Pages

Thursday, April 9, 2009

PRK P059 - Aku pun nak ucap terima kasih juga.....




Alhamdulillah, bila bangun pagi tadi baru rasa lega sikit, semalam seharian sampai ke malam, aku sakit urat tengkok, sebabnya malam sebelum PRK tak tidok...ni masaalah aku.. sedikit sebanyak kekuatan yang ada pada aku telah diambil balik... subhanallah.
Pagi ni aku mula balik aktiviti aku yang dah lama aku tinggal, hampir 2 bulan lebih, pertamanya sebab cuaca tak menentu, selalu hujan, kemudian fikiran aku tak tenteram, risau tak tentu hala... alhamdulillah.. sekarang dah rasa lega... cuaca pun dah OK aku mula balik aktiviti aku, penat mencungap.. sebab lama tinggal......

Semalam aku baca banyak yang buat ucapan terima kasih...yang last sempat aku baca ialah dari Anas.. Deanja Online...hangpa saja buat, aku pun kenalah juga.. kang orang kata apa ni,.. macam ni ka orang PAS tak tau nak bersyukur, tak tau nak ucap terima kasih....

Tapi bagi pendapat aku... kalau untuk orang PAS tak perlu pun tak apa ucapan terima kasih tu... kalau perjuangan nak kan kepasa Terima kasih, jadi hak itulah yang kita dapat.... yang penting kita nak keredoaan dari Allah S.W.T dan mendapat keberkatan darinya.. pandailah cakap.. aku sendiri pun tak berapa mana.. cakap bolehlah... itulah kelemahan yang aku ada...

OK lah, yang pertama sekali aku nak ucapkan Terima kasih aku kepada MBH Zambri....kenalah ucap juga, jiran sebelah Kerusi aja....bukan pasai tu la... pasai ia berbohong menuduh DS IR Nizar merampas kuasa jadi Imam kat masjid Simpang selepas saja hari penamaan calon.. ia telah memulakan perang kat PAS.. tu yang aku respect tu...MBH Zambri dakwa depa nak guna masjid buat program sembahyang hajat dan baca Yasin... Untuk apa.. untuk politi UMNO la.. sah UMNO dah mula salahguna masjid.. 

OCPD Taiping.. ACP Raja Musa bin Raja Razak.. Dia ni memang jenis lurus orangnya.. aku kenal dia lama, sebab kerja setempat dengan dia dulu sebelum aku pencen.. masa hari penamaan calon aku perati ia cukup baguih dengan pimpinan PR terutama dari PAS, semuanya di jemput masuk ke dalam khemah di hadapan Dewan MPT..dari segi ia memberi arahan waktu majlis peristiharan nama calon pada 24 Mac yang lalu pun kira OK.. ia pun turut sekali angkat tangan baca doa....kemudian bila aku dia beri arahan penyokong PAS bergerak ke tempat asal yang ditetapkan OK cool lagi...Tapi bila dia keluar araham kempen sampai pukul sebelas.. aii ni sudah lain cerita... kemudian kes Rampasan kuasa dengan Altantunya tak boleh cerita...lagi satu hal..kemudia banyak pula ceramah-ceramah yang dia tak benarkan... jadi semua ni baguih belaka... sehinggakan IGP Musa Hasa kata ia tersilap bagi arahan... aku pun tak tau kut mana punya cerita ni...apa pun semua ni memberikan simpati kepada PAS.. terima kasih...

Kemudian Anggota FRU- depa ni aku perati semua muda-muda belaka.. aku punya firasat depa nimemang dah ditanamkan semangat bencikan kepada PAS.. pasai apa aku kata begitu...hari sabtu sebelum penamaan calon aku ke Taiping, biasalah dengan LC135 aku.. jalan dari Simpang ke Taiping penuh kereta, satu Land Rover Merah potong aku, aku pun ikut balik, kat belakang penuh anggota FRU, pada mula seorang anggota tu dia dok pandang hala kat aku.. lama-lama terpandang kut pada stiker kecik pangkah PAS tuu.. terus dia tak tengok hala kat aku lagi.. ia pandang hala ke lain ajaa...tak taulah kut ia nak tengok pandang sekitar bandar ke Taiping aku tak pasti lah pulak...
Tapi sikap depa memang ketara antara kita dengan BN..dalam kes pasang poster kita boleh lihat, kemudian hari mengundi, sampai lepas gas,, sikap depa mempertahankan bas bawa pengundi hantu... jadi semua kerja-kerja baik buat UBN tu aku ucapkan terimakasihhh...

Ha ha ini ada sorang lagi mangkok hayun juga...Tok Mufti, ni pun sama-sama nak cari pasai..patutnya hang kenalah bagi nasihat kepada kedua-dua belah pihak... tapi aku dok perati memanjang senget macam dacing jugak.. mana aci macam tu.. tak betui la... sejak dari rampasan kuasa sehinggalah ke akhir kempen PRK yang lalu.. macam-macam kenyataan hang buat.. sampai YB Nga baca Quran pun hang buat keluar fatwa... elok jugalah ada pihak-pihak dalaman UMNO buat poster kepala mufti dan badan anjing yang ditabor di depan masjid di Terong tempohari...Thank you Tuan Sheikh Ss....

Kumpulan ni pun kira OK juga.. masih pekat lagi.. iaitu Pengerusi/AJK Masjid Simpang, depa ni pun sibuk juga..bila bab rampas kuasa dulu.. maklumlah.. muka masuk TV.. popular Yob... tapi nasib baiklah lagi ada Tuan Imam yang berani kerana Allah.. sanggup mengaku yang ia yang meminta Nizar jadi Imam dan menyuruh memberikan tazkirah.. Alhamdulillah Tuan Imam.. kalau UMNO pecat dari jadi Imam, Pengarah JAIP yang baru kena letak jawatan.. itu yang boleh aku katakan.. sebab dia dulu pun Imam Besar... dan pernah jadi calon....

Tak Lupa juga NGO-NGO yang mana ahli-ahlinya itu terdiri dari orang UMNO juga, yang sibuk main peranan jadi tukang report polis, tukang kempen kat UBN.. semuanya ini aku ucapkan terimakasih...

Yang terakhir sekali kepada Blogger BPN, serti GOMO, Parpu Kari, Lemuju, PPC, Abang Tuah dan ramai lagi, mereka diketuai oleh Dajjal janggut sejemput Perakbangkit, yang tak jemu-jemu menulis dalam blognya memfitnah Nizar dengan berbagai-bagai gelaran dan tohmahan, hingga mendapat hit tertinggi, sekali tak sanggup aku membacanya, kemudian tau pulak takut, siap  buat report polis bila gambarnya, No IC, rumah, van, laporan saman kereta, tempat kerja disiarkan di laman blog Albanjari dan Perisik Rakyat, ingat kut berani sangat, rupanya berani dalam blog aja...cheeeihtt...mula-mula cabar Ciberboron ajak berdebat, bila dah setuju..alih-alih ajak debat dalam YM.. ni apa cerita... oii.. buanglah buah biji tu... elaoklah batang I tu hang menang, 2 bukit tak dapat...walau apa pun peranan hangpa semua aku ucapkan TERIMA KASIHHHHH.


No comments:

Post a Comment