluk Batik, yang terlalu padat...dengan manusia dan gerai-gerai yang banyak..

Yang ada kat sini petang tadi pasukan Bulan sabit Merah Daerah Manjung dan pelajar-pelajar SRI TAALIM yang ada buat program di sini.

Kalau sesiapa ada pukat boleh memukat tangkap ikan kat sini..

Person In-Charge Blogger Network Perak... MSK baru lepas merandok air laut pasang..jambatan di sini roboh disebabkan peristiwa tsunami yang lalu..

Pelajar SRI TAALIM Seri Manjung sedang melakukan solat di atas pasir pantai.

Persediaan pelajar membuat flying fox...

Huhh lega dah selesai... anak sapa tah!! aku pun tak kenal ...

Komen aku.. tempat ini bagi aku kira OK kalau kita nak buat Program Konvension Tea Tarik sambil bawa keluarga bersama-sama bersiar.. Tentang cost budget berapa kena aku tak pasti.. sebab time MSK dok bincang dengan Pengurus tadi aku pi sembahyang asar,  tapi tak mahai sangat berpatutan dengan tempat..hangpa tunggu nanti MSK keluar notice..apa pun aku harap semua blogger PR dapat mengahdiri program ni.. Insyaallah...

PAS gaduh dengan PKR di Selangor...

Itulah yang aku dapat SMS lepas magrib tadi... sapa yang hantar.. mungkin ada yang kenal..Mat Comot..
Terkejut juga aku, pasai apa.. balas balik SMS dia.. tanya sapa yang bergaduh, pasai apa..menyebabkan aku lewat nak ke Surau...dia jawab balik...SMS..
"FRU 3 trak stanby di Stadium, Selangor lawan Kelantan Malam Ni...

OOO hang pekena aku Mat Comot tak apa.. kang aku pecah lubang baru hang tau...

Sidang DUN Perak - MB VS Speaker.

MB Belum sah Zambri masih bertegas menetapkan Sidang DUN Perak pada 7 Mei 09.. itu tegasnya yang disiarkan Di SINI. Memanglah betul dia ni tak tau undang-undang, atau pun memang dia dah tahu yang dia akan menang dalam perbicaraan saman Nizar terhadapnya. Apa pun aku dah agak memang keputusan dah ada dalam script, tu pasai ia berani semacam.. lelong camry, ni dah berani arahkan supaya Sidang tetap diadakan pada 7 Mei... Dia ni MB merangkap Speaker ka??!!!!!! hangpa tolong bagi tau kejap????

Kalau Betul Berita Ini - Sama saja dengan UMNO.




Aku tak pasti sama ada BERITA INI betul atau tidak, kena selidik dulu, tetapi dari pengamatan aku sebelum ini apa yang aku dok nampak pimpinan yang ini memang lain macam sikit.

Tak taulah mungkin dulu dia bekas pakar motivasi terkenal, jadi caranya memang berbeda, aku minta maaf buat ahli-ahli PAS Selangor, aku kena tegur kalau apa yang aku nampak selama ini, sebab aku sayangkan PAS.. 2-3 bulan yang lepas, YB IR Khalid Samad bersama dengan YB Saari Sungib  telah dikeluarkan dari SAF Pimpinan Selangor, mungkin ada strategi lain, tapi haruslah kita ingat semula, YB IR Khalid Samad bukan muka baru dalam PAS, beliau yang asal dari aktivis IRC dulunya, bila balik Malaysia joint PAS tahun 80han lagi.

Apa yang aku risau kalau orang macam ni naik jadi Timbalan Presiden PAS punah ranah PAS, itu yang aku takut, beliau ni memang pandai bercakap, biasalah pakar motiwasi, sure cair dengar dia berhujah...

Dan kita kita kena ingat balik, pihak musuh memang mahu kita berpecah, mahukan lagi kita jadi macam tahun 80han yang lalu, bila mana PAS berpecah tertubuhnya Parti Berjasa, kemudian Parti Hamim pula.. apakah kita mahu begitu...musuh kita UBN memang nak kan kita jadi begitu...

