Pages

Tuesday, June 30, 2009

Orang PAS Sembahyang, Orang UMNO Sembahyang.. Tapi Tak Sama...

Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.

"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya. - mj _

Haa... ambik kau UMNO Libas maut dari TGNA... baru ada akai....

Kerajaan Perpaduan... Sila Baca...

Salam Sejahtera...

Sedikit buah fikiran dari Pengarah Penyelidik PAS YB Dr Zulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor bertajuk

Gagasan pemikiran kerajaan perpaduan : Mana silapnya?



Panjang huraiannya mengenai Kerajaan Perpaduan.. boleh kita nila sendiri apa yang di tulisnya mengikut kefahaman masing-masing.

Untuk nak baca hangpa klik DI SINI. Terlalu panjang artikel yang ditulisnya, kang penuh sampai ke bawah posting ni.....

Cuma aku nak quote sikit dari kata penutup artikel yang ditulis beliau:
"Kerajaan Perpaduan adalah seumpama suntikan ’booster’ untuk Umno/BN untuk terus mendapat talian hayatnya, sementara suntikan Racun kepada PAS/Pakatan. Dengan izin Allah Azza Wajalla jualah segala-galanya berakhir dengan Kebijaksanaan Politik berpihak kepada PAS/Pakatan tatkala tertolak gagasan Kerajaan Perpaduan."

Moga-moga boneka-boneka UMNO dalam PAS dapat mengambil iktibar dari kejadian yang lepas, tak perlulah nak berkasih sayang sesama melayu yang berlainan fikrahnya dari DULU, KINI dan SELAMANYA...........

Bila Dah Pencen..........

Salam Sejahtera...
Teringat aku pada lagu J.Sham...No 66, Jalan Tampin.. Seremban..opppsss....oppss soryy silap..

Bukan lagu tu... lagi satu aaa Resam Dunia... Telah menjadi resam dunia... hidup manusia memandang harta, buruk dan baik tiada nilaynya, emas suasa...... yang lain hangpa sambung sendiri... aku tak ingat...

Apa pun inilah yang berlaku kepada Mantan PM zzzzzzzzzz... kesian dia... cuba bayangkan kalau masih lagi berjawatan PM.. tentu ramai disekelilingnya.. tukang ampu, tukang iring, tukang cium tangan..

Kali ini yang tinggal Hamid Botak yang tolong temankan.. sama-sama pencen...

Gambar sumber - Mstar.


PRK DUN Manik Urai N41 - Siapakah Mereka-Mereka Itu

SPRM akan dedah kes besar tidak lama lagi - Pengarah

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi, kata Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keskes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.

"Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah," katanya kepada pemberita pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah, di pejabat SPRM di sini hari ini.

Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Idrus Jaafar kini menyandang jawatan Pengarah SPRM Kedah, mengambil alih tugas daripada Nooraziah Abdul Manaf yang ditukarkan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menjawat jawatan baru sebagai Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.

Mohd Jamidan berkata berkata hasil perisikan yang dibuat berdasarkan maklumat orang ramai, pihaknya telah dapat menembusi sindiketsindiket tertentu dan mendapati ada kes yang perlu didedahkan.

"Walaupun ada kes yang sukar untuk dibuktikan tetapi SPRM mempunyai sistem, keupayaan, kepakaran dan kebijaksanaan menembusi sindiket terbabit dan dapat mengatasi kebijaksanaan mereka.

"Saya berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan kami bagi membanteras rasuah atau sebarang penyelewengan," katanya.

Menurutnya, menerusi kerjasama orang ramai, SPRM mencapai banyak kejayaan tahun lepas antaranya kes rasuah yang melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sindiket rasuh yang melibatkan Jabatan Hutan Sabah dan sindiket mencuri besi di Pahang.

Idrus pula berkata enam penjawat awam dalam kumpulan sokongan di Kedah adalah antara 19 orang yang ditahan oleh SPRM sejak Januari lalu yang membabitkan rampasan wang sogokan keseluruhan berjumlah RM20,518.

Katanya enam orang ahli politik turut disiasat yang turut melibatkan politik wang.BERNAMA.


Komen: Kalau setakat nak heboh kononnya telus sebelum PRK DUN MU ni tak payahlah, paling tidak yang dituduh semua dari pimpinan PR kes lembu korban, kes kereta MB Selangor,kes jual pasir..... kalau kakitangan kerajaan yang kena pun Kapten (B) Abd Kudus Ahmad dari MPAJ... itu pun sebab M Kavies buat laporan, kes IGP dan AG yang dilaporkan oleh DSAI tiada kes.... Kes PKFZ yang Lim Kit Siang bahas dalam Parlimen semua pakat diam, berpeluh Ong Tee Kiat kena jawab dengan dibantu kuasa Speaker.. sudahlah.. tak payahlah nak jual minyakkkk.....

Hidup Mewah Agar Islam Di Pandang hebat ?

Oleh Mohamad Sabu

Rasuah amat dibenci dan di keji oleh Islam ajaran Islam meletakan penerimGo to fullsize imagea rasuah dan memberi rasuah di dalam neraka.Ketua dan pemimpin negara mengamalkan kehidupan tanpa rasuah dan tidak mengambil peluang di atas kekuasaan untuk hidup mewah berlebihan kepada diri mereka dan keluarga mereka.

Contoh yang terbaik sudah tentu ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul pemimpin dan ketua negara ungkapan yang selalu di petik oleh orang Islam dan bukan Islam ialah " Jikalau Fatimah mencuri nescaya ku potong tangannya".

Islam amat benci rasuah dan pemimpin negara menggunakan harta awam amat di cela untuk peribadi dan keluarga sudah tentu Muhammad s.a.w di sebut sebagai uswatun Hasanah.

