Pages

Sunday, May 17, 2009

Henti guna gelaran 'Mat Rempit' - Pakar Psikiatari

PETALING JAYA: Hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai 'Mat Rempit' - demikian langkah pertama yang dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil bagi mengatasi masalah itu. 

Beliau memberitahu dengan memberi gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih kerap dan angkuh. 

Mohamad Hussain, yang menerajui Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, berkata sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label 'Mat Rempit' yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka.

"Cerita tentang mereka yang sering tersiar dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen juga menjadikan mereka lebih berazam untuk meneruskan gaya hidup mereka itu kerana ia memenuhi ego mereka yang kononnya merupakan golongan yang macho dan berani," katanya. 

Mohamad Hussain mencadangkan agar satu program pelbagai matlamat digubal bagi menangani masalah ini dengan kerjasama ibu bapa, guru serta badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). - Bernama


Komen: Apa yang aku dok amati yang berlaku kat Mat Rempit ni ada dalam satu kumpulan yang orang dok marah juga lani, segala perbuatan kumpulan tu orang dok pakat dok marah termasuk dengan aku sekali, dan yang dok pertahan dan dok perguna Mat Rempit pun kumpulan tu juga... jadi aku cadangkan Mat Rempit di tukar kepada MAT PEKEMBAR.atau pun Mat Mim mati.. atau pun lagi sedap boleh di panggil MAT UMNO..

No comments:

Post a Comment