Pages

Monday, June 22, 2009

Pakatan tolak idea kerajaan perpaduan

Salam Sejahtera...
Berita terkini dari Mstar..

BERITA

Pakatan tolak idea kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat yang baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan membabitkan Umno-BN.

Idea itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hujung tahun lalu.

  • E-mail this story
  • Print this story

« Kembali
Berita dari Malaysiakini..
Pakatan sepakat tolak k'jaan perpaduan
Jun 22, 09 3:39pm
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

4 comments:

  1. Oklah tu.... tapi lepaih ni jangan dok bunyi lagi UG ni. Konfius ahli dan penyokong.

    Kalau bunyi lagi UG lepaih ni, nanti orang kata ustaz2 lidah bercabang.

    ReplyDelete
  2. sonang hati ekau ManjungMali...... :)

    ReplyDelete
  3. Salam ManjungMari,
    Saya berpendapat, ahli yang terpengaruh dengan teori UG tidak boleh disalahkan. Pemimpin yang melontarkannya lah yang perlu ditarbiyahkan, termasuk Dewan Ulamak.
    Tarbiyah "bagaimana untuk memimpin". Tak kanlah pemimpin tertentu buat hal, maka ahli-ahli yang dipersalahkan?

    ReplyDelete
  4. Waalaikum Salam Dr...

    Beginilah kalau dalam Parti Orang Melayu, tak kira PAS atau UMNO.. susah nak cakap.. apa pun ahli bawahan juga yang kena..senjata utama tak wala' pada pimpinan.. bab ni nasib baik TGNA turut sama dengan kita...

    Apa pun dari kejadi tersebut kita dapat kenal yang mana satu kawan, yang mana lawan.. walaupun dalam satu jemaah..

    ReplyDelete