Ketua negara di zaman Nabi Muhammad s.a.w hidup mewah dan mempunyai pengawal lengkap adalah lumrah.Ketua negara Yemen, Mesir, Rome, Parsi hidup penuh kebesaran, kemegahan dan Kekuatan.Nabi Muhammad s.a.w. sudah diterima rakyat dan lumrah untuk hidup di dalam Istana dan mempunyai pengawal-pengawal yang lengkap mengikut waqy pada waktu itu tetapi ketua negara lagi Nabi memilih untuk hidup secara yang amat sederhana. Ketua Negara Madinah dan juga rasul memilih untuk tidak membina istana dan kehidupan mewah.

Isteri-isteri baginda merungut diatas kesusahan hidup bersama ketua negara bertaraf Nabi lagi rasul. Nabi Muhammad s.a.w memujuk isteri-isteri dan keluarga baginda dengan balasan syurga dengan bersabar dan terus mengerjakan amal soleh dan taat segala perintah Allah dan Rasul.
Keadilan sosial yang diperlihatkan oleh Nabi sebagai rasul dan ketua negara memikat hati rakyat untuk menerima Islam ataupun bernaung dibawah kekuasaan Islam.

Bayangkan kecepatan rakyat dan ummah menerima Islam sehingga di haji wida'. semasa kepulangan setelah selesai mengerjakan haji, Nabi berpidato di tempat bernama Al-Gadeen di dengar lebih dari 120,000 manusia, sedangkan di Makkah, Muhammad s.a.w. boleh dikatakan tiada pengikut".

Negara-negara Islam sekarang tidak langsung boleh di contohi. Akhlak Nabi Muhammad s.a.w. tidak diikut, bahkan ulama-ulama upahan mencari bebagai contoh dan tauladan lain hujjah dan berbagai kitab untuk membolehkan ketua negara hidup mewah berlebihan, menindas rakyat, dan menyalahgunakan harta negara untuk bermegah.

Kononnya apabila ketua-ketua negara Islam hidup hebat barulah lahirkan kemegahan dan Islam akan dipandang mulia. Di cari hujjah untuk membolehkan ketua negara hidup mewah berlebihan, menindas rakyat, dan menyalahgunakan harta negara untuk bermegah.Kononnya apabila ketua-ketua negara Islam hidup hebat barulah lahirkan kemegahan dan Islam akan dipandang mulia. Di cari hujjah untuk membolehkan kehidupan mewah diluar kemampuan, dengan meninggalkan contoh terbaik Muhammad s.a.w "Uswatun Hasanah".

Ahli-ahli parlimen Britain dan menteri mereka meletak jawatan apabila berbelanja (claimed) lebih dari yang dibenarkan. Mereka malu terlibat rasuah atau tersalah belanja wang rakyat, walaupun Mahkamah belum menghukum mereka. Mereka mengambil sikap meletakkan jawatan terlebih dahulu. Mereka bukan Islam tetapi menjalankan cara hidup Islam yang bencikan rasuah dan menyalahgunaan kedudukan mereka.

YAB Lim Guan Eng memberi hadiah ganjaran kepada pegawai agama yang bertindak membongkar rasuah dan menyelamatkan wang kerajaan negeri dalam himpunan pegawai kerajaan negeri 23 Jun yang lalu. Benci dan anti rasuah cuba diterjemahkan dalam tindakan kerajaan negeri P.Pinang, walaupun kejayaan sepenuhnya masih jauh dari memuaskan.

Di kalangan kita (PAS) masih kedengaran supaya pemimpin yang berkuasa boleh mengamalkan hidup mewah dan hebat. Kehebatan kekayaan, kenderaan, rumah akan menyebabkan musuh pandang hebat kepada kita (PAS).

Mempamerkan hidup mewah ketika berkuasa seolah-olah amalan yang dipersetujui oleh Islam dan ianya perlu diamalkan. Masyarakat menjadi keliru di atas pandangan sedemikian, sehingga ada diantara mereka tidak rasa malu dan segan mendapat kekayaan secara tidak betul atau dilihat tidak betul. Islam tidak dapat digambarkan sebagai "egen pengubah" keadaan sosial sebaliknya kadangkala dilihat beban kepada perubah kearah keadilan. Sedangkan semua makhluk dilangit dan dibumi akui Muhammad s.a.w. adalah "Uswatun Hasanah" pembawa Islam agama penyelamat. Kenapa kita nak ambil contoh lain selain dari Nabi suci kita Muhammad s.a.w.

Source : detikdaily.

Komen..Memang ada setengah pimpinan PAS sebelum ia melibatkan diri dengan PAS pun ada yang kategori orang berada (mewah) .. itu tak bolehlah nak dipertikaikan... tetapi ada sesetengah tu sebelum ini sama macam biasa aja.. tup-tup sekarang dah kelihatan mewah... memang ramai juga seperti yang disebut dalam sesetengah blog....dan aku sendiri ada dengar cerita dari kawan-kawan kat Perak ni pun ramai juga pimpinan PAS yang sempat dapat habuan harta ghanimah...ustaz-ustaz belaka....mungkin itulah agaknya hikmah Allah S.W.T izinkan UMNO merampas kuasa dari Pakatan Rakyat.......

Sunday, June 28, 2009

Aktiviti Hari Ahad..

Salam Sejahtera...

Pagi tadi aku awal-awal pi pasar tani sekejap, biasalah beli barang nak mengunyah, tempeyek, kerepek keladi dan tumpi untuk buat stok seminggu nak mengunyah... nak balik sebelum sampai rumah pula beli nasi kerabu pulak, perh lama tak kena.. tapi tak la sesedap kat Medan tapak MPKB Kota Bharu tu...

