Pages

Saturday, May 2, 2009

FENOMENA HAJI HADI.

Salam sejahtera...
Kisah ni aku salin balik dari buku PAS 1951-1991 (TERCABAR - MENCABAR) Penulis A.K. HIDAYAT, Cetakan 1986 Terbitan GG Edar, Islamic City, 28, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.

FENOMENA HAJI HADI

 

Kehadhiran Haji Abdul Hadi Awang di dalam PAS bolehlah dianggap sebagai satu fenomena. Beliau adalah satu tarikan yang gagah, seorang ulamak besar yang disifatkan oleh Tan Sri Abdul Samad di dalam salah satu rencananya di Utusan Malaysia sebagai Ulamak Muktabar, walaupun usianya masih muda.

          Haji Hadi adalah muda dari segi usia tetapi padat dengan ilmu. Mahasiswa-mahasiswa dalam dan luar negeri terpesona dengan keilmuan yang ada padanya di dalam berbagai bidang pengetahuan.

          Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah panggilan baginya yang popular, begitu popular itu sehingga didalam Dewan Undangan Negeri Terengganu ramai dari Ahli-Ahli Dewan daripada UMNO turut tersasul dengan menggelarkannya sebagi Tuan Guru sedangkan mereka biasa menggelarkan beliau dengan penuh benci dengan ”HADI” sahaja.

          Di Dalam sejarah PAS bukan tidak pernah ujud tokoh-tokoh popular seperti Dr.Burhanudin Al-Helmi, Prof. Zulkifli Mohammad dan Datok Asri Haji Muda.

          Tetapi kewibawaan Haji Hadi ada sedikit kelainan daripada tokoh-tokoh popular PAS yang terdahulu.

Kalau tokoh-tokoh terdahulu itu hanya popular didalam parti dan kurang popular di luar parti, Haji Hadi adalah popular di dalam dan di luar partisehingga ada di antara orang-orang yang bermusuh dengan pAS menyatakan: Haji Hadi bercakap benar....betul..baik...hanya orang-orang PAS yang lain saja yang tak baik.

Itulah gambaran popularitinya.

          Ustaz-ustaz dan para ulamak yang mencemuh Haji Hadi hasil daripada ucapan-ucapannya yang disalah lapor di dalam akhbar-akhbar berasa senang menukar fikiran mereka apabila mereka mendengar Haji Hadi secara personal.

          Orang-orang alim dan orang-orang jahil ingin mendengar Haji Hadi. Dimana-mana Haji Hadi pergi manusia berpusu-pusu mahu mendengar ceramah darinya.

          Sebagai seorang ulamak yang tidak pernah mendapat berita ucapannya dilaporkan dengan betul di muka-muka akhbar harian, haji Hadi menjadi pusat menarik kehadiran orang ramai kerana mahu mendengar ulasan-ulasan daripadanya berhubung dengan masalah hukum dan isu-isu semasa.

          Bukan sahaja orang-orang Melayu mahu mendengar Haji Hadi, orang-orangbukan Melayu juga berminat mendengarnya. Buka sahaja beliau diminati di dalam Negeri, beliau dijemput memberikan ceramahdi Universiti-universiti luar negeri termasuk Australia, Britain, Amerika dan Timur Tengah. Bukan saja orang kampong mahukan Haji Hadi, orang bandar dan para intelektuil juga mahukannya.

          Tuan Guru itu adalah seorang manusia yang unik, Hidupnya paling simple, rumah kayu kampung tanpa peralatan adalah cukup mewah baginya, dan sekali sekala ”Ayah Cik” turut turun ke laut menjadi nelayan walaupun beliau seorang Wakil Rakyat dan tokoh Ulama yang mempunyai ratusan ribu penyokong-penyokong.

          Di sebalik Haji Hadi merupakan seorang yang paling banyak dicerca oleh akhbar-ahkbar, ada juga berita mengenainya adalah bertujuan untuk membunuh imejnya, dan apajua percakapannya diputarbelitkan oleh akhbar agar wujud sikap amarah rakyat kepadanya.

 

          Namun bintangnya terus menyinar, Semakin ia dihamun, semakin ia dikasihi oleh masyarakat, semakin ia dicerca dan dimaki, semakin ramai rekrut-rekrut baru menyertai PAS.

          Fenimena yang terpenting adalah kemampuannya menarik begitu ramai sekali golongan intelektuil ke dalam PAS. Bolehlah dikatakan bahawa sejak beradanya Haji Hadi di dalam pimpinan PAS, maka sejak itulah berlakunya kebanjiran golongan intelektuil dan pegawai kerajaan ke dalam PAS.

          Disebalik seluruh kepopularanya itu, Haji Hadi adalah seorang hamba Allah yang tidak banyak bercakap (melainkan kalau ia berceramah) atau menghabis-habiskan masa dengan perbualan-perbualan kosong. Ia lebih senang menunjukkan mukanya yang manis walaupun sewaktunya disampaikan berita-berita yang benar-benar memburukkannya.

          Ia tidak mudah latah, tidak pernah menunjukkan emosi dan tidak pernah marah. Namun orang segan kepadanya, termasuklahorang-orang yang jauh lebih tua daripadanya.

          Dengan airmuka yang tenang, haji Hadi adalah seorang yang serius, segala perbuatan, tingkahlaku dan percakapannya adalah serius.

          Satu prinsip yang ada padanya adalah sikapnya apabila menyatakansesuatu itu mestilah hingga dapat difahami, Tidak ada guna menyatakan sesuatu jika orang tidak faham, dan lebih jauh tidak berguna menyatakan sesuatu itu kepada yang benar-benar tidak bolehfaham, apatah lagi jika menyatakan sesuatu dari segi hukum yang hukum yang benar itu dicanggahi secara takbur, adalah lebih baik tidak meneruskan kata-kata itu agar tidak berlaku keadaan riddah.

          Memahami keadaan-keadaan itu buah butir ucapannya dikalangan mahasiswa-mahasiswa mengandungi elemen-elemen ilmiyah yang lebih tinggi sesuai dengan pembentukkan mentaldi pusat-pusat pengajian tinggi itu; manakala ucapan-ucapannya dikampung-kampung adalah cara yang lebih mudah difahami.

          Demikian sifatnya dan demikian beliau dikasihi oleh seluruh keahlian PAS baik dikalangan pimpinan mahupun keahlian  diperingkat bawah, perwakilan PAS tetap tidak menjadikan Haji Hadi sebagai pujaan melainkan menerimanya sebagai hakikat anugerahAllah S.W.T kepada Jemaah Islam itu.

          Dari segi hiraki parti, perwakilan PAS tetap berpegang Sunnah Rasul S.A.W dan sunnah sahabat-sahabat bahawa yang tuadan berilmu tetap diketuakan, dan menerima penghormatan untuk memimpin.

          Maka sebarang kata fitnah yang cuba melaga-lagakan  Haji Hadi dengan Ustaz Fadhil Nor dan Haji Yusof Rawa bukan sahaja dipandang dingin oleh Haji Hadi, Ustaz Fadhil Nor dan Haji Yusof Rawa, malah dipandang bosan oleh seluruh keahlian PAS, dan diwaktu-waktunya  boleh juga dijadikan bahan senyuman setelah penat menjalankan tugas-tugas parti.

No comments:

Post a Comment