Cuma disini, ambik balik apa yang DS Us Azizan MB Kedah kata, calon tak payah nak tonjol diri, ahli PAS tahu nak pilih sesiapa, jadi sendiri mau faham....

Bagi aku,, ini pendapat aku... Kelantan dah ada Mursyidul AM, kalau Presiden yang sedia ada kekalkan dari Terengganu, seelok-eeloknya Timbalan biarlah dari Kedah, Naib Presiden dari Perak, Pahang dan Johor... itu pun aku rasa tak berapa kena lagi, tapi begitulah kalau boleh, biar semua negeri di Malaysia ada pimpinan tertinggi dalam Parti, ingat kita bukan saja nak mempertahan 4 negeri yang sedia ada,, tetapi kita nak memerintah negara..kita nak Islam tertegak...
OKlah.. aku nak bagi hangpa mudah faham...Mursyidul dengan Presiden dah kekal.. Ok.. Timbalan Ust Azizan Mb Kedah, cukup cantik, Naib Presiden dari Pahang.. Pesuruhjaya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, orang macam ni kena ada... aku kenai dia ni lama dah.. waktu dia Pensyarah ITM Perak Cawangan Manjung lagi, tetapi dia tak la kenai aku, tapi aku yakin Datuk Tuan Ibrahim memang layak untuk memimpin PAS, Kita kena ingat Pahang ni PM Tok Najib ada di sini....bukan senang nak lawan UMNO....
Dari Johor Pesuruhjaya Prop Dr Mahfodz, kalau dulu Johor ada Ketua Pemuda, dengar kata Ketua Pemuda dah nak tanding Naib Presiden juga... Johor kena ada YOB, situ kubu tradisi UMNO, kita kena Ingat Muhyiden Timbalam Perdana Menteri Johor, Hishamudin Menteri, Naib Presiden UMNO pun Johor, jadi PAS pun kena letak Naib Presiden kat Johor..  bukan senang nak lawan dengan UMNO nii.
Baki lagi sorang dari Perak.. biasalah bintang yang tengah bersinar harus digilap biar terus menyinar.. sapa lagi kalau bukan ADUN tempat aku, ni aku bukan lobi pulak, kalau dia tak bagus, tak ada kualiti tak kelapaq aku nak calun dia, tapi memang berkelayakan, dan kita kena ingat PAS dah mula didekati oleh kaum bukan Melayu.. mereka sekarang lebih mengenali Nizar dari PAS.. itulah realiti sekarang, jadi nak atau tak nak, DS IR Nizar salah sorang calon Naib Presiden kalau hangpa nak PAS terus ke depan. Kalau hangpa nak Perak dimabil balik oleh Pakatan Rakyat kenalah Letakkan Nizar salah sorang Naib Presiden, dia nak kena bertemu dengan Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO...
Oklah.. Ini aku punya pandangan, kalau hangpa rasa ada lagi yang terbaik untuk Parti PAS dan Islam seluruhannya, silakanlah.. sesungguhnya aku tidak ada apa-apa kepentingan pun, cuma ini adalah pandangan ikhlas aku, sesiapa yang berjaya nanti pun aku tetap setia bersama PAS.. Insyaallah.

 

Friday, April 24, 2009

MB Baru, Fatwa pun Baru...

Hak ni aku cilok dari Blog Ude Kenang. Blognya susah nak masuk, ada serangan virus.. jadi aku siarkan balik..

Kome jangan pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Kome ngaji di mane ? Al-Azhar ? Ummul Qura? University of Madinah ? Yarmuk ? UIAM ? Kolej Islam ? Setakat ngaji pondok di Pondok Tunjung tu tak usah le pandai-pandai kata Sure Heboh haram. Mufti teman lagi terror. Dia dah abih ngaji! Dah dapat tripple PhD. Anugerah itu, ini. Sebut saja hukum hakam, halal-haram, tak boleh challenge dia. "Everything is at his fingertips". Tengok je kat Lumut, Perak... Sure Heboh dah dirasmikan hari ni, serentak dengan perishtiharaan Lumut sebagai Bandar TLDM. Teman memang lame dah tak tengok TV, sejak DS Nizar tak jadi MB teman...

