Pages

Monday, May 18, 2009

Nizar VS Zambri - MBH sedia terima keputusan

MANJUNG 17 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak akan mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya, Khamis ini sekiranya keputusan itu tidak memihak kepadanya.

Beliau juga bersedia menerima hakikat sekiranya mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, parti pakatan pembangkang harus mengambil sikap yang sama jika keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

''Bagi saya, soal memihak kepada siapa tidak penting tetapi jangan ada pihak tertentu mempersoalkan proses perundangan terutama apabila keputusan Mahkamah Rayuan tidak memihak kepada mereka.

''Kita tidak mahu apabila perkara ini berlaku maka mereka (pembangkang) mengatakan mahkamah tidak adil, hakim-hakim bersikap tidak adil atau hakim bersalah dalam tindakan atau keputusannya.

''Jika keputusan sebaliknya, barulah mereka mengatakan hakim adil dan sebagainya tetapi inilah sikap ditunjukkan oleh mereka sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau tidak seharusnya dipersalahkan terhadap ketidakstabilan politik yang berlaku di Perak ketika ini.

Katanya, ini kerana bukan beliau atau BN yang memulakan proses cabar-mencabar di mahkamah sehingga menimbulkan masalah politik negeri ini.

''Rakyat harus melihat perkara ini (ketidakstabilan politik) bukan BN yang memulakan proses cabar-mencabar di mahkamah tetapi mereka (pembangkang) yang memulakan proses itu.

''Jadi adalah tanggungjawab saya sekarang mempertahankan diri dan membuktikan sebaliknya dengan menggunakan saluran undang-undang yang ada dan saya harap ia tidak menimbulkan kekeliruan kalangan rakyat," jelasnya.

Zambry berkata, rakyat sendiri boleh membuat penilaian mengenai sikap sebenar Mohammad Nizar dan konco-konconya berdasarkan rakaman video semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

Tambahnya, rakaman video itu sudah diedarkan untuk tatapan rakyat oleh pihak tertentu, malah boleh ditonton melalui Internet dan web televisyen.

Komen - Betui-betui cakap tak serupa bikin..... sapa yang mula dulu buat kerja-kerja rampas negeri Perak, Sapa yang muka tak malu dok pi merayu kat mahkamah rayuan... proses 3 jam boleh selesai.. DS IR Nizar pi mahkamah rayu balik pi pagi Rabu hari Senin depan baru dapat nak bicara semula...dah tu dera lagi pi lanjut hari jumaat... apa cerita, apa ingat kami rakyat tak ada perasaan?!!! ,,,...khak........pthuihhh....

3 comments:

  1. cakap tak serupa bikin! tak tahu malu , takut hilang kerusi pangkor ler tu! rakyat perlu mengajar umno dan bn secukupnya pada pilihanraya semula ini.

    ReplyDelete
  2. dia ingat rakyat buta, pekak & bodoh tak tau menilai, yang samseng. Zamry Mugamby dgn 6 jahananmnya serta 3 katak puru yg engkar perintah speker & org tua yg nak terkam org tu siapa ya

    ReplyDelete
  3. Macam baca skrip ajer..Keputusan Mahkamah Tinggi untuk PR manakala keputusan Mahkamah Rayuan untuk UMNO...Jadi siapa yang akan berkuasa???
    Eloklah diserahkan kepada Sultan sahaja pentadbiran negeri..tiru macam Brunai...

    ReplyDelete