Pages

Monday, May 11, 2009

Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor - AWAS!!!...

Salam Semua...

Kejadian paling bangsat yang dilakukan oleh UMNO dengan bantuan agensi kerajaan pada 7 Mei 09 lalu di Dewan Undangan Negeri Perak haruslah diberi perhatian oleh semua negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Sebelum ini sewaktu PAS memerintah Terengganu selepas PRU10 lalu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menguatkuasakan Akta Undang-undang Islam yang telah pun diluluskan oleh DUN Terengganu, tetapi malangnya pihak Polis Kuala Terengganu tidak mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

Di sini kita dapat lihat betapa bangsatnya Pasukan PDRM kerana hanya mengikut telunjuk UMNO barisana Nasional.

Apa yang aku nak perkatakan ialah buat negeri-negeri Pakatan Rakyat yang masih ada 4 buah negeri lagi, silalah ambik iktibar apa yang berlaku di Perak.. Itu yang aku ingin perkatakan.. Kalau beginilah caranya sistem Polis aku rasa Kerajaan Negeri-negeri PR harus menubuhkan Polis Negeri Sendiri yang berdaftar, ini adalah lebih baik untuk masa-masa akan datang. Sekurang-kurangnya macam negeri Johor ada tentera sendiri TSN...

Inilah adalah kerana Kerajaan Yang Sah perlu ada pegawai Keselamatan sendiri, itu yang aku nampak, tak boleh harap lagi pada PDRM..dan kerajaan PR juga tidak bolehlah  selama-lamanya nak menggunakan khidmat Unit Amal seperti apa yang berlaku di Perak, bila keselamatan ADUN-ADUN PR terancam....

Apa yang perlu kita fikirkan, bagaimana nanti ada kumpulan yang didalangi UMNO membuat sesuatu kekacauan di dalam negeri... Itu yang aku bimbang.. PDRM tentu akan berpihak pada UMNO, contoh terbaharu seperti apa yang berlaku pada 7 Mei Sidand DUN dan 3 Mac sewaktu sidang bawah pokok, di mana polis ketika itu, diam membatu.. sehingga macam-macam keluar kenyataan dari Timbalan IGP Ismail Omar, Hamid Albar waktu tu pun dah meracau kenyataan tak tentu hala.

Apakah Kerajaan Pakatan mahun negeri yang mereka tadbir jadi macam di Turki, walaupun memerintah tetapi pihak Tentera Sekular yang berkuasa, apakah mahu menjadi seperti di Algeria, bila FIS sebuah parti Islam yang memenangi Pilihan Raya tetapi pihak tentera menafikan kemenangan tersebut.

Kerajaan PR di 4 buah negeri harus berfikir apakah yang akan berlaku dengan tindakan UMNO yang semakin menggila dibawah pentadbiran Najib bersama bekas Pemusnah Hak Rakyat Mahathir Mohammad, inilah manusia Syaitan yang paling dahsyat..bagi Mahathir adalah dalang semua ini, cuma ia pandai berlakon, di depan cakap lain, di belakang lain.. itulah sifat yang ada pada Mahathir.....

PDRM bukanlah lagi penjawat awam untuk menjaga kepentingan rakyat... Tidak. Mereka semakin hari akan menjadi pengawala Keselamatan untuk UMNO dan Sultan-sultan sahaja. 

Inilah sistem demokrasi acuan barat yang negara kita ambik pakai. Cuma di sini aku berasa lega bila Presiden PAS membuat kenyataan "Membujur Lalu Melintang Patah", sepatutnya kenyataan ini juga hendaklah disokong oleh pemimnpin Pakatan Rakyat yang lain terutama dari PKR dan DAP... Sekurang-kurangnya kita tidaklah lagi mengharap kepada undang-undang yang ada di dalam negara yang semakin mengucup hilang.. 

Apa yang ada lagi pada mahkamah.. kita tunggulah petang ini, siapakah yang akan memang antara DS IR Nizar VS Zambri... di manakah undang-undang bila kes kejadian pembunuhan di Memali tahun 1985, sehingga sekarang senyap begitu saja...begitu juga kes 2 pemuda yang kena tembak dengan peluru hidup di Terengganu 3 tahun lepas, apa cerita... senyap juga..dimana letaknya undang-undang di Malaysia...apa yang ada lagi pada pasukan polis.. semuanya dah berpihak pada UMNO... apa yang ada lagi pada ketua-ketua Jabatan Kerajaan.. itu pun berpihak kepada UMNO dan akhir sekali samalah juga sultan-sultan yang ada kebanyakannya pun samalah juga.....

No comments:

Post a Comment