Pages

Sunday, June 28, 2009

Aktiviti Hari Ahad..

Salam Sejahtera...

Pagi tadi aku awal-awal pi pasar tani sekejap, biasalah beli barang nak mengunyah, tempeyek, kerepek keladi dan tumpi untuk buat stok seminggu nak mengunyah... nak balik sebelum sampai rumah pula beli nasi kerabu pulak, perh lama tak kena.. tapi tak la sesedap kat Medan tapak MPKB Kota Bharu tu...

Jam 9.30 aku pi tengok anak aku kat kampong Gajah, tinggal dia sorang lagi yang belajar di sekolah akan ambik SPM tahun ni, nampaknya tinggal 5 bulan saja lagi nak kena berulang pi tengok dia, 2 minggu sekali aku kena pergi, tak pi tak boleh juga, anak oii, kalau bini lain.. tak apa.. boleh cari lagi.. 3 lagi kosong... pukul 11.30 baru aku balik semula...

Sampai rumah jam 12 40 tgh.. Jiran belakang rumah taman aku buat kenduri kahwin anak dia.. yang pertama.. 2 minggu sudah laki bini mai hantar kag jemputan, waktu tu aku ada depan rumah terus dia serah..Bininya tu satu sekolah dengan bini aku kat JB dulu.. tapi bininya sekarang seorang pengusaha kecantikan yang paling berjaya di Manjung, aku ingat di Perak dan Di Malaysia juga ia adalah yang paling berjaya, sebab berjaya tubuh kolej kecantikan sekali, ramai pelajar-pelajar anak Melayu dari seluruh Malaysia mai belajar di sini.

Waktu aku sampai rumahnya orang tengah ramai, penganti lelaki belum sampai.. anaknya habis PMR terus sambung belajar di Sekolah AlAzhar di Mesir..., menantu lelakinya pun pelajar dari Universiti AlAzhar..., Makanan disediakan oleh catering terkenal dari Teluk Intan Gulam Rasul 786... tak rugi rugi aku pi awai, makan nasi beriani special..., bila tengah dok makan, adik ipar tuan rumah, sebelum ni duduk selang 4 buah rumah dengan rumah aku, mai pelawa kat aku tanya nak kambing.. apa lagi.. memang tak tolak la.. pergh.. khorma kambing...

Siap aku makan, penganti lelaki pun sampai.. kompang sebelah taman aku pun berdentum kelepak kelepung... pengantin sampai dah tak rupa pelajar dari AlAzhar dah, siap berbaju melayu, bertengkolok, berkeris,, naya aku tak bawa kamera...pengantin perempuan pun keluar mai terus makan kat meja pengantin, mengadap depan aku...kamera man/woman punyalah ramai pakat ambik gambar... dah pengantin kena tangguh makan, nuuu nak posing depan kamera..., aku tak tau samada bersanding ada atau tidak, tapi makan bersama tu pun dah jadi buah mulut.. tu pasal islam larang bersanding.. dalam tak sampai seminit.. sebelum tu terdetik dalam hati aku.. " lawa lagi emaknya dari pengantin.. hangpa tengok.. syaitan dah main peranan.. selepas tu keluar dari mulut bini aku.. sama seperti apa yang terdetik dalam kepala aku... dah secara tak pasai dapat dosa peri.. senang aja..

Bukan apa.. aku pun risau juga,, aku ada anak sulong perempuan juga, paling kurang kalau ada umur panjang 3 tahun lagi dia habis belajar.. tak tau lah pulak kalau tak ada jodoh ... tetapi anak lelaki aku yang nombor 2 pulak dah dok berangan, aku dah pun pi merisiknya di Shah Alam, Seksyen 7 pada 05 Jun lalu, sama hari dengan Muktamar PAS 55 yang lalu.. tapi tak taulah.. diterima atau tidak.. sebab anak aku calun pemohon yang kelima.. dah empat pemohon yang dah masuk...ke empat calon tersebut semuanya pelajar dari Timur tengah, bakal Ustaz belaka.. melainkan anak aku pelajar IPTS.....kena senarai menunggu dulu, budak perempuan yang anak aku berkenan ni sama belajar dengan anak perempuan aku... harapan aku Allah akan makbulkan niat anak lelaki aku itu... manakala anak aku yang bongsu bersekolah di Kampung Gajah tu, kalau telefon ke rumah aja, asyik tanya keputusan abangnya itu, dah jadi ke belum, ia yang sibuk dari abangnya...tadi waktu pi ziarah dia pun asyik dok tanya juga... itulah.. harapan aku moga-moga Allah S.W.T makbulkan aku untuk bermenantukan seperti yang ku harapkan...Amin...

7 comments:

  1. Masa merisik tu...depa pakai kitab Tajul Muluk tak? Kalau depa pakai kitab 786 tu...naya la hang.

    ReplyDelete
  2. MM, anak lelaki tu dah bekerja ke? Kalau dah bekerja dan gaji ribu-ribu baru boleh nak celen bakal-bakal ustaz tu. Ustaz sekarang ni hidup mewah, boleh bagi ceramah, bagi kelas tambahan, kelas ugama, kiri kanan masuk. Masuk PAS boleh jadi pemimpin pulak tu.

    ReplyDelete
  3. Bhai..

    Gua doakan apa yang lu mau tue dapat la... hehehe.. Moga Allah S.W.T akan perkenankan...

    Gua ader 3 orang anak pompuan la nie.. kecik lagie.. sekolah rendah... tapi mau tak mau sekali sekala kena gak gua pikir pasai depa nih... anak perempuan biasa dapat jodoh awal.... penin.. penin.. hehehe

    Gua (C++)

    ReplyDelete
  4. MSK...
    Baguih bapa budak ni , janggut panjang dan lebat lagi daripada aku.. orang tabligh.. ia minta aku banyak berdoa...kalau ada rezeki tu adalah katanya..

    ABGJOE...
    Anak aku tu baru 1st year.. singat nak pi booking dulu.. rupanya calon menunggu..

    SYSOP...
    Terima kasih tolong doakan.. moga-moga ada keberkatannya... untuk anak-anak tak kira lelaki ka perempuan, semua tu tanggungjawab kita...

    ReplyDelete
  5. Salam ManjungMari,
    Ambooiiii, ayah pun teringin macam anak no. 2. Pasai tu sebut ada 3 kekosongan.
    Seghonok jugak sembang oghang-oghang macam kita ni no?

    ReplyDelete
  6. Wow abg Manjung Mari,

    Pre-Emptive strike nampak?
    Huhu.

    ReplyDelete
  7. salam MM. moga hajat tuan dikabulkan Allah. usaha sudah, berdoa sedang, maka bertawakkal-lah pada-Nya. Segala qadha' Tuhan itu tetap mengandung rahmat yang tersembunyi. redha Allah lebih besar dari redha seorang bakal besan. allahu a'lam.

    ReplyDelete