Jam 9.30 aku pi tengok anak aku kat kampong Gajah, tinggal dia sorang lagi yang belajar di sekolah akan ambik SPM tahun ni, nampaknya tinggal 5 bulan saja lagi nak kena berulang pi tengok dia, 2 minggu sekali aku kena pergi, tak pi tak boleh juga, anak oii, kalau bini lain.. tak apa.. boleh cari lagi.. 3 lagi kosong... pukul 11.30 baru aku balik semula...

Sampai rumah jam 12 40 tgh.. Jiran belakang rumah taman aku buat kenduri kahwin anak dia.. yang pertama.. 2 minggu sudah laki bini mai hantar kag jemputan, waktu tu aku ada depan rumah terus dia serah..Bininya tu satu sekolah dengan bini aku kat JB dulu.. tapi bininya sekarang seorang pengusaha kecantikan yang paling berjaya di Manjung, aku ingat di Perak dan Di Malaysia juga ia adalah yang paling berjaya, sebab berjaya tubuh kolej kecantikan sekali, ramai pelajar-pelajar anak Melayu dari seluruh Malaysia mai belajar di sini.

Waktu aku sampai rumahnya orang tengah ramai, penganti lelaki belum sampai.. anaknya habis PMR terus sambung belajar di Sekolah AlAzhar di Mesir..., menantu lelakinya pun pelajar dari Universiti AlAzhar..., Makanan disediakan oleh catering terkenal dari Teluk Intan Gulam Rasul 786... tak rugi rugi aku pi awai, makan nasi beriani special..., bila tengah dok makan, adik ipar tuan rumah, sebelum ni duduk selang 4 buah rumah dengan rumah aku, mai pelawa kat aku tanya nak kambing.. apa lagi.. memang tak tolak la.. pergh.. khorma kambing...

Siap aku makan, penganti lelaki pun sampai.. kompang sebelah taman aku pun berdentum kelepak kelepung... pengantin sampai dah tak rupa pelajar dari AlAzhar dah, siap berbaju melayu, bertengkolok, berkeris,, naya aku tak bawa kamera...pengantin perempuan pun keluar mai terus makan kat meja pengantin, mengadap depan aku...kamera man/woman punyalah ramai pakat ambik gambar... dah pengantin kena tangguh makan, nuuu nak posing depan kamera..., aku tak tau samada bersanding ada atau tidak, tapi makan bersama tu pun dah jadi buah mulut.. tu pasal islam larang bersanding.. dalam tak sampai seminit.. sebelum tu terdetik dalam hati aku.. " lawa lagi emaknya dari pengantin.. hangpa tengok.. syaitan dah main peranan.. selepas tu keluar dari mulut bini aku.. sama seperti apa yang terdetik dalam kepala aku... dah secara tak pasai dapat dosa peri.. senang aja..

Bukan apa.. aku pun risau juga,, aku ada anak sulong perempuan juga, paling kurang kalau ada umur panjang 3 tahun lagi dia habis belajar.. tak tau lah pulak kalau tak ada jodoh ... tetapi anak lelaki aku yang nombor 2 pulak dah dok berangan, aku dah pun pi merisiknya di Shah Alam, Seksyen 7 pada 05 Jun lalu, sama hari dengan Muktamar PAS 55 yang lalu.. tapi tak taulah.. diterima atau tidak.. sebab anak aku calun pemohon yang kelima.. dah empat pemohon yang dah masuk...ke empat calon tersebut semuanya pelajar dari Timur tengah, bakal Ustaz belaka.. melainkan anak aku pelajar IPTS.....kena senarai menunggu dulu, budak perempuan yang anak aku berkenan ni sama belajar dengan anak perempuan aku... harapan aku Allah akan makbulkan niat anak lelaki aku itu... manakala anak aku yang bongsu bersekolah di Kampung Gajah tu, kalau telefon ke rumah aja, asyik tanya keputusan abangnya itu, dah jadi ke belum, ia yang sibuk dari abangnya...tadi waktu pi ziarah dia pun asyik dok tanya juga... itulah.. harapan aku moga-moga Allah S.W.T makbulkan aku untuk bermenantukan seperti yang ku harapkan...Amin...

PRK DUN Manik Urai N41 - Mufti Menjawab lagi...

Jangan ikut etika syaitan

Salam Sejahtera...
Kalau hangpa baca pada tajuk di atas utusan. seolah-olah apa yang berlaku iaitu sasaran utama UMNO kepada TGNA telah melakukan kesalahan besar... Padanlah sebelum ini Muhyiden suruh TGNA minta ampun pada Allah, rupanya lepas ni ada lagi serangan ke atas beliau..

Ungkapan pertama Mufti...
‘‘Saya bercakap yang hak (benar), dalam Islam mengeratkan silaturahim antara saudara Islam adalah wajib, jadi saya hairan daripada rujukan mana sesetengah pihak itu ambil sehingga sanggup mencela saudara seagama,”

TGNA juga bercakap atas kepentingan peribadi beliau... bukan atas yang hak (benar) juga.. oii mangkok hang tok perasan la.... hak apa.. hak untuk kepentingan melayu dan juga UMNO... sudahlah.. kalau betui ada berani, ada t**** apakata duduk sama-sama TGNA bincang... tetapi sebelum PRK DUN Manik Urai.. buat secara langsung.. jangan tentukan masa macam siri hujah TV9 tu 1/2 jam sahaja.. tak ada apa pun yang boleh bincang...

Kemudian satu lagi cakapnya yang agak keliru...
mereka kata patutlah dapat (dianugerah) Tan Sri, sedangkan saya tak tahu fasal 'Tan Sri'. Sebelum ini saya berada di Mekah, balik sahaja ada surat suruh terima, bukan UMNO yang beri tetapi Yang di-Pertuan Agong.

Betullah tu...dah orang bagi ambik ajalah.. rezeki jangan di tolak..... Tapi semasa dok kat Mekah pun hang bantai DS Nizar kerana nak mogok lapar.. hang kata keputusan mahkamah tak boleh pertikai lagi.. haram kalau buat mogok lapar... oii aku belum lupa lagi... betui-betui mangkok hayun...

Mengenai isu negeri Perak...
Tak kan dulu seorang hakim dan sekarang tiga hakim, tiga yang buat salah. Kemudian buat rayuan kepada Mahkamah Agung, lima hakim yang bersidang membuat keputusan yang sama, jadi tak kan kita tidak mahu terima, tak kanlah hakim-hakim itu berat sebelah.

Memang betui la.. hang memang cakap ikut sedap mulut aja... main hujah akai nak bagi menang seseorang.. bukan berdasarkan fakta dan undang.. kalau dah Majlis Perguam pun pertikai, yang hang kata betui.. oiii phooorah... Siapa Harusani... Lawyer.. Majistrate, hakim...

Oiii tak larat lah aku nak layan hang... hangpa kalau nak baca hujah bangang dari seorang Tan Sri Dato Seri Dr Mufti Harus Sani hang baca DI SINI

Saturday, June 27, 2009

PRK DUN Manik Urai N41 - TGNA perlu minta ampun dengan Tuhan - TPM.

Salam Sejahtera..

Tak habis kena serangan dari dalam PAS sendiri sendiri seperti penulis dan blogger MSO dalam posting yang terbaharunya Muzakarah, Mukabalah dan terbaharu Mujadalah.... Semua tak jadilah.... Nampaknya MSO masih tak puas hati lagi dengan sikap tegas TGNA menolak kerajaan perpaduan.. dalam pada itu MSO masih terus menghentam TGNA.. semuanya tak betul apa yang Tok Guru lakukan.. Apakah MSO manusia keramah sehingga ia sanggup menulis begini..."
Cara Nik Aziz itu jelas sangat ianya bukan ikhlas dan tidak lebih daripada menjelaskan lagi kebenciannya kepada Umno.

Salahkah TGNA membenci UMNO.. sehingga MSO cukup tak berpuas hati kepada TGNA..
memanglah MSO ini penulis untuk Boneka UMNO..... itu yang jelas...

Tak habis kena serangan dari dalam, TGNA diserang pulak oleh Muhyidin Yasin lagi pulak.. ini pun sorang lagi mangkok hayun yang perasan dia yang betui.. Islam dia yang betui... dok ungkit UMNO saja yang buat kerja Islam... Baca Di SINI.

Aku tak nak cakap/tulis banyak bab hukum dalam agama ni sebab aku tak reti... jadi aku harap Muhyiden sila rujuk Kitab Mustika Hadis Jilid Mukaddimah keluaran BAHEIS Jabatan Perdana Menteri.. muka surat 42-43.. Kat situ ada jelas mengenai apa yang diceritakan oleh Muhyiden Yasin...
OK aku siap scan bagi hangpa baca balik dan faham.. tapi bahasa Jawi.. kalau sapa yang tak reti baca jawi jangan marah kat aku.. Ini semua kerja UMNO dulu yang menghapuskan bahasa jawi..





PRK DUN Manik Urai N41 - Ada Berani Ka..

Salam Sejahtera...

Kalau dulu YB Dato Mahfuz Omar pernah mencabar sepupunya yang sekarang Menteri dalam negeri Dato Seri Hisyamudin berdebat, tetapi kali ini TGNA pula mencabar PM 1Malaysia berdebat mengenai masaalah orang melayu... Di SINI. Hangpa rasa PM 1Malaysia berani ka... bagi aku sama aja dengan sepupu dia tu, sama-sama tak ada t****...

Kalau kita lihat dalam perbahasan di Parlimen pun, kalau tak ada speaker yang berat sebelah sudah tentu PM 1M merah telinga dengan hujah pembangkang... inikan pulak nak pi berdebat dengan TGNA... mati idup balik pun tak berani... jangan kata Najib... waktu Mahathir jadi PM dahulu pun segala urusan pentadbiran yang melibatkan pertemuan dengan TGNA, Mahathir tak berani pi bersua menentang mata dengan TGNA ... yang menjalankan tugas tersebut ialah Dato Seri Anwar Ibrahim yang pi bertemu dengan TGNA.. apa yang aku tau secara rasminya Mahathir ada bertemu dengan Nik Aziz ialah sewaktu perasmian sebuah Jambatan di Kelantan, aku tak ingat jambatan apa.. waktu tu Mahatihr pakai topi smart semacam, manakala TGNA macam biasa berserban, keluar gambar mereka dalam akhbar waktu tu....

Bila Mahathir mengutus surat menghalang kerajaan Kelantan menjalankan perlaksanaan Hukum hudud di Kelantan, dalam satu kuliah TGNA menegaskan bila beliau meninggal dunia Mahathir tak layak sembahyang ke atas jenazah beliau, dan begitu jugalah sebaliknya jika Mahathir meninggal TGNA tak layak sembahyang keatas jenazahnya.. faham sendirilah maksudnya itu... mungkin UMNO menghalang perlaksanaan hukum hudud salah satu sebab TGNA cukup fobia dengan UMNO dalam isu kerajaan perpaduan..

Berbalik pada PM 1Malaysia sekarang ni, kalau agak tak berani, hantar aja Timbalan Presiden pi berdebat.. tak boleh Let Jen (B) Jamil Khair pun ada... YB Professor Abdullah Md Zain ada. Senator Dr Masitah pun ada, nak hebat lagi Pengarah Yadim Datu Nakhaei pun ada, dan paling top Tan Sri Dr Harussani aku rasa yang paling layak pi berdebat dengan TGNA.. silakan.. kami dari Parti Islam sedia menunggu jawapan balas dari Presiden UMNO... jangan jadi bacul.. jangan berani depan wartawan saja... silalah sambut pelawaan TGNA... ada berani ka....

PRK N41 Manik Urai - UMNO semakin Keletihan..

Salam Sejahtera...

