Pages

Tuesday, June 16, 2009

Tindakan DS IR Nizar - Di Parlimen Semalam..

Salam Sejahtera...

Semalam 15 Jun 09 di Bangunan Parlimen Malaysia tercetus satu sejarah baharu dalam arena politik Malaysia, di mana DS Ir Nizar telah melakukan satu pembaharuan idea dan minda politik orang Malaysia... kalau sebelum ini pada 03 Mac 09 berlakunya sidang bawah pokok, tetapi semalam lain pulak yang dicetuskan oleh DS IR Nizar...

Kalau hangpa tanya apa pendapat aku?... Sebagai pengundi DUN Pasir Panjang yang mana DS IR Nizar ADUNnya tentulah aku bersetuju dengan tindakannya semalam. Setuju 100%. Aku cukup berbangga dengan sikap keberaniannya yang dicetuskan semalam. Apakah semangat keberanian Dato Sagor turun ke jasad DS IR Nizar.. Wallah huaklam.

Apa pun kalau dari pandangan UMNO biasalah ada yang kata budaya rimba., manakala setengah pihak lagi mengatakan Hang Tuah. Biasalah UMNO dah mula goyang dan takut nak menghadapi masa depan... memang dasar UMNO selama ini pun dasar penakut.. Bila berlaku budaya seperti ini UMNO lagi bertambah kecut, terutama PM 1Malaysia... memang UMNo amat mengharap terutama orang melayu berbudaya sopan santun, saling hormat menghormati, berfikiran "biarlah dah nasib aku tak ada rezeki", nasib baik aku tak kena.... itu lah budaya yang UMNO mahu pada orang melayu...

Kalau budaya yang Nizar lakukan memang budaya kurang ajar dari pandangan mata orang melayu... sebab budaya melayu kurang sopan begitu.... tapi salahkan budaya yang Nizar bawa semalam dari segi perspektif Islam... aku tak boleh jawab bab ni sebab aku bukan ustaz, aku bukannya fakeh dalam bidang agama...

Tetapi apa yang aku nampak, kalau kita nak berlawan dengan UMNO, maka contohilah apa yang dilakukan Nizar semalam...kita nak menghadapi UMNO terpaksa menghadapi dengan budaya kurang ajar... itu saja yang aku nampaka ada kesannya.. budapa sopan santun kalau nak berjumpa dengan UMNO sorry... sebabnya UMNOlah yang mula budaya kurang ajar... UMNolah yang mula menyalah guna kuasa yang ada pada badan kerajaan, UMNO tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan berbagai-bagai lagi, semuanya demi kepentingan kuasa UMNO...jadi lawannya kita terpaksa sedikit sebanyak gunakan budaya yang agak kurang ajar selagi tidak menyalahi peraturan agama islam.

Langkah berani yang ada pada Nizar, Dato Mahfuz, Dr Zulkifli, Dr Hatta sepatutnya menjadi peransang kepada Ahli Parlimen PAS yang lain-lain lagi terutamanya yang bertitle Ustaz-Ustaz tu... jangan hanya panas berani atas pentas ceramah sahaja... kat parlimen diam kuyu dan kusyuk penuh macam ulama zuhud.. Aku masih ingat waktu arwah Ustaz Dato Fadzil Nor menjadi ketua Pembangkang beliau pernah bertindak keluar dari dewan beramai-ramai sebagai tanda protes kepada kerajaan. Cuma ada sekali dalam Parlimen ada ahli parlimen yang berani bertindak seperti Nizar semalam iaitu Dr Azman Nawawi Ahli Parlimen Kuala Terengganu sewaktu Mahathir membentangkan belanjawan, Dr Azman bertindak sedemikian diatas kerajaan Pusat memotong royalti minyak kepada kerajaan Terengganu yang diperintah oleh PAS.

Sepatutnya semalam, alangkah cantiknya semua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar parlimen sebagai tanda sokongan kepada Nizar, oii... malu la sikit kepada YB Nga Khor Meng, YB Ngeh Kor Ham, YB Gopala Krisnan... jangan bimbanglah,,, pengundi ditempat YB-YB yang diam tu tak akan marah.....kami lebih suka seperti apa yang YB DS IR Nizar lakukan semalam...
TAHNIAH DS NIZAR... AKU PENDUDUK DUN PASIR PANJANG BERBANGGA DENGAN TINDAKAN SEMALAM...LAWAN TETAP LAWAN...


1 comment: