Pages

Wednesday, May 13, 2009

Nizar VS Zambri - Biarkan Rakyat Perak Buat Keputusan - Bekas Peguam Negara..

Bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Tan Sri Abu Talib Othman menegaskan untuk kestabilan negeri Perak berikan rakyat yang membuat keputusan.
Beliau menegaskan Artiker 21 Peristiharan Hak Asasi Manusia Sedunia 1948 menegaskan hak rakyat sebagai asas kuasa kepada kerajaan.
Cerita selanjutnya DI SINI 

Komen : Sewaktu Tan Sri Abu Talib ni menjadi peguam negara dululah Datuk Mokthar Hashim bekas Menteri Belia dan Sukan telah dikenakan Hukuman Penjara Seumur Hidup kerana membunuh Datuk Taha di Gemencheh Negeri Sembilan. Tetapi dalam pemerintahan Mahathir Datuk Mohktar Hashim telah dibebaskan setelah hampir 25 tahun dipenjara...konon setelah dapat pengampunan.

Cuma Datuk Abu Talib ni dalam perkhidmatannya sebagai Peguam Negara sekali membuat kesilapan apabila memerintahkan video tape kelakuan Sex Vijendran (Timbalan Speaker Parlimen) dibakar sebagai bahan bukti, ia ingat Karpal Singh waktu tu bodoh... rupanya Karpal dah siap copy dulu.. ini menyebab Tan Sri Abu Talib bersara dari Peguam Negara tidak lama selepas itu... semua ini berlaku zaman Mahathir menjadi PM...Selepas itu Pegum negara digantikan pula oleh Tan Sri Mokhtar Abdullah (kalau tak silap) yang mati setelah beberapa bulan koma kerana otaknya terpaksa dibuangkan....Kes ni berlaku selepas Anwar Ibrahim di penjarakan pada tahun 99 dahulu, dan selepas itu barulah Ghani Patail menggantikan tempatnya menjadi Peguam Negara sebagai membalas budi dari Dr Mahathir dalam konsprirasi Anwar...

Segala kerosakan undang-undang di mahkamah Mahathir lah yang memulakannya...... Dan sekarang Najib sebagai PM, Mahathir yang menekan Najib jadi remote control...maka inilah yang kita semua sebagai rakyat mendapat habuan.....

No comments:

Post a Comment