Bermula dengan isu kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh UMNO bersama boneka UMNO yang tidak kesampaian, yang telah dihalang oleh TGNA, maka bermula pulak isu perpaduan melayu, UMNO yang betul-betul terdesak kerana umur yang ada padanya yang hampir tamat tempohnya telah mencuba menggunkan ulamak upahan pula iaitu Mufti Perak... yang seolah-olah mengecam Parti PAS yang kononnya lebih mementingkan Pakatan Rakyat dari UMNO parti melayu...

Dalam pemikiran Tok Mufti Melayu itu Islam dan Islam di Malaysia adalah Melayu... namun apa pun kenyataan Tok Mufti dapat disanggah oleh TGNA... UMNO diam seketika...

Setelah tak boleh nak balas dari tendangan maut TGNA, UMNO masih lagi nak melawan balik kononnya.. guna pulak isu kiasan TGNA yang menyatakan Chin Peng, Ayah PIn sama aja dengan UMNO... ambik kau.. kena sebiji lagi...maka terpaksalah Gurka UMNO pula yang kena tolong nak membalas balik pukul tersebut.. sayangnya pukulan itu tak menepati sasaran ... eeishh... kesian UMNO...

Apa yang aku perhatikan sejak dari selepas muktamar sehingga sekarang cuma TGNA yang banyak beraksi menetang UMNO dan pencacai-cacainya... Pimpinan lain nampaknya diam belaka.. membantu pun tidak menyuara pun tidak.. namun TGNA tetap maintain menghadapi kerenah UMNO...

Dab yang menjadi masaalah pada UMNO pun kalau kita meneliti balik ucapan pimpinan UMNO baik Presiden UMNo, Timbalan dan sebagainya fokus mereka TGNA.. yang lain kata mereka OK.. Nampak tak... seolah-olah TGNA lah penghalang kepada UMNO.. aduhai....

Dan bila dah tak ada apa point nak ditujukan kepada TGNA maka keluarlah pula kekata sedemikian dari Pengerusi UMNO Kelantan Tok Pa.."‘‘Kita rasa ini satu reaksi seorang pemimpin yang lama sangat memimpin di Kelantan dan mungkin beliau sudah terlalu lama dan letih,”

Apa lagi yang nak dikata... modal dah habis.. semakin hari semakin penat.. imej mesti dipertingkatkan... waktu PRK Penanti dah tarik diri.. sakitnyanya mereka semakin bertambah...
makan keluarlah pulak kata-kata.."

Sambil menggesa Nik Aziz segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Syed Ali berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar itu telah diperalat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu.

Syed Ali meminta kepimpinan PAS menasihati Nik Aziz agar mengawal percakapannya bagi mengelak berlakunya perpecahan umat Islam. - Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Cerita Selanjutnya di agendadaily.

Hanya itulah modal yang tinggal lagi pada UMNO untuk menentang TGNA... ha.. ha...suruh letak jawatan... lu sapa .. Wilayah Persekutuan pun UMNO bungkus... banyak cerita pulak.. dah lah tu nak ajar PAS suruh mengawal TGNA... oii mulut tu ada insurance ka tu!!! kepala hotak hang lah Syed...

Friday, June 26, 2009

Berita Tergempar... Pada malam ini !!!!!!!

Obama Telefon PM Malam Ini.

Oleh Shanti M.

Difahamkan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan membuat satu panggilan telefon penting kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Bukan mudah pemimpin negara yang terkuat di dunia itu mahu menghubungi pemimpin lain.

Biasanya pemimpin lain yang akan cuba berusaha untuk berhubung dengan Presiden AS. Ini terbalik pulak.

Rasanya Malaysia pun tidak buat apa-apa salah yang besar kepada sesiapa setakat ini.

Jadi, timbul persoalan akan apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh Obama apabila beliau menghubungi Njib malam ini?

Apakah Anwar melalui lobi-lobi Yahudinya di AS telah berjaya meminta Obama campurtangan bagi memastikan dirinya tidak dibicarakan.

Pasti Anwar bimbang kerana kali ini, lebih banyak bukti-bukti yang lebih kukuh (sehingga rakyat susah hendak menolak lagi) akan terbit apabila perbicaraaan kesnya bermula.

Anwar sudah amat terdesak kali ini.

Itu hanya satu andaian sahaja. Mungkin Obama menghubungi Najib atas sebab lain.

Namun, sebab lain itu tidak terlalu kukuh jika dibandingkan dengan kemungkinan melibatkan Anwar Ibrahim.

Source : LINK

Komen.. Punyalah heboh.. seolah-olah macam Rasullullah nak dapat wahyu dari malaikat Jibrail.. .. Entah berapa RM juta pula tu habis bayar kepada seseorang untuk lobi nak dapat bercakap dengan ketua syaitan dunia tu.. Aku rasa Obama nak tanya.. kes wanita monggolia ataupun kes rampasan kuasa kat Perak....

KP Kesihatan sanggah Menteri Penerangan

Salam Sejahtera..

Semalam Menteri Penerangan Dato Rais Yatim mahu media malaysia menggunakan istilah H1Ni digantikan dengan istilah selsema babi..DI SINI.

Tetapi sebentar tadi dalam Berita keluar pula Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Ismail Marican menyanggah saranan tersebut. Katanya istilah H1NI adalah arahan WHO.. ini bererti penyakit ni global... lagi satu kalau istilah selsema babi berkemungkinan orang Islam rasa mereka mungkin tak kena sebab tak makan babi.. salah persepsi tu...

Komen.. Sokongan ditarik balik.. he he.. ambik kau Dato Rais. baru ada akai.. yang masaalah PPSMI kau diam saja.. langsung tak nak bagi sokongan moral kepada GAPENA... tup-tup bab babi yang kau suka nak bercakap....

DUN Manik Urai - Gurka UMNO pertikai TGNA...

