Pages

Thursday, June 18, 2009

Krisis PAS - TGNA lah Bapa Perpaduan...

Salam Sejahtera..

Sejak dari tengahari semalam selepas kenyataan TGNA maka timbullah berbagai kenyataan dan persoalan, keluar bermacam cadangan dan pandangan... masing-masing masa inilah nak tunjuk juara.. ada juga di kalangan pimpinan PAS yang cuba nak memperbetulkan kenyataan TGNA konon.. yang beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak...boleh percayakah kenyataan itu..tobat lahum aku tak percaya... mengikut kata Ustaz Haji Ramlee Wahab bekas Naib Kadi Gopeng, orang yang tak belah mana-mana inilah yang tak boleh pakai... sebab tak berpendirian...tak waras.. tak boleh nak berfikir yang mana satu betul, yang mana satu salah...

Kemudian malam tadi aku sempat baca di Mstar ONline kenyataan beberapa professor kangkung yang menyatakan tindakan TGNA keterlaluan.. sayang nya pada pagi ini kenyataan itu dah tak ada lagi.... kemudian musuh dalam selimut utama PAS yang mendapat perlindungan dari beberapa pimpinan PAS sendiri MSO telah menulis dalam blognya Kalau Orang Sudah Benci Tunggu Apa Lagi.. MSO seolah-olah cuba nak mempertahankan kesalahan Nasha dan menghentam TGNA.. itulah tugas dia.. nak mengjahanamkan PAS...Hangpa baca sendiri dan fikirlah apa yang dia tulis..

Kemudian yang kelakarnya pulak dah ada tawaran-tawaran menarik untuk Timbalan Presiden.. he he DI SINI. Aikk tak kan offer sorang aja kut.. ada lagi 2-3 orang tu tak kan tak nak offer sekali.. kalau nak ambik pun pakai package, senang nak buat kerja...

OKlah berbalik kepada tajuk asal aku.. Pasai apa aku kata TGNA Bapa Perpaduan...aku ambik contoh dari luaran parti dulu.. selepas PRU tahun 90 PAS dapat memerintah Kelantan.. kita kena ingat waktu tu PAS dah pernah kongsi kuasa dengan S46.. Teruk dibuatnya.. mana nak lawan UMNO waktu tu.. mana lagi nak jaga S46, sehingga melibatkan Sultan Kelantan.. tentu kita masih ingat bagaimana permainan mereka dalam S46 meninggalkan TGNA dan Rozali Isohak sebagai Timbalan MB Kelantan yang mengiringi Sultan ke Mesyuarat Majlis raja-raja.. yang bagusnya kedua-dua tak boleh masuk.. sebabnya MB yang kena iringi Sultan.. bukan Timbalan MB... padan muka.. apa pun dengan berkat kesabaran TGNA yang mana musuh, yang mana kawan akhirnya diketahui juga..

Kemudian selepas itu TGNA telah mula menubuhkan kerajaan Kelantan dengan mengambil peranan pelbagai kaum masyarakat Kelantan dengan melantik mereka sebagai Ketua Masyarakat tersebut, selepas itu dilantiknya pula Anuar Tan Abdullah sebagai ADUN dan juga EXCO Kerajaan Kelantan.. dan kita pernah dengar selama ini TGNA berkata ia memang nakkan pemimpin PAS dari kaum Cina Islam jadi MB.. Perpaduan lah tu..

Bila berlangsungnya muktamar PAS yang lepas isu yang yang dimainkan oleh UMNO serta boneka UMNO dalam PAS ialah Ulama..maka habislah segala media UMNO dan PAS bertempik gegak gempita kami ahli PAS nak kan Ulama. Nampaknya permainan UMNO dan boneka UMNO dalam PAS telah berjaya menarik perwakilan dalam muktamar PAS. Hangpa perasaan tak.. TGNA lah yang dok perbetulkan balik minda kita tentang tafsiran ulama..kemudian yang terbaharu sekali beliau memuji ucapan penangguhan YB IR Khalid Samad.. dengan mengatakan itulah ulama sebenar... cuba hangpa perati secara mendalam... kalau sebelum ini ada suara-suara sumbang mengatakan TGNA berat sebelah kerana menyebelahi Dato Husam iaitu anak didiknya... kalau hangpa nak tau Husam tu ulama ka dak hangpa pi Kelantan, ada ketika Kuliah TGNA telah diambil alih oleh Husam...Tetapi sekarang dah terbukti salah... itulah perpaduan yang TGNA bawa dalam parti.. ia mahu semua golongan turut serta dalam kerja Islam.. tak semestinya ulama saja boleh memimpin, TGNA telah meneruskan kerja-kerja yang dibawa oleh bekas Presiden PAS almarhun Dato Fadhil Nor dahulu.. buka aku nak pertikai ulama, tapi dari realitynya begitulah.. aku tak mau ambik contoh jauh-jauh.. PAS kawasan Lumut sudah cukup... sapa yang jadi YDPnya.. Ulama.. Ustaz...sorry... dah berapa penggal dah... dan sapa yang paling banyak dok buat tohmahan kepada YDP Lumut sebelum ni...yang itu aku tak boleh cerita.. nanti ada lagi orang marah kat aku..tetapi itulah jawapannya.. boleh aku katakan PAS Lumut adalah salah satu kawasan yang terbaik di Perak.

Kenyataan semalam dari TGNA iaitu mengambil pimpinan PKR dan DAP menjadi menteri sekali kalau nak buat kerajaan perpaduan adalah satu langkah bijak.. Nampak tak betapa panjangnya akal TGNA dalam berpolitik.. Dan kita boleh lihat hari ini keluar kenyataan pimpinan UMNo yang menentang...tak setuju.. termasuk dengan Mufti Perak sekali.. Baca Disini. Aku dah malas nak komen lagi bab tok mufti.. lantak pilah...

Memanglah.. mana UMNO nak setuju kalau DAP dan PKR joint sama... pertama sekali yang depa tak mau DAP. kalau PKR yang ahli bukan Melayu...pasai apa.. pertama sekali fahaman Assobiyyah masih menebal di benak otak UMNO.. tetapi dengan MCA dan MIC boleh pula.. pasainya mereka sepakat sama nak pelingkup harta negara..Kalau dengan DAP sorry la.. aku memang sokong perpaduan yang TGNA cadangkan.. pasai apa.. paling kurangpun pertemuan-pertemuan dalam gelap yang sebelum ini bukan UG pun boleh berlaku, kalau dan tubuh UG UMNO-PAS terus dok satu selimut dan sebantallah.. Ulama ka ostat ka sama ja Sheikh.. kalau dah fulus depan mata ruyup jadinya...

3 comments:

  1. Kalau nak terjun, terjun sorang-sorang, jangan pulak bocorkan kapal yang sedang gagah belayar kerana tak yakin selamat di lautan gelora yang penuh dengan Jaws yang ternganga

    ReplyDelete
  2. Di ingatkan kepada semua penyokong2 PAS supaya terus berjuang menentang kezaliman. Sudah lebih 50 tahun kita berjuang menentang puak2 yang tamak, tidak jujur dan menindas rakyat dengan sesuka hatinya. Selama ini mereka cuma pentingkan diri dan kaum keluarga nya sahaja.

    Berkat sabar dan gigih berjuang, musuh kita sudah semakin lemah dan hampir menyerah kalah. Kita kena terus berjuang hingga keakhir hayat sehingga mencapai kemenangan.

    Perjuangan kita sudah hampir mencapai matlamatnya. - hancurkan UMNO.

    ReplyDelete