Pages

Friday, May 15, 2009

Nizar VS Zambri - Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Mohd. Ali - Correct..Corect

SATU LAGI PENDEDAHAN MENGEJUTKAN TENTANG HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MEMBENARKAN RAYUAN ZAMBRY

Jika semalam ini kita dikejutkan dengan tidak ada alasan penghakiman bertulis dalam membenarkan rayuan penangguhan kes Datuk Zambry Abdul Kadir oleh Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Mohd. Ali, hari ini Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham membuat pendedahan yang lebih mengejutkan.

Menurut beliau Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.Lebih mengejutkan Dato Ramly turut disebut dalam pita rakaman VK Linggam yang telah mencalar sistem kehakiman negara.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. "Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002,".

Apa yang sepatutnya dilakukan ialah siasatan susulan terhadap hakim-hakim yang didakwa terlibat. Saya juga ternanti-nanti apakah tindakan susulan ekoran hasil siasatan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan tidak lama dulu berkaitan kes berkenaan. Senyap je...

Source (LINK)

No comments:

Post a Comment