Fuh! Ghopenye dah banyak berubah kat Perak ni, bukan takat MBnye dah ubah. Hukum haram Sure Heboh pun dah ubah! Teman ke Sri manjung tadi, nampak le budak-budak muda dan yang tak berape mude tengah kerumun satu khemah ni, teman tinjau le kedalam... ohhh...artis-artis jemputan Sure Heboh ghopenye. Semuenye dah bertudung litup, baju pulak besar, labuh. Anak-anak mude tu pulak dihidang dengan halwa telinga lagu-lagu El-Suraya (cam Selimut Putih, Palestine...). Teman terharu... patutle Sure Heboh dah boleh bawak ke sini... artis2nye dah boleh pimpin peminat ke syurga...ohhh!...terimekasih le semua pihak yang terlibat dalam program Sure Heboh tu.

FRU pulak memang same banyak ngan peminat artis2 tu. Tapi teman marah betul, deme tengak relaks kat warung makan, takde yang nak jaga keselamatan artis2 tu... tak bawak pun deme water canon yang selalu deme bawak mase nak jaga keselamatan Abang Mat Sabu masa die ceramah, topi ngan senapang tembak gas deme pun teman tak nampak... isk!isk! ate kalu jadi pape kat artis2 tu sape nak bertanggungjawab? DS Nizar mesti kena saman besor sebab sebelas bulan jadi MB tak buat garis panduan keselamatan artis2 yang datang ke Perak.

Balik ceghiter artis2 tu tadi. Deme memang sah udah warak. Buktinye takde sape terkinje-kinje mase Deejay perkenalkan deme, time Asar tadi Dejay memberhentikan progam dan mengajak semua yang datang semue pegi surau yang penganjur sediekan...dah tu, peminat lelaki pompuan semue berasingan...nyese teman marahkan Sure Heboh tu. Program tu bagus ya amat... selame ari ni orang PAS dah rugikan orang Perak sebab tak nyokong Sure Heboh... Oi PAS! Dengo arahan Mufti le kalo nak selamat, kalo nak sume oghang sayang.

Kat Lumut plak, remajenye tak de pun pegang2 tangan, tak de pun kat tempat2 semak dan gelap2. Lampu2 dipasang di merata tempat. Polis dan PPM meronda 24 jam. Ade je yang duduk dekat2, tak sampai seminit, dah kene cekup. Syabas MB baru ! Kedai2 24 jam yang jual arak dan kondom2 udah tidak dibenarkan beroperasi. Boleh kata Lumut @ Perak dah maksiat sifar !

Tahniah kepada MB, mufti dan penasihat agama baru MB, YB Najmuddin Alias al-hafiz. Kome tak respect ke deme2 ni. Kalau tak kerana deme ni, mesti teman masih sangka yang Sure Heboh tu masih haram !

Takbir !

Mufti Perak Gesa Kaji semula .....

Tahniah Dato' Seri Mufti, kerana berani menyuarakan perkara yang benar mengenai keputusan kabinet tentang keputusan isu anak kekal agama asal.. Cerita lanjut di SINI. 

Aiik Dato Seri, berapa lama dah berkhidmat dengan kerajaan UBN.. siap sambung jawatan setelah pencen, tak kan tak faham perangai UBN, dah buat keputusan lepas tu baru nak kaji hukum boleh ke tidak.. lepas tu nak suruh bagi boleh juga..

Lagi satu, pasal apa si Nazri saja yang selesaikan isu ni, mana menteri yang jaga hal ehwal agama.. patut sama-sama selesikan.. bab ini bukan bab kecil.. ia akan jadi isu berpanjangan..

