Pages

Tuesday, June 2, 2009

Muktamar PAS 55 - BH ambil alih tugas UM.

Salam sejahtera....
Kalau 2 hari sudah mulai hari Ahad dan Isnin, UM cuba membuat sesuatu terhadap calon Timbalan Presiden Dato Husam, maka hari ini BH harian pula mengambil alih tugas-tugas dakyah mereka cuba untuk memesong/merosak pemikiran ahli dan penyokong-penyokong Parti PAS. Baca DI SINI

Dengan menggunakan Prof-prof plagiat yang secara terang-terangan menjadi barua UMNO sebelum ini mereka cuba nak menggambarkan yang si polan akan menang, dan 2 percabar akan tewas tipis... kepala hotak hang... hang lebih pandai dari kuasa perwakilan yang masih belum membuat pemilihan.

Buat para perwakilan yang akan memilih siapa calon timbalan Presiden PAS, aku harap ingat baliklah pesanan Almarhum Presiden PAS Dato Fadhil Noor iaitu  "Apabila Musuh menyukai kita maka ada sesutu yang tidak kena"Siapakah di antara kita mau pun pemimpin yang disukai musuh(UMNO)??? Fikir lah sendiri.

Kira tidak boleh nak dok marah hentam UMNO... sebab ini semua memang tugas utama mereka, mereka tidak boleh lihat mana-mana pemimpin PAS yang cuba nak menaikkan Imej Islam di mata rakyat Malaysia... itu adalah pantang tok nenek UMNo dari dulu sampai bila-bila...  sedaya upaya mereka akan hapuskan... Kita lihat dari kesan sejarah lampau....Arwah Prof Zulkifli Mohamad.. meninggal melalui accident, masih diragui hingga sekarang..., Arwah Ustaz Ibrahim Libya... ada ketokohan kepimpinan... mereka bunuh... kes sampai sekarang senyap.... dan yang terbaharu sekali Dato Seri IR Nizar MB Perak, UMNO lihat DS IR Nizar ada potensi untuk membawa Islam kepada semua rakyat negeri Perak, maka mereka akan halang, mereka guna segala-galanya,,, bukan kerana kuasa yang mereka mahu,,, tetapi punca utama mereka takut pada Islam,

Dan besok lusa pula mereka risau, mereka gelabah besar kalau Datuk Husam akan menang calon Timbalan Presiden. Sebabnya kerana Islam. UMNO memang tidak mahu kepada Islam.

No comments:

Post a Comment