Salam Sejahtera...

Selepas saja Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh UMNO dan Boneka UMNO dalam PAS tak kesampaian, nampaknya semakin ramai pencacai UMNO dan pimpinan mereka dah macam gila talak, masing-masing tak ketahuan, terutama sekali UMNO Kelantan, yang cukup mengharap belas ihsan kerajaan negeri Kelantan, dah dekat 20 tahun weihh, mana tahan dah..

Harapan mereka masih tinggi menggunung, manakan tidak PRU13 tinggal berapa tahun saja lagi... apakah UMNO dapat bertahan dengan tsunami politik rakyat Malaysia... maka mau tidak mau rayuan hari-hari mau jalan, orang nak kata muka tak malu ka, apa ka.. tak kisah.. mana tau lama-lama kut-kut ada yang kesian, terjadilah.. sebab boneka UMNO tetap ada lagi dalam PAS.. itu tak dapat dinafikan, itu pasal yang terus merayu..ungkit pun ungkit.. yang penting suara mereka dapat didengari rakyat kononnya UMNO memang nak kan perpaduan. Di SINI .

Tetapi yang paling kelakar pulak tu ada lagi satu cerita tajuk diatas.. Gurka UMNO pun tak puas hati juga.. Di SINI. Pasalnya TGNA kata UMNO sama denga ajaran Sesat Ayah Pin dan komunis.. tu yang sedih bangat tu... betul la.. Ayap Pin tu pun ahli UMNO, sampai la pun pihak berkuasa tak tangkap pun..., UMNo sama dengan komunis.. Datuk Abdulah Ahmad veteran UMNO Kelantan, biasa kena ISA atas tuduhan Komunis, bekas S/U Politik Mahathir apa nama lupadah aku.. yang aku ingat nama pak dia Ghouse kalau tak silap, kena tahan ISA juga pasai terlibat komunis.. ahli-ahli komunis melayu, Syamsiah Fakeh, Ahmad CD dan ramai lagi, depa tu kebanyakannya pejuan nasionalis Melayu juga, sedikit sebanyak ada persamaan dengan UMNO... jadi betul la kenyataan TGNA tu...

Kemudian Si Gurka ungkit lagi TGNA bertanding pilihanraya tahun 1967 dan 1974 atas tiket BN.. pulak dah.. aku nak kata bangang tak patut, tapi betullah standard Gurka memang bangang pun.. PAS bergabung dok dalam BN... Bukan Nik Aziz tu bertanding sebagai dari ahli UMNO.. jauh bezanya.. lagi pun masa tu TGNA bukan pimpinan atasan, bukan Mursyidul AM, bukan Presiden, bukan pesuruhjaya waktu tu, kut mana pun beliau kena wala dengan pimpinan waktu itu... sekarang beliau dah Murshidul, tanggungjawab beliau kena mempertahankan PAS jangan jadi seperti dulu lagi, beliau dah merasainya bekerjasama dengan UMNO, memang UMNO ni melantung hangit...,

Kesian, Kelakar dan Padan Muka...

Salam Sejahtera...

Gambar sebelah ni ada sapa yang kenai...
Aku pun tak berapa kenai.. tambah pula si lelaki lagi la... aku tak kenai...

Yang hak perempuan pun kalau tak baca cerita sebenar aku juga tak kenai pun, cuma dok ingat suara dia ni dulu artis top juga, waktu anak-anak aku sekolah tadika dulu cukup suka lagu dia...

Gambar ni pun gambar tahun 2000, ikut kata dari akhbar Mstar... bab cerita macam ni boleh percaya.. lagi pun kalau nak tunggu dalam harakah memang tak ada siar punya.... cerita lanjut DISINI. Kalau sekarang dah hampir 10 tahun macam mana rupa artis ni ya..

Bila aku baca kisahnya, kesian ada, kelakar pun ada, dan last sekali padan muka.... itulah kehidupan artis, yang wanita hidup nak glamour..... yang artis lelaki asyik nak tambah bini, cerai bini, ada artis title ustaz pun celaru juga...... semua cerita kat mahkamah.... dan yang paling tak sedap nak baca bila Ketua Dewan Ulama PAS Perlis pun terlibat sama di mahkamah.. suka duka, asam garam kehidupan manusia tak kira sesiapa...

Rayuan Yang Penuh Mengharapkan!!!!!!!!

UMNO masih buka pintu

KUALA LUMPUR 25 Jun – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk berunding mengenai kerajaan perpaduan meskipun ia telah ditolak oleh pakatan pembangkang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, sebagai parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan negara, UMNO sentiasa mengamalkan dasar buka pintu terhadap apa jua cadangan yang mampu membawa kebaikan.

Justeru katanya, selari dengan pandangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap tidak semua pemimpin Pas menolak kerajaan perpaduan seperti yang dicanangkan, UMNO tidak pernah menganggap cadangan itu sudah terkubur.

“Kita sudah semakin hampir kepada satu hasrat mulia yang mampu membawa kebaikan kepada semua, bukan sahaja orang Melayu, malah kepada seluruh warganegara.

“Meskipun cadangan itu tampak malap, namun kita percaya, setiap hasrat mulia pasti akan berjaya akhirnya dan ia diperkuatkan lagi dengan tidak semua pemimpin Pas kelihatan menolak cadangan kerajaan perpaduan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Source [utusan.]

Komen : Dua tiga hari lepas aku terbaca PM 1Malaysia berkata BN masih ada kekuatan, masih boleh mentadbir negara... alih-alih ajak lagi ... oiii muka tak malu ka... orang dah tak mau... pi main jauh...jauh... syoh..syoh...syoh....

Thursday, June 25, 2009

H1N1 - Tukar Istilah Kepada Selsema Babi..

Salam sejahtera...

