Pages

Monday, June 15, 2009

PAS masih terselamat dari pandangan kaum asing...

Salam Sejahtera....

Sejak selesainya muktamar seminggu yang lalu imej parti PAS di kalangan pengundi atas pagar dan bukan melayu semakin menurun...Mungkin ini segala kerja-kerja media elektronik kepunyaan BN dah hampir berjaya denga pada mulanya diwar-warkan isu Ulama dan Profesional.. diungkit diulang tayang berminggu-minggu sehingga hari muktamar maka ramailah yang terpedaya dengan tipu daya mereka... berjayalah UMNO apabila perwakilan muktamar membuat keputusan yang telah pun kita ketahui...

Aku tak mau nak ulas atau bincang bab perjalanan muktamar... sebab dah ada yang cukup terperinci di sini. Mungkin ada yang pertikai balik, itu pandangan Khalid Samad... ya lah.. itu yang ada pun, nak tunggu Harakah pooodah... Ucapan Nik Aziz selaku Mursyidul Am pun depa tak siar.. hak orang lain selain TGNA boleh pulak siar... tu macam mana cerita......

Habis saja muktamar dalam seminggu makin bertambah kecoh.. masing-masing bila dah dapat kemenangan besar. yang menang tanpa bertanding, bila ditanya oleh wartawan akhbar pro UMNO ka bukan UMNo ka.. tak kira dah... masing-masing nak bercakap isu UG... kami rakyat bawahan dah kelam kabut... Bila TGNA kelua kenyataan dibalas pulak oleh Timbalan Presiden dengan kenyataan yang tak masuk akai oleh aku...

Lepas tu keluar lagi kenyataan dfari Mustafa Ali suruh berenti pulak jangan sebut lagi buat masa ni...sebab nah hadapi PRK Manik Urai... ni apa ni...aku jadi keliru.. kekawan yang dok keliling aku di tempat kerja kebanyakannya penyokong PAS/PR hari-hari dok tanya.. apa cerita ni... depa hanya dok baca surat khabar dan TV... itu yang mereka dapat...masing-masing dah koi kurang kepercayaan kepada PAS... itulah punca terjadi gambar di atas...

Tetapi sehari dua semalam alhamdulillah, dengan sikap keterbukaan TGNA, Di SINI dan juga Di SINI. Jadi lah.. paling kurang imej PAS mungkin naik sikit dengan keterlibatan TGNA.. oii bukan senang seorang bekas ketua kerajaan Singapura yang ulung sanggup mai kunjung hormat kat TGNA. Oii kat Dr Mahathir pun dia tak pi... kecik hati orang tua tu...

Kemudian sebelum ini kita dengar dan lihat artis-artis terkenal seperti Amy Search, Siti Nurhaliza dan ramai lagi yang sanggup ke Kota Bharu bertemu bersua muka dengan TGNA. Tak terfikirkan kita kalau orang luar macam Lee Kwan Yu dan artis-artis, mereka boleh datang berjumpa bertanya khabar dengan TGNA, tetapi kita ahli PAS sendiri tidak merasa apa-apa kesalahan dengan TGNA selaku orang yang lebih tua dari kita yang ada dalam pimpinan...

Ingat, sekarang zaman IT... semua perkara berlaku dapat diketahui dalam sekelip mata... pemerhati bebas dan UMNO sentiasa memerhati kita dari luar untu menjatuhkan imej dan perpaduan yang ada didalam PAS...

Apa pun aku tunggu... jika tidak ada apa-apa perubahan seperti yang aku katakan... maka selagi itu gambar berdua tu akan ku paparkan... aku amat menyayangi dan menghormati TGNA selaku pimpinan tertinggi didalam Parti, aku tidak mahu dia saban hari mengeluarkan kenyataan dan kekata yang tidak sedap didengar oleh kita semua dek kerana permainan politik songsang oleh dua tiga orang yang ada dalam parti....

Sepatutnya kita seluruh ahli Parti bersatu mengikut apa yang diarahkan... kerana model negara Islam yang dipaparkan melalui kerajaan negeri Kelantan dah berjaya membuka mata dikalayak masyarakat antarabangsa.......


No comments:

Post a Comment