Kalau kita perhatikan presiden MCA Ong Tee Kiat dalam TV pun dah menyokong apa yang dah diputuskan oleh kabinet.. ambik.. mereka semua dah setuju..sebab menguntungkan orang kafir.. punyalah bangang si Nazri buat keputusan.. memang bangang betui... dulu waktu kumpulan Artikel 11 si Nazri juga yang sibuk bagi sokongan..memang dia tak ada sifat sayangkan kepada Islam.. itu pun orang UMNO Cenderuh dok sokong bagi menang bila PRU.

Apa pun buat Dato Seri Mufti aku cadangkan tak payahlah lagi nak gesa kaji semula atau pun sebagainya.. adalah lebih baik Dato Seri Sembah Derhaka kepada menteri-menteri UMNO tu, terus mengatakan perkara sebegini tak boleh, dilarang oleh Islam.. bukan nak suruh kaji semula, mana depa ada masa nak kaji-kaji lagi..apa nak takut Dato Seri, nak sambung jawatan lagi ka!!!

Calon Presiden - Pendapat Aku Pulak..




Aku terbaca kat sini, aku tak tau sama ada pendapat sebenar atau ada pihak yang cuba nak memecah belahkan perpaduan yang ada pada parti PAS.. walau bagaimana pun kita semua berhak mengeluarkan pendapat selagi tidak lari dari apa yang di bincangkan.. Pendapat yang aku baca tu ada DI SINI.
Aku tak ada niat nak kata DS Azizan MB Kedah tak sesuai atau tak layak, bukan begitu maksud di hati.. cuma apa yang aku harapkan biarlah calon Presiden kekal yang ada sekarang.. itu yang aku nak.. dah banyak kali aku sebutkan.. sebabnya aku cuba senaraikan seperti dibawah..

1. TGHH adalah menjadi ahli PAS sejak dari muda lagi, kalau tak silap dalam umur 30 han lagi..selepas beliau balik belajar dari Mekah, sebelum menjadi ahli PAS beliau adalah ketua ABIM Terengganu.
2, Banyak jasa-jasa beliau yang membuka mata kita semua, terutama sekali dalam bab murtad, kafir, dan berbagai lagi sehingga tercetusnya Debat UMNO-PAS pada tahun 85 yang mana telah dibatalkan oleh Majlis Raja-raja.
3.Beliau juga memang telah dikenali oleh semua Gerakan Islam Sedunia, bahkan dalam tahun 83-84 beliau telah dilantik menjadi Imam sembahyang Sunat Aidil Adha di Mina Mekah.
4. Majalah Asia-Week pernah menabalkan sebagai ketua yang paling berkuasa di Asia pada tahun 1987.
5.Sewaktu Perang Asia Barat 1990 ketika Iraq menyerang Kuwait, dan selepas Amerika menduduki Arab Saudi, TGHH telah diberi amanah oleh semua gerakan Islam sedunia untuk bertemu dengan Allahyarham Presiden Saddam Hussein untuk memberi bantuan.

Banyak lagi keistemewaan yang ada pada TGHH dan tak pada yang lain, tak perlulah aku paparkan semua di sini, cuma aku pernah 3 kali Jumaat berturut-turut aku sembahyang Jumaat di Masjid di Rusila, dan 3 kali juggalah TGHH membaca khutbah dan menjadi imam sembahyang Jumaat, dan aku memang ada merasa sesuatu yang sukar aku nak terangkan.

Teringat kembali kenangan pertama kali aku pi dengar ceramah TGHH di Gunong Semanggol pada tahun 1985 dulu, kali pertama juga aku naik kereta Proton Saga seorang kawan, dan itulah pertama kali aku dengar ceramah yang bermula dengan Ayat-ayat alquran yang mana sekarang ini selalu dibaca oleh tok Khatib sebagai ayat permulaan khutbah.

Jadi sebagai Parti yang bakal nak memerintah negara akan datang nanti maka aku sarankan adalah lebih baik TGHH terus kekal sebagai Presiden dan DS Azizan sebagai Timbalan Presiden. Ini pendapat aku.. Hangpa boleh tambah kalau tak betui dan sebagainya....

