Pages

Sunday, May 10, 2009

Keluhan Sahabat Aku...

Salam semua...
Salah sorang sahabat aku dah mengeluh panjang... pimpinan PR kenalah ambik perhatian kami blogger-blogger yang sayang kepada Pakatan Rakyat.. fahami dan fikirkanlah hati nurani dan perasaan kami semua.....bacalah dibawah ini....

Mula-mula dulu..aku menulis secara seronok-seronok. Lepas tu.aku naik seronok menulis. Bila orang seronok membaca apa yang aku tulis…lagi la aku seronok. Semuanya terjadi kerana hati seronok. Itu semua berlaku sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih Perak.

Lepas tu..aku mula rasa sakit hati…bila pemimpin-pemimpin yang diharapkan…tak boleh harap. Dan bila aku mula menulis tentang kepincangan yang berlaku dalam kerajaan..maka ramai lah yang tak seronok. Ada yang kata aku ni pemecahbelah. Ada YB yang kata aku ni ejen Umno. Ada pemimpin parti yang kata aku SB. Semuanya berlaku kerana hati aku dah kurang seronok.

Selepas 7 Mei 2009, aku rasa sakit hati..geram..benci..meluat..tak tau apa nak cakap lagi. Dan aku tak tau apa nak tulis lagi. Fed-up!

Aku dah tak percaya kepada sistem..kerana sistem itu telah dirogol dan perkosa oleh Umno dan Barisan Nasional. Bukan setakat UBN…cabang eksekutif juga bertindak menjadi perogol dan peliwat sistem. Dan aku juga sudah tidak mengharapkan cabang kehakiman dapat bertindak secara rasional. Kerana kehakiman juga telah dirogol dan diperkosa oleh UBN.

Lantas aku mengharapkan cabang keempat…Raja-Raja…untuk memulihkan sistem demokrasi. Tapi seperti kata Raja Petra.”Raja-raja bukan dipilih secara demokrasi…oleh itu..demokrasi adalah perkara terakhir dalam pemikiran mereka.” Aku juga sudah tidak percaya kepada Raja-Raja.

Kalau semasa menulis di Malaysia Today dulu aku mendapat macam-macam gelaran. Sekular..orientalis…sosialis..komunis…sesat..sekarang aku tak tau apa pulak gelaran yang akan aku dapat. Mungkin pengkhianat…penderhaka?

Bagi la apa gelaran sekalipun.Aku dah fed-up.

Cuma ada satu saja lagi harapan untuk memulihkan kepercayaan aku kepada sistem demokrasi yang aku percaya…iaitu rakyat.

Tapi rakyat yang mana? Orang Umno? Pas?PKR?DAP? Atau yang tak berparti?

Puak-puak Umno aku tak mau cakap. Itu golongan orang-orang yang dah dibonsaikan pemikiran mereka. Yang dah dibutakan mata mereka. Yang dah dipekakkan telinga mereka. Yang mereka fikir hanya duit. Yang mereka nampak hanya duit. Yang mereka dengar hanya duit. Apa saja yang berkaitan dengan duit semuanya dihalalkan. Judi pun halal. Makan suap..halal. Rasuah…halal. Politik wang…lagi la halal. Duit punya pasal..yang dah diharamkan macam Sure heboh pun boleh dihalalkan.

Baik Pak Menteri..Pak Mufti..Tok Sidang…semuanya serupa.

Orang yang tak berparti…dan tak mau buat apa-apa. Macam masuk NGO ka, aktivis sosial ka…yang ni pun aku tak peduli. Cakap saja..tapi tak mau buat apa. Yang ni jadi tukang sorak..tukang jadi batu api. Tapi bila kita ajak bersama…depa lari.

Cuma yang boleh diharapkan ialah pemimpin rakyat. Sapa dia? Yang ni susah aku nak cari. Pemimpin politik banyak…tapi pemimpin rakyat sikit.

Dulu…susah nak cari pemimpin Pas yang diterima oleh orang DAP dan PKR. Susah nak cari pemimpin DAP yang diterima oleh PKR dan PAS. Lagi susah nak cari pemimpin PKR yang diterima oleh PAS dan DAP. Kerana mereka semua pemimpin parti…bukan pemimpin rakyat.

Tetapi selepas 7 Mei 2009, PR sudah mempunyai ramai hero rakyat. Nama-nama seperti Nizar, Ngeh, Siva, Nga, Lih Kang, Ming Kai, sudah jadi hero. Rakyat Perak tidak lagi mengenali mereka sebagai pemimpin Pas, PKR atau DAP. Orang sudah tak peduli mereka itu Melayu, Cina atau India. Islam atau tidak.

Rakyat mahukan pemimpin rakyat…bukan pemimpin parti. Dan ini yang perlu diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Anwar, Hj. Hadi, Guan Eng..kena beri perhatian kepada kehendak rakyat.

Kalau Pas mahukan rakyat menerima Pas..Hj. Hadi kena fikirkan peneraju Pas Perak yang dapat diterima oleh rakyat Perak. Bukan setakat diterima oleh ahli-ahli Pas sahaja.

Kalau  PKR mahu diterima oleh rakyat Perak..Anwar kena cari pemimpin PKR Perak yang dapat diterima oleh rakyat Perak..bukan setakat pemimpin yang ikut pungkoq dia saja.

Kalau DAP mahu diterima oleh rakyat Perak…Guan Eng kena cari orang yang dapat diterima oleh rakyat Perak. Bukan setakat Ngeh dan Nga saja.

Rakyat Perak sudah bersedia untuk menghumban Umno dan Barisan Nasional kedalam longkang. Tapi dalam masa yang sama…rakyat Perak juga mahukan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri dari mereka yang berjiwa rakyat. Bukan setakat berjiwa parti.

Terpulang kepada Anwar, Hadi dan Guan Eng. Sama ada mahu rakyat menyokong Pakatan Rakyat…atau mahukan rakyat mengundur diri menjadi lalang…dan berkata…”mampuih pi la kat hangpa.”

Dan kalau ini benar-benar berlaku..it is indeed a sad day for Malaysia.

Dan mungkin aku juga akan menyertai Carburator Dung. Tayang pungkoq kat orang ramai. Baru ada akai..

Sumber : LINK

2 comments:

  1. betul apa yg diperkatakannya. tp tiada siapa yg sempurna. [my blog]

    ReplyDelete
  2. kita bkn lah yg terbaik...harap2 tuan bersabar, jgn la sampai nk tayang pungkuq pulak..hahaa

    ReplyDelete