Pages

Monday, April 13, 2009

MBH Zambri masih nak berbohong lagi...




Kalau dah jenis perampas, perompak dan penyamun hak rakyat begitulah rupanya dari dulu, kini dan selamanya tetap ruper itu...BH Online hari ini "Pengundi Cina termakan dakyah Pas, DAP: Zambry". Kalau hangpa nak baca cerita merapu mamak pangkori tu hang klik kat sini.

Deyy Tambey... kira baguih la tu.. orang Cina lebih percaya kepada PAS, sebabnya dia dah nampak UMNO memang perampas, perompak dan penyamun hak rakyat, dan 11 bulan PR memerintah Perak sekurang-kurangnya PR dah melaksanakan janjinya kepada rakyat.

Nampaknya 11 bulan DS IR Nizar memerintah kaum Cina lebih faham Islam sehingga YB Nga Kor Meng sendiri boleh baca Al-Quran dan menterjermahkankan.. oii aku nak tanya hangpa orang UMNO... ada ka pimpinan UMNO termasuk Najib boleh baca ayat Al-Quran, Hadis dalam cermah mereka, kalau boleh pun main baca makna ayat dalam bahasa melayu ada.. dalam bahasa orang putih yang hangpa semua dok agung-agungkan pun tak biasa aku dengar... Tak taulah Menteri Agama yang Bri.Gen (B) Jamil Khair..pak sheihk tu boleh la...
Pengundi Melayu yang berfahaman UMNO Totok boleh faham ka Islam... Kalau faham Islam tentu mereka pun undi PAS.. 
Sebab melayu tak undi PAS!!!  kerana mereka jahil lagi dengan Islam, masih menganggap Utusan Melayu dan Berita Harian sebagai rujukan mereka menggantikan Al-Quran dan Hadis.. 
UMNO marah bila Cina buka Islam baca Quran, siap buat repolis..Mufti pun turut marah.. itulah UMNO.. Tapi bila satu ketika dulu Samy Veloo mempersendakan Al-Quran "ada tak buat jalanraya dlm Quran" di Sungai Siput.. Pengundi UMNO tepuk tangan, suka...
Bila Mahathir hina hukum hudud, UMNO sokong, Mahathir tarik bantuan SAR, UMNO Sokong,  Mahathir Hina Raja-raja Melayu, pun UMNO satu Malaysia sokong..Bila Mahathir Tukar Bahasa Melayu kepada PPSMI pun UMNO sokong..
Bila ada orang melayu Islam murtad UMNO tolong bela, tolong tutupkan cerita sebenar.. Inilah UMNO. Yang UMNO tahu hanyalah nak jaga nama Allah supaya ugama lain tak boleh guna.. itulah UMNO...Indah di luar.. di dalam melantung hangiiit.

Kemudian Zambri berkata lagi, proses mengambil kuasa Kerajaan Perak mengikut lunas saluran yang betul, mendapat perkenaan tuanku...

Oii Mangkok hayun.. kalu dah betul, dah OK pasal apa Mahkamah tinggi tolak permohonan AG untuk mengetepikan kes, kes perlu didengar hari ini... Deyy thambey... jangan mau auta kareee.. khak pthuiiih..

3 comments:

  1. Bahasa Melayu kaya dengan peribahasa, pepatah, perumpaman dan sebagainya. Antaranya adalah seperti: 'Musuh dalam selimut', Menggunting dalam lipatan' dan 'Musang berbulu ayam'. Semuanya lebih kurang membawa maksud kemunafikan.

    Antara slogan perjuangan UMNO ialah: "Demi mempertahankan agama, bangsa dan tahahair....." Tapi kalau diperhatikan betul-betul slogan itupun ada unsur kemunafikan juga. Adakah UMNO memperjuangakan agama? Hanya UMNO saja percaya begitu. Sebenarnya UMNO tidak memperjuangkan agama. Lebih setengah abad UMNO berkuasa tapi Islam masih tidak difahami oleh ahli UMNO sendiri apatah lagi yang bukan Islam. Yang kita pernah dengar bukan Islam ditakutkan dengan Islam. Dalam kempen bukan Islam terutamanya kaum Cina ditakutkan dengan pelbagai cara supaya tidak memilih PAS kerana kalau PAS perintah orang Cina tak boleh makan babi dan akan dipotong lancau. Yang kita hairan kenapa burukkan Islam kerana takut pada PAS? Tindakan begitu tak membantu Islam tapi sebaliknya. Apakah tindakan tersebut tidak menjadikan UMNO seperti memusuhi Islam? Dalam isu penggunaan perkataan ALLAH oleh orang Kristian apakah UMNO sudah merampas kuasa Allah s..w.t.? Manakala Allah sendiri adalah sebagai Khaliq yang mencipta seluruh alam termasuk manusia supaya mengenaliNya sebagai Allah Pencipta, UMNO menafikan hak tersebut. Apakah hanya UMNO saja yang dicipta oleh Allah dan yang lainnya termasuk manusia bukan Islam tidak dicipta oleh Allah lantas mereka tidak boleh memanggilNya sebagai Allah? Apakah Allah berbohong dalam Al-Quran berhubung perkara tersebut? Semua makluk Allah mengakui Allah adalah Pencipta mereka cuma mereka mensyirikanNya.

    YAng terbaru tercetus semasa kempen PRK Bt Gantang apabila talibarut UMNO membuat laporan polis terhadap Nga Kor Ming AP Taiping kerana mengguna Ayat Al-Quran. Kononnya menghina Islam. Siapa sebenarnya menghina Islam, Nga atau UMNO? Nga mengangkat Ayat Allah tapi UMNO menghalangnya. Apa UMNO sudah menjadi Abdullah bin Ubay? Apa perbuatan UMNO itu dapat membantu mendakwah Islam? Islam bukan hak UMNO tapi hak semua manusia dan jin. Nabi Muhammad berseru supaya disampaikan darinya walaupun satu ayat tapi UMNO menghalangnya. Kalau orang bukan Islam tak boleh mengguna Ayat Al-Quran, bagaimana mereka nak mengenal Islam dan kemudian beriman dengannya? Apakah cukup dengan menhafal perlembagaan UMNO saja? Apakah itu tidak menyekat agama Allah? Peranan apa yang nak dimainkan UMNO? Abullah bin Ubay?

    Sebenarnya UMNO(ahli-ahlinya) sangat keliru dengan Islam. Orang Islam dilarang memasuki masjid dan memberi salam. Apakah benar begitu? Untuk mengetahui apakah itu benar atau tidak maka bukalah kitab-kitab agama dan belajarlah dengan ikhlas. Carilah guru-guru agama dan ulamak. Bukan ular dalam semak. Janganlah menjadi manusia jumud lalu menghalang orang lain mendapat ilmu.

    Di mata rakyat yang bukan UMNO, sekarang parti tersebut dilihat sebagai penghalang kepada Islam. Apakah UMNO mahu disamakan dengan keturunan Abdullah bin Ubay bin Salul? Pastinya tidak tapi tindakannya tak jauh dari sifat-sifat mereka. Apakah kalian tak takut seksa Allah?

    ReplyDelete
  2. bior ler zambry perasan..
    tk lame lagi ghuyub le zambry dgn umno perak..

    ReplyDelete
  3. dasyat betul orang2 PAS.. :~

    ReplyDelete