Pages

Friday, April 3, 2009

Tahniah Rakyat Malaysia...


Ha ha ha apo nak di kato,, hangpa tengok terseyum lebak naik sampai ke telinga, hajat dah sampai, nak apa lagi, apa pun hangpa yang ketegak siap!! Aku tak nak  kata apa, selagi nama UMNO aku mati idup balik pun lantak pi lahh, sapa nak nak jadi PM. Cuma dari sini tertutuplah kes eurokopter, tertutuplah kes kapal selam dan tertutup jugalah kes pembunuhan wanita monggolia.

Nanti kita jangan terkejut yang PM Malaysia ke6 kena pergi ke ICJ di Belanda atas tuntusan saman.. tak mustahil boleh berlaku... lagi sekali tahniah rakyat malaysia.

Cuma disini kita kena fikir balik,terlantiknya mangkok ni sebagai PM dengan secara tidak kita sedari kita kenallah siapa itu Pak Lah.. walaupun sebelum ni kita dengar Pak Lah ada bertemu dengan DSAI di Hulu Langat dan macam-macam cerita lagi, kemudian dari sini barulah kita tahu bagaimana sikap Raja-raja melayu yang ada di Malaysia ini terhadap parti UMNO.. aku tak mau cerita banyak bab raja-raja ni, kang kena naik mahkamah sekupang pun tak guna...
Jadi sekarang buat rakyat-rakyat yang perihatin kepada keadilan sejagat, bagi aku kalau kat Malaysia Darul Rasuah ni keadilan untuk rakyat hanyalah tinggal nama sahaja, kita tunggulah hari-hari yang mendatang.. kepada sesiapa lagi pemimpin yang kita boleh menarih harapan.. hanyalah kepada pemimpin yang takutkan pada Allah S.W.T., pemimpin yang sentiasa bertakwa kepada Allah, kepada merfeka sahaja yang kita boleh sokong untuk memimpin kita di dunia ini dan di akhirat, bukan kepada pemimpin yang dok jaja agenda melayu pada masa depan, kalau itulah yang kita bergantung harap, selama itulah kita tertipu, kita sentiasa tertipu.

2 comments: