Pages

Monday, May 4, 2009

Pemuda - Dengarlah nasihat Orang Tua..

Salam Semua...
Siang tadi akhbar online banyak menyiarkan nasihat Murshidul Am TGNA mengenai nasihatnya kepada Ketua Pemuda Permatang Pauh Mohd Hafiz Nording mengenai cadangan PAS bertanding di PRK Penaga pada 31 Mei nanti. Masa berita jam 8.00 mlm tadi pun TV masih menyiarkan kenyataan TGNA.. 
Wahai pemuda-pemuda PAS.. kalau hangpa rasa tak mau dengar cakap pemimpin TGNA, habis tu nasihat siapa lagi yang hangpa nak dengar.... atau pun nak dengan nasihat ketua 1Malaysia.. tunjuklah contoh dan sikap yang baik kepada rakan-rakan PKR dan DAP dalam pakatan yang kita ni parti jemaah Islam, dan yang lebih penting pengundi-pengundi bukan melayu yang mula memberi kepercayaan kepada PAS, ingatlah perjuangan nak menegakkan Islam jauh lagi, kalau beginilah sikap yang kita lakukan makin lambatlah nak mencapainya... 

Aku tak mau sentuh lagi bab pemuda luar.. kerana hak depan mata aku sendiri pun lebih kurang sama juga...contohnya semalam sewaktu dalam Mesyuarat Agung PAS Lumut...Keseluruhan yang dok pi terkam kat mikrofon nak berbahas adalah kumpulan dari pemuda, itu tak betul, ini tak kena,, seolah-olah mereka sahaja yang betul.

Satu contoh yang aku nak ambik ialah sorang perwakilan dari Pangkor, keluar berbahas dengan penuh gaya, bersemangat lepas tu dengan penuh emosi nak marah kat AJK kawasan pasal banyak cawangan-cawangan yang belum berdaftar lagi walaupun dah berapa lama masaalah ini diketengahkan. Apa yang aku dok nampak marah tu bukan pasai tu sangat, tapi marah pasal lain kut.. dan aku tau siapa yang dibelakangnya.. janganlah nak jadi proxi kepada seseorang.. 

Cuma ada sorang perwakilan tu bila kena kat batang hidung sendiri, apa yang PAS kawasan lakukan dipujinya  sampai kelangit... sebab tolong dirinya...

Cuma aku nak ulang balik... ingatlah balik apakata DS IR Nizar sewaktu dalam ucapannya perasmiannya.. tentang pengundi Pasir Hitam dan Pulau Sangga, yang keseluruhannya kaum Cina Nelayan, mereka tidak tahu apa-apa selain tangkap ikan dilaut, dan yang mereka kenal ialah MCA dan BN.. tetapi bila kejadian trajedi 4.2.09 rampasan kuasa Perak, rakyat termasuk beralih arah...dalam PRK Bukit Gantang... kenapa!!! sebab mereka ada hati dan perasaan.... 

Jadi begitulah juga perwakilan-perwakilan lain yang ada dalam mesyuarat semalam.. mereka semua ada hati dan perasaan, mereka memerhati tingkah laku anda semua dan mendengar kata-kata ucapan anda.... Mereka dapat menilai yang sebenarnya...mereka dapat menilai keikhlasan jawapan balik dari YDP dan barisan AJK-AJKnya walau pun diselang seli dengan jawapan dalam bentuk gurauan.

Apa pun saranan aku, buat pemuda ikutlah nasihat YDP yang pemuda kena cari orang tua..ziarahlah orang tua-tua.. tanyalah pengalaman mereka yang lampau..kalau ada yang baik jadikan sebagai panduan dan amalan....sedikit pun tak akan kerugian sama wang ringgit, titik peluh, tenaga dan masa.  

2 comments:

  1. Orang PAS sesetengah tu cakap saja lebih . Kerja tak buat . Contoh di tempat saya di Kedah PASTI pun ditutup terus akibat AJK kawasan terlalu banyak bercakap kerja satu pun tak jadi.

    Amanah jadi pemimpin terlalu berat.

    ReplyDelete
  2. Manjung Mari
    aku pun meluat dok tengok wakil pangkor, sampai senget2 kepala punya tibai org.. ni aku nak habaq, rupa2nya cawangan pangkor lambat hantaq laporan mesyuarat agung dia,dah tarikh tamat baru nk hantaq, tapi ajk tak mau lah dedahkan satgi malu berkandaq plak..tp dok nampak salah org jgk.. insaflah

    ReplyDelete