Pages

Thursday, June 4, 2009

Muktamar PAS 55 - Contohilah PRK DUN Penanti....

Salam Sejahtera....
Malam tadi aku dok cadang nak buat posting terakhir mengenai calon Timbalan Presiden PAS Dato Husam, kerana banyak perkara maklumat yang aku dapat terutama sekali dalam pemerintahan negeri Kelantan..tapi terfikir pulak.. biarlah dulu.. aku bagi peluang lagi... mungkin belum waktunya... 

Cuma pada pagi ni aku nampak bukan aku sorang yang mahukan calon Edorgan... Blogger Mamamat pun sependapat dengan aku, MSK boss Perakexpress sama juga... jadi apa yang aku luahkan selama ini bukan aku saja, buka Kick de Fella, Tulang Besi (Malaysiawave), kepala otak berjambul, manjanik dan ramai lagi yang tak dapat aku sebutkan di sini.

Pasai apa aku sokong Husam..... pasai dalam Malaysia ni musuh no wahid dan musuh akhbar dalam hidup aku ialah UMNO...... aku ulang balik...musuh no wahid dan musuh akhbar dalam hidup aku ialah UMNO.

Bila aku sokong calon Edorgan akhir-akhir ni Tok Guru MB Kelantan pun sama, alhamdullilah nampaknya kalau pimpinan paling tinggi dalam PAS pun sokong juga, jadi aku tak rasa apa-apa salah walaupun sebelum ini fikiran aku di kuis dengan label ulamak dan sebagainya....

Dah terlalu banyak muqadimah.. kang jemu pulak hangpa nak baca... cuma di sini aku nak minta semua perwakilan PAS yang akan memilih terutama sekali Timbalan Presiden.... aku harap hangpa yang nak memilih contohilah pengundi PRK DUN Penanti minggu lalu.

PRK kecil DUN Penanti telah menunjukkan dengan jelas kepada kita bagaimana UBN begitu bangsat sekali melakukan kerja-kerja terkutuk mereka dengan melobi dan mempromosikan calon Minah Ronggeng Kak Min... sedangkan mereka tidak bertanding, apa pasal mereka sibuk... sebab mereka nak lihat PKR jatuh.... tetapi pengundi DUN Penanti cerdik...mereka tolak Minah Ronggeng dan calon PR Dr Mansor yang mereka pilih... bukan calon promosi UMNO.

Jadi dari sini aku harap perwakilan Mukatamar nanti nampak dengan mata hati, jangan jadi buta, jangan jadi kurang cerdik dari pengundi DUN Penanti, hangpa tau bukan siapa calon yang dipromosikan oleh UMNO......Pasai apa UMNO dok sibuk rumah tangga kita... siapa yang kita nak pilih...kalau tak ada sebab tak mungkin UMNO nak begitu sibuk....

Harapan aku perwakilan kenalah ikut contoh pengundi DUN PRK Penanti....tak perlu nak fikir ulamak ka apa ka... tolak calon promosi UMNO.... sokonglah calon pilihan Tok Guru MB Kelantan.

Kalau hangpa ada perasaan, ada rasa sayang pada ISLAM, ada rasa keinginan nak lihat PAS mentadbir Kerajaan Pusat... sokonglah apa yang Tok Guru MB Kelantan sokong.

No comments:

Post a Comment