Pages

Friday, May 15, 2009

Nizar VS Zambri - Cadangan Mahathir Sukar....

Tahniah YB Siva.. 
Anda telah melaksanakan satu tindakan yang paling wajar...

Sivakumar fail saman terhadap Ganesan

IPOH: V Sivakumar memfailkan notis injuksi di Mahkamah Tinggi di sini pagi ini terhadap Datuk R Ganesan supaya tidak menganggu dan menghalangnya daripada menjalankan tugas sebagai Speaker DUN Perak. 

Perintah injuksi itu difailkan oleh dua peguam Sivakumar, Leong Theok Keng dan Chan Kok Keong di pejabat pendaftar mahkamah jam 11.45 pagi tadi. 

Dalam notis injuksi itu, Sivakumar meminta agar Ganesan yang dipilih wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu atau ejennya tidak boleh menghalangnya menjalankan tugas Speaker yang sah. Beliau juga menfailkan tuntutan atas kecederaan yang dialami serta dikurung pada sesi sidang berkenaan. BH Online.


Komen : Itu pun yang aku harapkan.. bukan apa bila kes Speaker pun dibawa ke mahkamah, keadaan DUN menjadi bertambah komplek, tersangkut macam-macam... umpama kata-kata DS IR Nizar.. UMNO dah rupa tercekik tulang ikan, nak diluah balik tak boleh, nak ditelan pulak tersangkut kat kerongkong... sakit YOB .. tak senang duduk macam ni...
Sekarang kalau UMNO nak usul Undi tak percaya kepada MB kena fikir 2 kali atau 3 atau lebih... sebab macam-macam boleh berlaku lagi.. tembelang yang lalu tak menjadi... satu dunia diketahui umum iaitu sebuah negeri yang bersultankan bekas Ketua Hakim Negara jadi haru biru dan akan tercatat dalam sejarah Malaysia.
Nampaknya Cadangan Che Det tak akan menjadi....

No comments:

Post a Comment