Pages

Tuesday, June 2, 2009

Catatan Petang semalam 01/06/09 - DUN Pasir Panjang.

Salam Sejahtera....

Petang semalam, balik saja dari Pasar malam, sempat tengok sikit cerita Aqso& Madian TV9 habis jam 6.30 telefon aku berbunyi... rupanya MSK call, tanya malam tadi punya program, aku pi ke tidak... aku jawab aku pi, tapi aku tak posa.. aku ingat nak pi lewat sikit, disebabkan MSK, Dugong Darat dan Sya dan sampai, aku terpaksa kelam kabut mandi, pakai baju start motor pi ke tapak perhimpunan majlis berbuka puasa DUN Pasir Panjang.

Aku sampai, orang-orang dah ramai.... tak lama lepas tu nampak Nissan Sentra MSK dah sampai, Dugong yang drive MSK dok belakang jadi bos... BOS PerakExpress.
Dalam pukul 7 lebih MB Perak DS IR Nizar pun sampai bersama-sama pengiring dan VAN untuk kegunaan Pejabat Khidmat DUN.

Sempat berbual mesra dengan Ketua PAS Cawangan Sungai Wangi, Haji Hasbullah.. dulu dia ni bekas Jurulatih aku dalam Tentera, boleh tahan... tahun 83.....

Masing-masing mengambil tempat untuk berbuka puasa.....

Diadakan tahlil dan doa selamat.....

Masing-masing menunggu dengan penuh sabar waktu nak berbuka...

Bakal-bakal pewaris yang nak meneruskan perjuangan Islam.....

DS IR Nizar selesai mengimamkan sembahyang magrib dan membaca doa......

Ceramah ucapan alu-aluan oleh YDP PAS Kawasan Lumut....

Ceramah dari wakil DAP, pun turut serta.... menceritakan kejadian kes tangkapan polis sewaktu majlis makan malam di Sekolah Nan Hwa Stiawan kerana menyangkan video rampasan kuasa Sidang DUN 7 Mei 09.

Penceramah Utama oleh DS IR Nizar sendiri, banyak menyentuh isu-isu semasa yang bersangku paut dengan UMNO, menceritakan semula kejadian sidang DUN pada 07 Mei 09, rentetan perbicaraan kes mahkamah dan yang akhir beliau menasihati pasukan keselamatan terutama polis supaya menjalankan tugas ikut arahan berdasarkan undang-undang, bukan ikut arahan UMNO, nanti jika PR yang memegang tampok pemerintahan mereka ini akan di hina oleh rakyat. 

Apa pun pada pengamatan aku, DS IR Haji Nizar masih menaruh kepercayaan dan kesetian ke bawah duli paduka Sultan,, itu yang sering aku nampak, beliau masih menaruh pengharapan yang kuat kepada keadilan pihak istana... tapi bagi aku ...ohhh tidak...

Masing-masing tetap setia menunggu sampai habis....

Di sebelah luar sana pun tetap setia mendengar ucapan DS IR Nizar.



Inilah salah sorang insan penting buat DS IR Nizar, malam tadi aku bercadang nak kena khorma kambing, dah ambik pinggan dan nak isi nasi... tup-tup si dia ni tak mau, ajak MSK, Dugong dan Sha pi makan kat lain, aku terpaksa ikut juga, nak tunjuk tempat kedai makan....
Tapi tak apa .... dia belanja semua......







Dah 27 tahun aku menetap di daerah Manjung.... inilah baru kali pertama pihak wakil rakyat yang sedia dengan ikhlas memberi sebuah kenderaan untuk kegunaan penduduk DUN Pasir Panjang. Nasib baik PAS yang menang, dapatlah pengundi-pengundi di sini merasai sedikit dari hasil kemenangan tersebut. Kalau nak harap wakil rakyat BN... tunggu dulu.......tunggu dalam proses.........

Apa pun aku bagi penduduk Pasir Panjang mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Dato Seri Ir Haji Nizar kerana sudi menyediakan sebuah kenderaan buat DUN Pasir Panjang... Moga-moga pemberian Dati Seri ini akan diberkati Allah...

3 comments:

  1. aduhai, camne teman leh terlupa ni. semlm sehari suntuk ada di manjung, ada pepe nt MM kasitau la teman sekali. Heh.

    ReplyDelete
  2. lagi satu, kalau perlukan escort kenderaan a.k.a marshal teman pun boleh sukarela.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete