Pages

Thursday, April 2, 2009

PRK P059 - Apakah Benar Cerita Ini.. Malanglah Penyokong UMNO/BN



Aku terbaca dalam blog yang setiap hari aku kunjungi, Penarik Beca.. terjumpa gambar ni.. aduii.. biar betoi cerita... apakah ini semua... hah hah ha.. Inikah rupanya calun UMNO Bukit Gantang... 
Kemudian ada lagi cerita di sini. Ada lagi satu cerita kat sini. Apa pun bila kita dengar cerita macan ni semua pengundi yang berdekatan silalah siasat betul atau tidak.. kemudian 7 April nanti hari mengundi UNDI lah dengan hati yang tenang....

Sebelum ni aku dok dengar juga sok-sek sok-sek mengenai kisah calun BN sewaktu menjawat Setiausaha MPM...rupa dah terkeluar juga cerita ini  dari Penarik Beca melalui seorang pengkomen.. aku salin balik.. bagi hangpa  baca.. 

1.   bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Thursday, April 2, 2009 4:28:00 AM MYT

Anonymous at Thursday, April 2, 2009 1:26:00 AM,

Saya terpaksa edit komen Tuan/Puan:


Hampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng.

Perasuah Tegar

* Sepanjang I***** S****** menjawat jawatan Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng, 5 kali Majlis Perbandaran M*nj*ng disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender Majlis Perbandaran M*nj*ng hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

* Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran M*nj*ng semasa I***** S****** menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng.

* Ketika I***** S****** Menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan Majlis Perbandaran M*nj*ng beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran M*nj*ng.

"Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)

* Beberapa kakitangan wanita Majlis Perbandaran M*nj*ng seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".

* Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran Majlis Perbandaran M*nj*ng tetapi hanya I***** S****** sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

* Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.

* I***** S****** seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).

Salahguna Kuasa

* Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua Majlis Perbandaran M*nj*ng kerana menggunakan kenderaan Majlis Perbandaran M*nj*ng untuk parti (UMNO).

* Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi Majlis Perbandaran M*nj*ng di Sitiawan yang didiami I***** diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah I***** S****** dalam Siri Ke-2..!

 

Lagi sekali aku jelaslan Bab kisah ni memang aku dok dengar lama dah, selepas Calon minta tukar dari MPM lagi.hujung 2008. tu yang heran bin ajaib !!!! pasai apa minta tukar keluar dari MPM... jadi cerita tu betui tidak aku tak tak boleh jawab.. wallah hu aklam. 

2 comments:

  1. dia pi eratkan silaturrahim tu... hehehe

    ReplyDelete
  2. to I***** S*****
    padan la kat masjid ade conteng name ko dan PAS.. upenye puak PERKEMBAR yg tak suka hang yg buat..

    ReplyDelete