Pages

Thursday, May 21, 2009

Dilema Seorang Bapa....

Salam sejahtera...

Dalam dua hari sudah berita yang kita dengar mengenai tangkapan anak lelaki kepada penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin yang dibicara di mahkamah majistret Shah Alam..Cerita penuh ada di Di SINI

Pada hari ini sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab RPK ada membuat kenyataan mengenai ke stangkapan anaknya. Ceritanya DI SINI

Sebagai seorang bapak yang berperinsip maka terpaksalah beliau menerima apa yang telah berlaku terhadap anak lelakinya itu dan beliau rela mengaku yang anaknya itu dari sekolah menengah lagi memang sudah nakal dan lari dari rumah. Bagi pihak media biasalah, masa inilah mereka nak hentam kembali kepada RPK yang mana kita ketahui beliau seorang menulis yang lantang.

Apa pun aku ucapkan tahniah ke atas RPK kerana berprinsip dan tidak mengikut jejak lakonan P Ramlee dalam filem "Anak Ku Sazali", kerana terlampau menyayangi anaknya. Sepertimana juga pemimpin UMNO, dan pemimpin yang lain yang mana mempunyai anak-anak yang bermasaalah, tetapi dengan adanya kuasa, kelemahan tersebut dapat ditutupi dari diketahui oleh orang ramai..

Semoga dengan kejadian seperti ini dapat memperingati diri aku sendiri dan para pembaca sekelian yang mana kita sebagai bapa kepada anak-anak kita pandai-pandailah kita berinteraksi dengan anak-anak kita sendiri, bagaimana kita nak menjaga anak-anak kita yang dalam peringkat membesar, terutama aku sendiri, yang mana anak lelaki aku yang tua berumur 20+ lebih, yang ketiga 18 tahun dan yang keempat 17 tahun.

Cuma di sini apa yang aku amalkan terhadap anak-anak ku, selalunya bila aku ke masjid atau surau kalau mereka ada di rumah, ketiga-tiga akan ku ajak sekali, sembahyang mereka 5 waktu kena kita perhatikan dan sebaik-baiknya al-Quran biar selalu mereka baca.. Insyaallah anak-anak ini akan mendapat penjagaan dari segala perbuatan maksiat.. Insyaallah. Itu adalah pesanan dari seorang guruku.

1 comment:

  1. bapa kepada anak yg mengedar DVD lucah (lucah kanak2 lagi) mana pi... mntg2 ada pangkat abis di tutup nye crite

    ReplyDelete