Pages

Saturday, April 25, 2009

Catatan Santai Petang Sabtu.. Program Konvensyen Tea Tarik 2

Petang tadi jam 3.00ptg MSK talipon aku, dia dah tak ingat nak masuk mai rumah aku, terpaksa keluak kat simpang taman tunggu, rupa-rupa Dugong Darat yang jadi pemandunya, katanya nanti kalau dah pakai Toyota Camry senang, dah ada driver..
Mai rumah aku biasalah, bini aku pagi hingga tgh dia kena pi sekolah, aku pulak kerja sampai pukul 1.00, nak ajak makan nasi pun dah pukul 3, menu hari ini ikan kembung goreng, bendi goreng lada.. alhamdulillah, balik kerja kena nasi panas, phurgg lega, tak kan nak lawa dia makan nasi.. baki ikan pun tinggal sekor..nak selamat anak aku yang lepas SPM pi beli goreng pisang jamu kat dia, sembang-sembang pukol 4 kami pi ke hala Teluk Senangin, tengok tempat cadangan nak buat konvension Tea Tarik 2..
Cadangan aku nak buat kat Kem PLKN Teluk Sakah, 4 tahun lepas aku dah pegi hantar bini aku bawa anak muridnya buat kem motivasi kat situ, petang tadi aku pun macam biasa ikut jalan tu, masuk short cut kot kebun kelapa sawit, rupanya dah tutup ikut lorong tu, panik sekejap, nasib baik ada sebuah kereta kancil, mai dari mana aku pun tau...aku tanya rupanya lorong tu dah bertahun dah tutup, keluar balik jalan hala ke Teluk Senangin terus sampai..
Dan inilah gambar-gambar yang sempat aku snap...

Pantainya kira OK juga, waktu kani sampai air pasang penuh.. suasana sini orang tak ramai macam kat Teluk Batik, yang terlalu padat...dengan manusia dan gerai-gerai yang banyak..

Yang ada kat sini petang tadi pasukan Bulan sabit Merah Daerah Manjung dan pelajar-pelajar SRI TAALIM yang ada buat program di sini.

Kalau sesiapa ada pukat boleh memukat tangkap ikan kat sini..

Person In-Charge Blogger Network Perak... MSK baru lepas merandok air laut pasang..jambatan di sini roboh disebabkan peristiwa tsunami yang lalu..

Pelajar SRI TAALIM Seri Manjung sedang melakukan solat di atas pasir pantai.

Persediaan pelajar membuat flying fox...

Huhh lega dah selesai... anak sapa tah!! aku pun tak kenal ...

Komen aku.. tempat ini bagi aku kira OK kalau kita nak buat Program Konvension Tea Tarik sambil bawa keluarga bersama-sama bersiar.. Tentang cost budget berapa kena aku tak pasti.. sebab time MSK dok bincang dengan Pengurus tadi aku pi sembahyang asar,  tapi tak mahai sangat berpatutan dengan tempat..hangpa tunggu nanti MSK keluar notice..apa pun aku harap semua blogger PR dapat mengahdiri program ni.. Insyaallah...

3 comments:

  1. Isu Sure Heboh SS Dato' Harussani memberitahu, banyak pihak meminta kerajaan negeri membantah penganjuran program Jom Heboh di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut mulai sabtu.Bagaimanapun, katanya, program berkenaan dibuat oleh TLDM dan tidak melalui kerajaan negeri.''Saya tidak bersetuju dengan sebarang program berbentuk hiburan yang melalaikan,'' katanya.Pada 2004, Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Jom Heboh adalah haram kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak muda.
    ulasan : orang pas sedar sikit sure heboh tu bukan kelulusan kerajaan negeri.dia di buat di bawah kawasan tldm.macam ekspo yang pas buat.bukan kelulusan kerajaan negeri.pas boleh buat sesuka hati sebab kawasan depa sendiri.tapi konsert tunjuk punggung yang PR buat tu, sah-sah usahasama pas dan pkr.tahniah pas dalam perjuangan konsert.

    ReplyDelete
  2. Saudara Anonymous..Terima kasih kerana sudi memberi hujah, walau pun salah tempat..
    Mufti cakap tak setuju, kenapa diam sahaja.. tak bersuara.. apa nak sambung kontarak lagi ka..
    Ok bawah pentadbiran TLDM, besok depan Allah diYaumul Mahsyar boleh jawab macam tu ka!!
    Bagaimana dengan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi, beliau pun sebelum ini Menteri JPM yang bertanggungjawab Hae Ehwal Agama Islam, apa kah ini hadiahnya menjadi menteri Pertahanan....
    Dan Bagaimana pulak Mej Jen (B) Datuk Jamil Khair bekas Pengarah Kagat yang sekarang Menteri di JPM.. kenapa perkara ini boleh juga terjadi....
    OK bab konsert tunjuk punggung, kau tak baca habis cerita, pemuda PAS dan anggota Unit Amal dah bertelagah tak puas hati dengan penganjuran tersebut, itu yang orang PAS mampu, dan sejak daripada itu sampai sekarang dah tak ada lagi konsert-konsert merapu macam.. sekurang-kurang ada kesan dari bantahan PAS...
    Jadi saudara tak usahlah nak turut sama berdaleh dengan program tersebut, dan kemudian nak mengaitkan kan perkara yang lepas..
    Dok diam-diam fikir balik perbuatan kita tu.. betul atau tidak.. bertepatan atau tidak.. memang manusia lain tak tahu.. tapi segala niat perbuatan kita Allah tahu..

    ReplyDelete
  3. MM , jangan lupa info kt aku yea.. nak join skali nanti. Heheh.. rmreza@yahoo.com

    ReplyDelete