Pages

Tuesday, April 14, 2009

Krisis UMNO - Wayang Kulit



Dari semalam hingga hari ini kita dapat saksikan kecohan UMNO yang paling ketara di Terengganu, kemudian di Perlis dan diikuti Selangor. Tetapi yang paling grand di Terengganu sehingga melibatkan ancaman bunuh, pelakon yang mengambil bahagian 10 orang ADUN dan siap diambil wawancara di TV di kedua-dua belah pihak.

Bagi aku ini sekali lagi UMNO cuba nak mengalihkan perhatian kita pertama sekali keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap saman Zambri kepada Speaker DUN Perak, itu satu hal.. kemudian permintaan tak masuk akal daripada MIC nak juga jawatan Kabinet, mana aci Koh Ksu Koon Presiden Parti Gerakan yang kalah boleh jadi Menteri, Samy Velo Presiden MIC pun nak juga...korang-korang pun MIC dah terlepas pandang sekejap bila isu UMNO di lakonkan.

Dengan kes ini juga kredibilty Najib selaku Presiden UMNO akan naik sikit bila dapat menyelesaikan lakonan UMNO Terengganu ini, ini apa yang aku nampak, walau apa pun depa bergaduh, Kerajaan PR Perak hampir lumpuh dikerjakan oleh barua-barua Najib yang diketuai oleh Gani Patail.

Cuma disini aku berharap benar kalau betul-betul kejadian di Terengganu tu bukan lakonan dari arahan Najib, aku harap pimpinan PAS yang diketuai Dato Presiden pandai memainkan peranan dalam situasi UMNO terengganu, kalau boleh janganlah dibantu menyelamat Mat Mad Said tu.. bantulah kumpulan 10 tu biar jadi bertambah huru hara UMNO Terengganu, sebab dengan UMNO jenis ni tak boleh buat baik, sebab Sifu aku dah pesan, UMNO ni umpama anjing yang bergaduh berebut tulang babi, memang depa bergaduh sungguh, sampai antara idup dan mati, TAPI bila depa nampak kita PAS umpama Anjing nampak kucing jadinya, depa berenti bergaduh, depa mai kerja kat kita pula..itulah yang berlaku.

Dan memang pun dah berlaku waktu di PRK Bukit Gantang, semua orang tau Ketua Bahagian Bukit Gantang tak setuju Ismail safian jadi calon, malah kita dengar mereka nak boikot pada hari mengundi, tapi bila keputusan keluar Saluran DUN Terong PAS kalah, ni apa cerita, jadi apa pun bila bab UMNO bergaduh sesama depa lantak pi, biak mampuih semua sekali, kita jangan dok sibuk.. lantak pi kat depa....

1 comment:

  1. lani ameno dah tak ketahuan,depa sama depa pun
    dah mula bercakaran, kalau anjing berebut tulang tapi depa ni berebut jawatan sebab dari jawatanlah boleh jadi jutawan.Ada yang menang calon tak dapat jawatan sebab payung dah koyak,manakala yang kalah pulak diberi pangkat kerana terhutang budi dan telah berjanji dengan tauke surat khabar lama.Apa nak jadi dengan ameno ni sama-sama lah kita tonton wayang kulit ini huhu.

    ReplyDelete