Pages

Tuesday, May 19, 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

TIADA siapa seharusnya mengatasi undang-undang. Ini termasuklah peguam yang sepatutnya menjadi contoh terbaik menegakkan undang-undang.

Anehnya, Majlis Peguam bertindak sebaliknya dengan memfailkan saman terhadap polis berhubung penahanan lima peguam dari Biro Bantuan Guaman pada 7 Mei lalu.

Kelima-lima peguam berkenaan berhimpun tanpa permit di balai polis untuk memberikan sokongan kepada mereka yang ditahan kerana membantah penahanan seorang aktivis, Wong Chin Huat.

Para peguam itu ternyata telah ingkar arahan polis supaya bersurai. Persoalannya, bukankah mereka telah melakukan kesalahan? Apa istimewanya peguam berbanding rakyat biasa yang lain? Apakah perlu ada pengecualian kepada golongan tersebut?

Majlis Peguam sepatutnya rasional dan tidak memanipulasi keadaan mengikut kepentingan mereka semata-mata.

Badan itu juga tidak wajar menyekutukan diri dengan ahli yang melanggar undang-undang apatah lagi untuk menekan polis.

Maka ada yang menafsir tindakan tersebut sebagai bermotif politik. Jika benarlah andaian itu, elok Majlis Peguam menjadi badan bukan kerajaan (NGO) atau terus sahaja menjadi parti politik.

Awang - Boleh hidu motif.

Komen aku:Awang Selamat ni betulah cakap tak serupa bikin,,, inilah perumpamaan melayu... tungau seberang laut nampak, gajah depan mata buta....Cuma yang nak tanya apa yang UMNO DOK LAKUKAN SEKARANG NI ADAKAH IKUT UNDANG-UNDANG...KHAK PTHUIIH.

2 comments:

  1. hahahah AWang tu nape atok aku tu.... hahaha tapi atok aku tak same ngan awang nih... haha awang nih awang die simpan kat najib kut... awang2 tak SELAMAT la ko buat camnih... ALLAH maha mengetahui...

    ReplyDelete
  2. Aku dah tak ambik tau Awng Selamat - Utusan Malaysia tu bukan kata baca..... jeling sebelah mata pun aku tak mau.

    ReplyDelete