Pages

Wednesday, May 27, 2009

PRK Penanti - Kak Min ada harapan...

Salam Sejahtera!!!...
Nampaknya harapan BN akan mendapat kerusi DUN menanti bertambah cerah, Grandesign Najib akan menjadi kenyataan.....Tak percaya !...Baca di bawah ni....

SPR boleh batal kemenangan calon jika terbukti beri sogokan

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh membatalkan kemenangan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, jika terbukti calon terbabit bersalah melakukan sogokan supaya pihak lawan menarik diri daripada bertanding. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat kes itu secara bebas tanpa dipengaruhi sebarang pihak. 

"Kita bekerjasama dengan SPRM dalam hal ini dan jika didapati calon sendiri terbabit maka tindakan boleh sampai ke tahap membatalkan kemenangannya jika calon itu menang dalam pilihan raya nanti.

"Bagaimanapun jika kesalahan itu dilakukan oleh pihak lain, ia mungkin tidak menjejaskan calon terbabit meskipun pihak yang melakukan perbuatan itu adalah dari parti yang sama. 

"Saya serahkan perkara itu kepada Penasihat Undang-undang SPR untuk meneliti kes ini dan kita akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang selepas siasatan SPRM selesai," katanya selepas melawat kilang Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini, hari ini. 

Kilang PNMB di sini mencetak kertas undi untuk pilihan raya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Hadir sama, Pengarah Urusan PNMB, Datuk Mohd Habib Jamaldin. 

PKR semalam mengaku dua ahlinya menemui dan menawarkan ganjaran kepada calon Bebas, Aminah Abdullah supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti. 

Aminah turut membuat laporan kepada SPRM dan mengemukakan bukti mengenai wujudnya tawaran dan sogokan supaya beliau tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu.

2 comments:

  1. Kalau mereka nak main kotor jangan lupa kita juga manusia..ada hati dan perasaan...buat jahat dibalas jahat..

    ReplyDelete
  2. Publisiti murahan. Biar bila dia nak turun kempen ni orang cam muka dia. Sebelum nie mana ada orang nak cam sangat muka dia.

    ReplyDelete