Pages

Thursday, April 23, 2009

Dato' Seri Ir Nizar... Benarkah Berita ini..




Malam tadi Berita ada menyiarkan mengenai hal Toyota Camry yang akan di lelong, dan MB Zambri ada berkata AGS 10 akan dikhaskan buat DS IR Nizar... kemudian pagi ini di BH Online juga ada menyiarkan kisah yang sama..ceritanya ada DI SINI. Kata-kata manis Zambri di copy & paste 
"Berhubung kereta bernombor pendaftaran AGS10 yang masih digunakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zambry berkata, beliau dimaklumkan Mohammad Nizar sudah membuat bidaan bagi membeli kereta berkenaan.
Katanya, sebagai kerajaan negeri yang berhemah, keutamaan akan diberi kepada Mohammad Nizar untuk memiliki kereta itu walaupun mungkin ada bidaan lebih tinggi daripada pihak lain, begitu juga dengan bekas Exco yang lain. "
Apakah yang saya harapkan ini adalah tidak benar sama sekali... Mungkin Zambri cuba nak melakonkan watak yang ia nak berbaik dengan Pakatan Rakyat.
Apa pun harapan kami semua.. adalah lebih baik Dato Seri Ir Nizar pulangkan lah AGS 10 kepada pihak yang berkenaan,, Biarlah jerat mereka terbuka dan tidak membidas..... Dan tak payah Dato Seri sama-sama nak membida AGS 10 tu...
DATO SERI!!!!...JANGAN TERPEDAYA DENGAN PERMAINAN HAPRAK UMNO.

5 comments:

  1. Saya sokong kenyataan ini. Jangan mudah diperdaya dan terpedaya.



    ORANG SABAH

    ReplyDelete
  2. macam ni ke sikap orang islam orang nak berbaik pun tak bagi, ingat lah sebenarnya kita dah jauh terpesong. Jangan tegak kan islam kerana politik. sekarang di selangor khutubah jumaat pun dah ada yang berkhutubah sambil berpolitik sampai berdoa untuk menjatuhkan orang lain itu kah islam yang sebenar.

    ReplyDelete
  3. Ia lebih menguntungkan jikalau Negeri lelong ZAMri daripada kerugian besar atas jualan CAMry.

    Org-Ipoh

    ReplyDelete
  4. sepatutnya dalam islam tak payah pakai kereta macam tu pakai kuda je ikut zaman nabi baru betul. beli camry sebab hidung kena tarik dengan DAP. Kita hidup mesti ada pendirian.

    ReplyDelete
  5. kalau tak mampu nak bida dok diam diam la mangkok tua... naik je lc kau tu

    ReplyDelete