Pages

Thursday, April 9, 2009

Itulah.. Ketegaq sangat,....Selamat Datang YB Khairy



Itulah.. degil, ketegaq..sangat.. tak mau dengar kata sahabat dari belah PR.. inilah habuannya.. sepatutnya Pak Lah semasa ada kuasa dulu boleh mengambilkan tindakan undang-undang Pada Najib, seperti mana Mahathir menjatuhkan hukuman pada DSAI dulu.. 
Tapi sekarang dah terlambat.. itulah terlalu percaya pada janji-janji Najib.. dan sekarang Pak Lah dah tak boleh nak buat apa-apa bila menantunya di biarkan oleh Najib tanpa memberi apa-apa jawatan dalam kabinet. Sedangkan Naib Ketua Pemuda pun ada jawatan Timbalan Menteri..apa cerita...Mukhris yang kalah pun dapat jawatan Timbalan Menteri...padan muka..

Memanglah aku tak sepatutnya masuk campur dalam hal ehwal UMNO, tapi ini aku cuma nak menunjukkan sikap Najib yang sebenar.. itulah yang ada pada mereka..kita kena ingat.. Pak Lah hanyalah  Penaung Pekida... tapi Najib dan Mahathir adalah ahli kehormat Rotary Club, Rotary Kelab adalah dibawah naungan Freemason sebuah pertubuhan Yahudi Laknatullah.. Begitu juga ketua agama negeri aku sendiri Penaungan Kehormat Rotary Club.. jadi mereka ini ada jalinan persafahaman..
Memang bagi aku secara peribadi Pak Lah terlalu lembut orangnya, mungkin ia tak sampai hati nak ambik tindakan terhadap Najib, begitu juga kes DSAI, kalau tak campur tangan Pak Lah mungkin DSAI bukanlah  sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Apa pun bagi aku Khairy dah tak boleh nak buat apa.. cakap banyak kang SPRM dah siap sedia menunggu.. nak buat apa lagi...
Cuma aku teringat kata soalan adik-adik bloger dari Taiping pada malam sebelum PRK BG yang lepas, depa tanya apa pendapat aku kalau Khairy masuk PAS dan jadi ketua Pemuda.. aku kata boleh, tak ada masaalah.. PAS sedia menerima.. kalau zaman Rasullullah dulu pun kaum musyrik  kafir Quraish masuk Islam seperti Khalid Ibn Walid, Abu Sufian bolelh diterima, jadi tak ada masaalah untuk Khairy, bebudak memang mengharap Khairy masuk PAS, aku cakap Khairy sesuai masuk PKR.. tapi depa tak setuju.. mereka nak ke PAS.. cuma bila subuh selepas kami dapat pi tengok bas bawa pengundi hantu, mengikut cerita pengundi hantu tersebut dari Rembau, bebudak tu seolah-olah sedikit kecewa...
Tapi apa pun adalah elok juga kalau Khairy masuk PAS, ketokohan dan ketrampilan budak Tkt 4 bekas Oxford Uni memanglah dialu-alukan..

YB Khairy.. Selamat Datang menjadi Ahli PAS... Aku harap Ustas Nasarudin Tantawi setuju... 

6 comments:

  1. masuk PAS boleh tapi takde maknenye dapat ketua pemuda... jad budak wat kopi le dulu...

    ReplyDelete
  2. pengundi di atas pagar termasuk saya sangat ramai sehingga melebihi keahlian parti politik di malaysia, hanya orang diatas pagar akan dilihat oleh parti politik sewaktu pilihan raya sahaja untuk menagih undi.

    tidak setuju perasuah UMNO di pungut oleh PAS..

    Maruah parti PAS perlu dihormati,

    Atas pagar.

    ReplyDelete
  3. jangan cepat sangat nak ambik orang luar senang2 macam tu.
    tak mau kes macam ibrahim ali berulang.

    kalau dia nak join atas rela hati, semak dulu timbang dulu mana lebih berat baik atau buruk.

    dulu madey pun tumpang sekaki dalam pas, lepas tu dah lepas sesak nyawa dia kutuk pas habis2 sampai tak cukup tanah.

    jangan, jangan terlalu mudah pelawa orang.
    entah2 orang pun tak hingin.

    ___
    RAP

    ReplyDelete
  4. hang ni suka sangat nyakat... but y not heheheh

    ReplyDelete
  5. rasa-rasa tak payah lah dok pelawa budak khairy ni masuk PR.dah sah-sah kaki rasuah,kaki pembelit..ular yang menyusur batang tak kan hilang bisa...nanti sebab nila setitik habis rosak susu sebelanga...tak setuju langsung....

    ReplyDelete
  6. org PAS jgn la garang sgt. ni baru percubaan. KJ ni pandai cakap. husam pun tak terlawan.
    rasanya KJ dlm PKR lg senang diterima.
    apa2pun org PR ada soft-spot kat KJ. at least dia ni berani berdepan dgn org PR. yg lain2 tu..

    ReplyDelete