Pages

Friday, June 12, 2009

Khas Buat Pendokong UG

BUKAN untuk menuju kepada sesiapa, tetapi bukan pula untuk menuju kepada haiwan-haiwan atau mana-mana makhluk asing. Pertelingkahan yang semakin hebat berlaku di dalam Pas kini adalah hasil daripada tangan-tangan dan mulut-mulut manusia bukan binatang mahupun makhluk halus yang lain. Apabila manusia sudah merasa dirinya hebat dan kumpulannya kuat, maka mulalah merasa orang lain itu kerdil. Orang-orang seperti ini tidak nampak kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan, tetapi dengan begitu cepat mencari kesalahan orang lain.

Krisis yang berlaku di dalam Pas sekarang adalah kerana adanya `orang-orang' ini yang masih dipelihara di dalam `sangkar' emas oleh Pas. Saya tidak percaya golongan seperti ini adalah Ulamak kerana seorang Ulamak sudah tentu tidak akan melakukan kerja yang tidak beretika dan beradab kepada ahli jemaah dan partinya sendiri. Tuan Guru Presiden
Pas menjadi mangsa `mainan' orang-orang seperti ini. Saya menghormati Tuan Guru Presiden dan sehingga kini seikhlas hati saya masih menganggap Tuan Guru Presiden Pas adalah seorang Ulamak. Sebagaimana yang sering saya sebutkan dalam tulisan-tulisan saya bahawa Ulamak adalah mereka yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama, mempunyai akhlak keperibadian yang luhur, mempraktikkan segala ilmu yang ada padanya di samping menyampaikan ilmu-ilmu yang bermunafaat kepada orang lain. Kesemua ciri-ciri ini ada pada Tuan Guru Presiden. Cuma, yang tiada pada pandangan saya ialah strategi politik yang berkesan. Oleh yang demikian, juak-juak yang ingin mengambil kesempatan telah pun mengambil kesempatan demi kepentingan mereka bukan kepentingan jemaah dan parti.

Pas sebenarnya tidak akan mampu dan terdaya untuk memikul masalah dan bebanan seperti yang sedang dihadapi sekarang bagi tempuh yang panjang. Tuan Guru Presiden seolah-olah dibiarkan bersendirian untuk menyelesaikan kemelut yang teruk melanda Pas sekarang. Hampir kesemuanya, apabila ditanya tentang isu kontroversi tersebut akan menjawab segala-galanya akan dijelaskan oleh Presiden. Mudah benar mereka melepaskan kesemuanya kepada Presiden sedangkan mereka tahu siapa punya angkara yang menyebabkan isu ini timbul. Cuba toleh semula ke belakang iaitu selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, siapakah di antara pimpinan Pas yang memulakan `rentak ' ini? Mula-mula mereka menafikan, kemudian mengaku dan menuding ke merata-rata arah untuk `menghalalkan' apa yang telah mereka lakukan di Selangor. Maka, mencari-carilah mereka mana-mana ayat di dalam Al-Quran yang menyeru kepada `perdamaian' untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan itu `halal' hukumnya.

Apabila situasi kini semakin dilihat tidak terkawal, pimpinan hendaklah berbuat sesuatu dengan segera. Utamakan jemaah dan parti, utamakan juga rakan taulan dalam perjuangan dan jangan bersikap pilih kasih atau melindungi kesalahan mana-mana tokoh atau Ulamak jika ada. Kepada yang masih mempunyai tanggungjawab dan kesedaran diri, tepuklah dada, tanyalah iman. Jika hati kecil berkata, " akulah puncanya terhadap apa yang berlaku," maka berundurlah dengan segera. Jangan ambil kesempatan lagi dengan bergayut di jubah Tuan Guru Presiden disaat parti sedang mengalami kesukaran sekarang. Silalah letak jawatan, kerana rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi.
/wfauzdin.blogspot.com

4 comments:

  1. salam.

    hasan ali...dulu saya amat menghormati anda,tp kini telah terbukti anda adalah musang berbulu ayam...buat ustz solehen mohyi,anda dalam perhatian...

    ReplyDelete
  2. Pemimpin Pas tidak diberi cek kosong semasa PRU12 apabila banyak undi diberi pada Pas dan Pas menang banyak kerusi DUN dan Parlimen. Tapi ada beberapa orang kaduk naik junjung yang perasan dan ingin mengambil jalan pintas untuk kemuncak kuasa. Nampak sangat kurang iman dan kianat serta tidak amanah. Pemimpin kianat pada ahli, penyokong dan pengundi.

    Undi yang Pas terima dan kerusi yang Pas pegang bukan untuk dijual pada musuh, iaitu Umno. Adakah pemimpin Pas setaraf dengan Adun Jelapang, Behrang dan Changkat Jering?

    Sebaik2nya pemimpin yang terlibat letak jawatan. Pas mesti mewujudkan satu badan untuk menyiasat perkara ini dan dibentangkan dalam satu Muktamar Khas.

    ReplyDelete
  3. sila ke
    http://akarumbipas.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. hahaha
    hangpa yang dok melalak suruh depa letak jawatan..
    hangpa nie sapa???
    perwakilan ka???
    satu lg, mustapa dan nasha dah dilantik oleh secara syura, kenapa depa perlu letak jawatan??
    sekadar dok bising2 dalam tenet nie sapa2 pun bleh r...

    ReplyDelete