Pages

Friday, May 8, 2009

13 Tahanan ISA di Bebaskan..

PUTRAJAYA: Baki tiga pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) adalah antara 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dibebaskan dalam masa terdekat.

Mereka adalah M Manoharan, P Uthayakumar dan K Vasantha Kumar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata, beliau akan menandatangani dokumen pembebasan itu hari ini.

"Mereka akan dibebaskan dalam masa dua atau tiga hari," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, hari ini.

Katanya, pembebasan tahanan tersebut bukan bermotifkan politik.

Selain ketiga-tiga mereka, sepuluh lagi yang dibebaskan termasuk tiga warga Malaysia, dua warga Indonesia dan lima warga Filipina.

Tiga warganegara itu adalah Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil and Adzmi Pindatun, manakala dua warga Indonesia adalah Zainun Rasyhid dan Aboud Ghafar Shahril.

Lima warga Filipina adalah Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.

Bulan lalu, dua pemimpin Hindraf iaitu V. Ganabatirau dan R.Kenghadharan adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan.

Tahanan lain yang turut dibebaskan bulan lalu adalah tujuh anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.

Awal bulan ini, Manoharan dikatakan mempertimbangkan untuk meletak jawatan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah kerana dikatakan tidak mampu melaksanakan tugas itu.

Sementara itu, semalam, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak rayuan Uthayakumar agar pertuduhan mengikut Akta Hasutan ke atasnya digugurkan.

Source (LINK)

Komen.. Baguslah tindakan tu ... cukuplah sudah penderitaan yang dia alami oleh kedua-dua belah pihak, sama ada yang kena tahan di kemunting atau waris dan tanggungannya... Apakah juga ini sebagai bahan kempen kat Penanti... disamping nak mengelak dari PRK DUN Kota Shah Alam.....Mungkin juga sebagai pelabubaran untu pembubaran DUN Perak!?.....


No comments:

Post a Comment