Sekejap tadi berita NTV7 jam 7 ptg tajuk utama Menteri Penerangan Dato Sri Utama Rais Yatim mengarahkan semua media utama negara menggunakan istillah selsema babi dari sebutan H1N1, ia berkata sebutan H1N1 masyarakat menjadi keliru, yang sebaiknya gunakanlah istilah selsema babi, tak perlu guna istilah selsema khinzir, kerana nama babi memudahkan...

Komen.. Mengenai perkara ini aku sokong seratus peratus..Salah satu penggunaan bahasa melayu rasmi..

Satu lagi PRK Parlimen selepas Manik Urai..

Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Yang Dipertua PAS kawasan Bandar Tun Razak, Mohd Shukor Abdul Azz berkata beliau dan barisan kepemimpinan PAS kawasan tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi Anggota Parlimen Bandar Tun Razak.

Mohd Shukor yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat daripada mana-mana seumber untuk mengesahkan spekulasi kononnya akan berlaku kekosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Isu kekosongan kerusi Parlimen ini timbul kembali di kalangan pemerhati politik berikutan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Isu kekosongan kerusi ini dijangka berlaku selepas selesai pilihan raya kecil Dun Manik Urai di Kelantan.

Zaid dikatakan akan bertanding di situ untuk membolehkan beliau memasuki Dewan Rakyat balik dan seterusnya membantu Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Mohd Shukor mengakui isu kekososngan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pernah timbul beberapa bulan sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke-12 lalu. “Ketika itu Khalid baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor”.

“Kami pernah mendengar isu tersebut ketika Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi selepas setahun berlalu kami tidak pernah mendengar isu ini dibangkitkan kembali,” katanya lagi.

Secara peribadi dia melahirkan kurang setuju jika pilihan raya kecil Parlimen diadakan di kawasan tersebut memandangkan kecenderungan pengundi Melayu masih kurang berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Walaupun Pakatan Rakyat mendapat sokongan padu dari kalangan pengundi bukan Melayu namun sokongan pengundi Melayu amat diperlukan bagi membantu kemenangan calon dalam pilihan raya kecil ini,” katanya.

Walaupun dia akur dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat lebih mendapat sambutan berbanding dengan Umno mahupun Barisan Nasional namun segala-galanya bergantung kepada isu semasa.

Shukor menyifatkan situasi politik di Parlimen ini adalah 50-50 memandangkan majoriti undi yang diperolehi dalam pilihan raya umum ke-12 lalu adalah 2,515. “Jika dalam kawasan Parlimen jumlah majoriti undi demikian disifatkan sebagai `kurang selamat’ berbanding dengan kawasan DUN,” katanya lagi.

Beliau juga berpendapat segala-galanya bergantung kepada Khalid sendiri selaku Ahli Parlimen dan Menteri Besar samada mahu mengosongkan kerusi atau sebaliknya

“Jika dia yakin dan tetap berkemampuan memegang kedua-dua kerusi ini, kenapa perlu dia melepaskan jawatan,” katanya.

Bagaimanapun sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Shukor menjelaskan parti dan kepemimpinan PAS kawasan tetap bersiap sedia untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan strategi jika kemungkinan ini berlaku.


Komen : Kalaulah benar berlaku... apakah PRK DUN Penanti berulang... sebab ini permainan politik PKR...?? PM 1Malaysia.

Ketua Menteri DAP =VS= MB UMNO

Salam Sejahtera...

Aku terbaca satu berita yang disiarkan di Malaysiakini mengenai ketua hakim syarie yang berani membongkar penyelewengan telah menerima anugerah dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Cerita lanjutnya DI SINI. Selalunya perkara sedemikian jarang berlaku, entahlah kenapa, tetapi kes ini mungkin disebabkan ketelusan kerajaan negeri yang memerintah maka kakitangan kerajaannya pun beranilah melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan..

Bagaimanana pulak dengan kerajaan negeri aku, pada 2007 dahulu seorang hakim syarie telah didakwa rasuah, DI SINI aku tak pasti apa kesudahan kesnya, ada yang mengatakan hakim tersebut teraniya, wallahhuaklam, apa pun kesimpulannya itulah yang berlaku kalau UMNO yang memerintah.. tak ada satu pun yang berkualiti melainkan UMNO dihapuskan untuk memerintah negara...

Tan Sri Dato Sri Dr Mufti Kecewa......

Salam Sejahtera....

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,”


Kalau hangpa rasa nak baca seterusnya hangpa kliklah DI SINI.
Aku tak kelapaq nak copy paste banyak-banyak kata-kata keramat pejuang nasionalis melayu ni... phoorah..

Cuma aku nak tanya mengapa bila dah 20 tahun berkhidmat ni baru rasa kecewa dengan kaum Melayu... kenapa bila bekas Mufti Selangor Allahyarham Dato Ishak Baharom dipecat dari jawatan Mufti masing-masing diam tak tekata apa-apa.. melainkan Mufti Sarawak yang bising dalam perjumpaan Mufti-mufti dengan Mahathir.... waktu tu yang dok bising haram main mercun,.;ASB/ASN Harusss..

Sewaktu kekecohan Sidang DUN Perak yang lalu TOk Mufti aku tengok techokoh dengan bininya dalam dewan, sewaktu pergelutan berlaku...kenapa diam sampai sekarang, patutnya kena terang kepada pihak awam siapa sebenarnya yang bersalah.. sama ada BN atau Pakatan Rakyat.. tak sepatut tak nak masuk campor hal politik, tetapi ini dari segi keadilan.. tak kira UMNO ka PAS ka... ini bila bab tu diam sampai mamposs..

Yang asyik dok bising bab melayu... apalah ada persaudaran dalam melayu kalau melayu itu sendiri yang tentang hukum Islam...

Tak kan dah lupa...atau pun dah nyanyuk kut .. beberapa banyak fatwa yang dikeluarkan oleh kamu ..UMNO langgar semacam aja.. kenapa tak bising, asyik merungut dalam kuliah kat masjid aja... aku ingat lagi semua tu...

Apa pun aku bersangka baiklah terhadap mufti ni.. mengaku dan berterus terang sajalah... sebenarnya kamu Harussani bin Zakaria selaku Mufti Perak tidak mampu nak melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada kamu, maka kamu memerlukan parti melayu PAS untuk membantu kamu menjalankan tugas-tugas Islam ... tak gitu...

Wednesday, June 24, 2009

Najib syor penubuhan entiti Baitulmal kebangsaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesyorkan supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam di negara ini.

"Untuk makluman, begitu ramai pihak yang menyuarakan pandangan mereka kepada saya bahawa sebuah entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan perlu diwujudkan.

"Seperti yang dimaklumi, sememangnya kita telah mempunyai perbendaharaan Negara di peringkat persekutuan, jadi barangkali ada asasnya pula kepada keperluan sebuah entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi penyelarasan harta-harta milik umat Islam," katanya ketika merasmikan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009 di Masjid Wilayah Persekututan di sini hari ini.

Najib mencadangkan supaya perkara itu diteliti dan diperhalusi pada konvensyen dua hari itu.

Bagaimanapun, katanya, entiti Baitulmal itu tidak boleh diwujudkan secara tergesa-gesa.

Beliau juga mahu kajian teliti dilakukan selain menghalusi isu perlembagaan serta undang-undang yang berkaitan kerana ia termasuk di bawah urusan negeri. - Bernama

Komen: Entiti tu apa makna, perkataan baru ni buat aku sendiri pening.. semak balik dalam kamus dewan.. entiti (éntiti) sesuatu yg mempunyai kewujudannya yg tersendiri: seterusnya sbg data kajian, sastera harus diamati sbg ~ yg bebas drpd konteks sejarah. Lantak pi lah berkenaan maksud tu.. cuma yang timbul keraguan dah tak ada mata punca kewangan lagi lagi ka.. sampai Baitulmal pulak dah...tak kan komisyen eurocopter, scorpeone dah habis kut.. baitulmal pulak...

Umno paling kecewa Pakatan menolak kerajaan perpaduan


Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, Jun 24— Pihak yang paling kecewa dengan keputusan PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat menolak kerajaan perpaduan adalah Umno.

Mereka kecewa dan marah berikutan tindakan PAS yang akur dengan keputusan gabungan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan terutamanya dalam isu yang berkaitan dengan kuasa politik orang Melayu dan Agama Islam.

Ahli Jawatan Kuasa Penerangan Umno Malaysia, Datuk Othman Desa mempersoal sikap PAS yang mengutamakan kepentingan politik daripada perjuangan agama yang dilaung-laungkan selama ini.

“Mana hala tuju PAS yang mahu mendaulatkan agama dan memperjuangkan perpaduan ummah jika parti ini akur dengan parti bukan Islam demi kepentingan politik,” katanya ketika mengulas keputusan gabungan Pakatan Rakyat yang menolak idea kerajaan perpaduan yang pernah dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataannya kepada media, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun isu itu pernah ditimbulkan dalam muktamar PAS tahun lalu dan disebut kembali dalam muktamar tahun ini, pakatan pembangkang mendakwa idea penubuhan kerajaan tersebut sebagai fitnah, tohmahan jahat dan tindakan terdesak Umno.

“Majlis pimpinan pakatan pembangkang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno/BN yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang yang semakin mendapat dukungan rakyat,” katanya.

Othman yang juga bekas Setiausaha Politik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi mempersoal sikap golongan ulama PAS yang menaungi parti itu bertindak menolak perpaduan demi kepentingan politik.

“Belum berlaku sebarang pertemuan atau perbincangan, mereka sudah menolak idea perpaduan ini. Apakah sikap demikian ini menggambarkan ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri?” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kepemimpinan PAS terutamanya golongan ulama supaya menyoal diri sendiri apakah hukumnya menolak perpaduan demi kepentingan Agama dan bangsa Melayu.

“Di manakah maruah dan harga diri PAS?” Kami benar-benar kecewa kerana kepemimpinan PAS masih melihat kepentingan diri dan politik sebagai keutamaan sedangkan mereka mempunyai pakar yang arif termasuk di bidang agama itu sendiri,” tambahnya.

Beliau juga menyifatkan ini adalah masa dan detik yang terbaik untuk Umno/PAS berbincang mengenai masa depan agama dan bangsa Melayu yang dianggap sebagai ‘kritikal’ dan tegang.

Ahli Jawatan kuasa Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) cawangan Klang, Puan Zubaidah Abu pula mengharapkan agar para pemimpin politik yang dominan Islam dan Melayu supaya meneruskan agenda perbincangan dan muzakarah walaupun terdapat pelbagai halangan.

“Demi kepentingan agama dan bangsa, para pemimpin Islam dan Melayu perlu meneruskan tindakan mengadakan perbincangan dan muzakarah walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan,” katanya.

“Tidak rugi akan meneruskan agenda perjuangan ini demi kepentingan nasib Agama dan anak-anak bangsa kita pada masa hadapan,” katanya lagi.

Bekas Ahli Majlis Daerah Grik, Perak, Zulkarnain Abu pula menganggap kegagalan mengadakan muzakarah Umno/PAS begitu merugikan terutamanya di kalangan orang Melayu dan Islam sendiri.

“Pihak yang berkuasa perlu meneruskan perbincangan walaupun mungkin ada kumpulan tertentu yang tidak menyukainya,”katanya.

Source : themalaysianinsider.

Komen: Bila sokongan Orang Melayu dah makin berkurang, kaum Cina dan India pun bertukar juga, baru teringat nak perpaduan... kenapa sebelum ini tiada dalam agenda...