Tugas Rais Anak Yatim dah bermula...

Ha ha ha .. aku terbaca kat SINI.  Dia kata media asing buat Grand design mahu jatuhkan Najib...Apa hal media asing nak buat grand design.. tak ada apa untungnya mereka... laporan media mereka telus.,.. bukan macam media malaysia.. ada media  yang telus hang gantung permit... hu hu hu memang kaki bodek betul.. memang benar kata-kata MSO Rais anak Yatim kaki bodek.. he he tak rugi Najib ambik hang jadi Menteri Penerangan.. Tapi title Dr Phd tu buang aja la.. dah tak boleh pakai lagi...
Ho ho ho sanggup pulak tu menawarkan diri nak pi berdebat dengan pihak media asing mengenai kebenaran yang berada di pihak Najib..ho ho hebat... dah lah tu dengan Zaid Ibrahim bekas Menteri yang keluar UMNO tu pun dia nak ajak berdebat... hang memang hebatlah Rais.. hebat... memang hebat... tapi heran juga aku ... bagaimana Pulau Batu Butih tu boleh terlepas kepada Singapura.. dahlah tu.. lepas tu boleh pula kata Malaysia win-win.. hebat hang Rais...

KRISIS DI PERAK - SARANAN DOA BUAT RAKYAT PERAK!!!




Doa ni aku ambik dari blog penarik beca, saranan dari seorang pengkomen...aku salin balik tanpa edit...


Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
Saya sudah nampak tanda-tanda kebenaran, namun masih lagi ada kekeliruan dengan kemelut politik di Perak.......
Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan sepuluh minggu lepas.....

Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati: 

Doanya: 

SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon ALLAH MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA BAGINDA DAN KEMBALIKANLAH KEJERNIHAN AGAR SULTAN PERAK DAN KETURUNANNYA BERTAHTA DI HATI RAKYAT DENGAN KEPATUHAN KESELURUHAN RAKYAT TERHADAP BAGINDA. 

SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN)DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT. 

SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN 

MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya. 

TUANKU SRI PADUKA SULTAN PERAK, PATIK DAN SELURUH RAKYAT PERAK INGIN MELIHAT NATIJAH DISEBALIK DOA TERSEBUT YANG SECARA AUTOMATIKNYA MENJAWAB KEKELIRUAN KAMI. BIAR ALLAH MENENTUKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH

Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......

BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.

-------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------


Komen... Terpulanglah.. kalau sesiapa yang berasa boleh ditambah atau diubah untuk kebaikan silalah... Yang penting kebenaran dikembalikan kepada yang hak. 

Nizar Saman Zambri - Alhamdulillah.. Kemenangan Makin Hampir..




Petang semalam aku cuba talipon Saudara Amran Pembantu Khas DS IR Nizar.. menanyakan keputusan perbicaraan kes Nizar saman Zambri.. rupanya si Amran tak pegi kali ini... kemudian mengikut katanya, kalau boleh pihak Nizar mahu lambatkan kes ini.. manakala pihak Zambri mahu cepatkan kes untuk memudahkan sidang DUN Perak.

Itu pasal si AG Ghani Patail minta nak mencelah, dan dialah yang memohon pada mahkamah untuk mempercepatkan kes tersebut pada 23 Apr 09 iaitu semalam.
Namun setelah mahkamah memberi kebenaran si AG boleh mencelah dalam perbicaraan tersebut sekali lagi Hakim Datuk Abd Aziz Abd Rahim menentukan tarikh perbicaraan kes ini pada 4 Mei depan.. Cerita penuh Di sini.

Sidang DUn Perak seperti dicadangkan oleh UMNO ialah  pada 07 Mei 09.. hanya 3 hari sahaja.. macam-macam lagi bantahan boleh terjadi.. Apakah Yang Arif Hakim sendiri susah nak jatuhkan hukuman, maka dibiarkan kes ini berlarutan sehingga DUN Perak dibubarkan.. Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui. Cuma di sini lagi sekali aku mengajak semua pembaca yang menyayangi kepada kerajaan Pakatan rakyat sama-samalah kita berdoa bermohon kepada Allah S.W.T agar memberi kemenangan kepada yang hak dan menolak segala yang batil.  

Buat semua Ahli dan penyokong UMNO yang menetang hukum Hudud




Hangpa pakat-pakat baca ni... Yang ini aku cuma sampaikan sahaja... Sumber dari Berita Harian Online..

Hukuman sebat bagi kes takzir elak penjara sesak

HUKUMAN sebat bagi kesalahan takzir, iaitu kesalahan selain hudud, boleh mengurangkan masalah kesesakan dalam penjara jika dilaksanakan di seluruh negara, kata Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Datuk Daud Muhammad. 

Malah, beliau berkata, keistimewaan hukuman sebat boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan termasuk membiayai makan dan minum tahanan. 

Beliau berkata, antara contoh hukuman takzir ialah kesalahan lalu lintas, mengedar dadah dan membuang sampah.


"Hukuman sebat ini boleh dikenakan untuk kesalahan takzir. Ia hukuman utama bagi kesalahan yang serius untuk memberi pengajaran tepat dan berkesan kepada penjenayah berbahaya yang sudah sebati dengan kesalahan. 

"Keistimewaan hukuman ini tidak membebankan kerajaan dan tidak menghalang pesalah berusaha menjalankan pekerjaan selepas hukuman. Dia juga tidak pula terpaksa meninggalkan dan membiarkan ahli keluarganya menempuh pelbagai kesusahan hidup mencari nafkah," katanya membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah: Realiti Pelaksanaan. 

"Tidak seperti hukuman penjara kerana hukuman sebat dilaksanakan serta merta selepas disabitkan kesalahan dan sesudah itu dibebaskan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan biasa bersama keluarga," katanya membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah: Realiti Pelaksanaan.

Beliau berkata, hukuman sebat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebat dalam masalah hudud iaitu seksaan yang ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah, manakala sebat dalam takzir iaitu kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada seksaan takzir, selain daripada seksaan hudud, qisas, diat dan kaffarah. 

"Takzir bererti penderaan yang menjadi pengajaran. Syarak tidak menetapkan sesuatu seksaan atau hukuman tertentu bagi kesalahan takzir dan memadai dengan menetapkan kumpulan hukuman dari serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya. Selepas itu diserahkan kepada pemerintah untuk memilih dan menetapkan hukum yang sesuai mengikut suasana dan keadaan pesalah itu sendiri," katanya. 

Daud berkata, mengikut peruntukan hukum syarak bagi kesalahan jenayah syariah, seseorang yang melakukan jenayah bukan kes hudud tidak boleh dikenakan hukuman sebat lebih daripada 10 sebatan. 

Selain itu, jika hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah dilakukan di seluruh negara, walaupun hanya enam rotan, ia diharap mencapai kebaikan dan menjaga kepentingan orang ramai kerana Islam mementingkan pengajaran serta memberi rasa gerun dan takut untuk menghampiri jenayah apatah lagi melakukannya.

RAYUAN BUAT DATO' SERI DR SS HAJI HARUSSANI BIN ZAKARIA - MUFTI NEGERI PERAK.



Dato' Seri Dr SS Haji Harussani bin Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dato' Seri.. Tinggal beberapa jam sahaja lagi satu program budaya mungkar akan berlaku di dalam Pengkalan TLDM Negeri Perak.

Apakah Dato Seri tidak tahu akan program ini... saya dan penduduk daerah Seri Manjung ingin memaklumkan kami yang cintakan Islam sebagai Addin dan takutkan bala Allah bila-bila saja boleh berlaku.

Dato' Seri.. Saya dan penduduk Islam Manjung tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai autority untuk bersuara yang kami tidak suka budaya mungkar ini..Bahkan anggota TLDM yang menetap dalam Pengkalan TLDM itu sendiri pun tak suka akan program tersebut.
Justeru itu kami memohon pada Dato Seri, bersuaralah akan hal program tersebut.. beritahulah pemerintah akan program mungkar ini adalah tidak ada dalam ajaran Islam.

Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato' Seri bersuara sewaktu program ini berlaku pada tahun 2007 dahulu di Bandaraya Ipoh.

Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila Dato Seri IR Nizar bin Jamaludin bekas MB Perak yang mohon Sembah Derhaka kepada Paduka Sultan Perak.

Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila ada manusia bernama Nga Khor Meng yang ingin mendekati Islam dengan membaca Al-Quran.

Dato' Seri, Saya dan penduduk Islam Seri Manjung tidak mahu derhaka pada Allah S.W.T. Hanya ini sahaja yang kami mampu lakukan. Hanya ini sahaja tempat kami menyatakan rasa bencinya kani akan program tersebut. Moga-moga Allah S.W.T memahami niat kami. AMIN YA RAB BAL ALAMIN.

Thursday, April 23, 2009

Bolehkah Begini....

Salam.. Tengahari hari tadi aku dapat talipon daripada seseorang, meminta aku datang melihat sendiri di Rumah No 98B Kpg Dato Seri Kamarudin Seri Manjung, lokasi rumah betul-betul berhadapan dengan masjid KDSK....




Hangpa tau tak tu gambar apa?!!! Ha tu gambar bot tempur yang digunakan oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam sesuatu operasi ketenteraan di laut.. Kalau tak silap aku bot jenis ini juga yang dibawa bersama oleh TLDM KD Mahawangsa ke Laut Eden Somalia sewaktu menghadapi lanun di sana..
Soalnya bagaimana bot tempur sebegini boleh dibawa balik letak kat depan rumah macam perhiasan pulak.. atau pun nak buat persediaan menghadapi banjir... tetapi kawasan ni bukan kawasan banjir sebelum ini...
Mengikut maklumat yang aku terima tuan rumah ini ialah kontraktor yang juga mengambil bahagian dalam membaiki bot... mungkin itu bot tersebut dibawa balik ke rumah... tetapi perkara ini menjadi buah mulut penduduk yang datang ke masjid...apakah nak buat pameran di rumahnya sempena Sure Heboh di Pengkalan TLDM...
Aku tak tau undang-undang Majlis Perbandaran Tempatan... tetapi dalam kawasan perumahan sebegini setahu aku tak boleh dibuat tempat bengkel atau sebagainya .. ini menganggu jiran sebelah dan sebagainya... Buatlah kerja sebegini di bengkel...

Apakah ini Tugas AG!....

Laporan Mutakhir BH Online..

Mahkamah benar permohonan Peguam Negara
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menjadi pencelah dalam kes semakan kehakiman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan pengisytiharan beliau masih Menteri Besar Perak yang sah. 

Komen: Kes ini adalah antara Nizar saman Zambri... Yang si AG sibuk nak mencelah apa sal.. adakah AG ini bertugas untuk UMNO atau Negara...

PERLEMBAGAAN VS UNDANG-UNDANG...

Sekarang UMNO dah memecahkan tradisi dimana undang-undang boleh mengatasi perlembagaan.. kesian kat tok hakim, tok hakim.. kerja makin bertambah... jangan correct...correct dah la!!! Undang-undang dan Perlembagaan dan jadi 69 - 96.......
Bila UMNO dah mula ... disebabkan 1Malaysia, semua rakyat lain juga berhak... YB Gobind Singh Deo pun nak juga.. cerita ada di sini. 
Buat tok-tok hakim yang berugama Islam... Hadis Nabi mengatakan 3 orang hakim 2 daripadanya masuk neraka... MB Nizar pulak tambah 5 hakim di Malaysia 7 yang masuk neraka... jadi pandai-pandailah jaga diri....bila nak jatuh hukum....
Ingat.. Pelabur luar negara buat MOU dengan Usahawan Malaysia,, jikalau ada pertikaian, penyelesaian hendaklah di buat di mahkamah Hong Kong... bukan mahkamah Malaysia... MALAYSIA BOLEH....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari