Pages

Saturday, May 16, 2009

Nizar VS Zambri - Nik Aziz tidak setuju bincang dengan BN

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara keduadua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.BERNAMA

Komen:Apalah nak dok pi bincang-bincang lagi, puak UMNO ni sama aja dengan puak Yahudi yang rampas Wilayah Sinai di Syria, Bukit Golan di Jordan dan Gaza di Mesir... Dah rampas baru nak ajak buat perjanjian damai, gencatan senjata, tapi wilayah yang diambil tu tetap tak dipulangkan, seolah-olah umat islam diperbodohkan oleh Yahudi. samalah juga UMNO, apa lagi yang kita nak pi bincang, kalau dia betul ikhlas, jujur dengan rakyat dia tak buat kerja rupa itu, dari awal lagi dia dah guna SPRM, sehingga tertangkap dua ekok beruk mat yeh.. dalam waktu PR sibuk berkempen di Permatang Pauh sehinggalah semakin terserlah sikap UMNO apabila mahkamah ishtihar DS IR Nizar MB yang sah, lagi sekali mereka mempergunakan mahkamah untuk menghalang perintah ke atas Nizar. Kalau betul UMNO ikhlas Zambri tak perlu lagi pi buat rayuan, dia perlu undur diri..... Jadi jikalau kita nak pi berbincang dengan puak UMNo lebih baik tak payah, Pimpinan PR kena dengar cakap Tok Guru, kalau hangpa pi juga UMNO yang akan dapat kredit daripada rakyat, yang kononnya UMNO sedia bertolak ansur demi rakyat... sedangkan mereka lah perompak..... 

1 comment:

  1. sy setuju!!!! toksah mengharap pada yahudi... bekerjasama dengan SIVAKUMAR 15kali lebih baik dari kerja dengan PERKEMBAR/ zambry!!!

    ReplyDelete