Pages

Friday, June 19, 2009

Siyasah Syar'iyah Dan Kerajaan Perpaduan

Salam Sejahtera.. Artikel ini aku ambik dari Blog Dr Wahab Arbain


Siyasah Syar'iyah mestilah bersumberkan al-Qur^an dan as-Sunnah. Kaedah-kaedah siyasah adalah rumusan dari sumber-sumber tersebut. Memang banyak kaedah yang telah dirumuskan.

Muqabalah atau pertemuan (dalam pengertian biasa) memang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Pertemuan sulit pernah dan pertemuan terbuka pun pernah. Pertemuan sulit berlaku semasa baginda di Mekah.

Pertemuan sulit yang terkenal ialah pertemuan Bai'ah 'Aqabah. Cerita mengenainya pun disebut dalam al-Qur^an. Cumanya, pertemuan sulit itu sesama muslim untuk menaklukki Madinah. Antara pertemuan terbuka ialah mengenai Perjanjian Hudaibiyyah.

Rasul-rasul terdahulu pun selalu mengadakan pertemuan dengan penguasa negara yang zalim, sperti Fir'aun dan Numruz. Tetapai, pertemuan tersebut adalah secara terbuka. Hingga orang-ramai mendengar dialog mereka yang terlibat.

Murunah atau anjal (dalam pengertian biasa) adalah antara kaedah-kaedah dalam siyasah. Maksudnya, jika dikhususkan kepada muqabalah, boleh secara terbuka dan boleh secara sulit.

Apa yang perlu diambil-kira ialah syarat dan rukun muqabalah. Kerana, setiap amalan dalam Islam hendaklah menepati syarat dan rukun. Jika tidak menepatinya maka tidak sah. Sama seperti kita bersolat dan mengerjakan haji hendaklah menepati syarat dan rukun. Jika tidak, hanya lagho. Itulah yang dikatakan, siyasah adalah sebahagian dari Islam.


Apa syarat dan rukun muqabalah untuk UG? Itu mesti dijelaskan. Memang banyak tambah kerja.iho.

No comments:

Post a Comment