Pages

Friday, June 19, 2009

TPM Pula berfatwa...

Kalau semalam PM 1Malaysia mengeluarkan fatwa DI SINI. Maka sekejap tadi sang Timbalannya pula pun nak juga berfatwa, mana boleh, boss dia berfatwa, timbalan pun kenalah juga.. barulah hebat sikit, nanti kalau nak tubuh kerajaan perpaduan barulah kira OK.. sama-sama mantap di kedua-dua belah pihak..

Sang Timbalan PM berfatwa Undi BN pun Masuk Syurga Juga . Huhh lagi hebat...Padan lah Timbalan Presiden PAS bersemangat nak bertemu, masing-masing dah hebat... Nasib baik TGNA dah kejutkan sikit, terus terkedu....kalau tidak lingkup rakyat Islam Malaysia...

Maksud TPM mengundi PAS ka mengundi UMNO ka masuk syurga belaka...kepala hotak dia...wartawan Bernama yang melaporkan ni pun sama juga bangang.. buat laporan merosakkan aqidah umat Islam... Apa itu TPM ingat nak masuk syurga tu macam nak masuk pi Golok kat Siam tu ka...tempat Pink Turtle dok pi shopping tu.., kalau macam tu senangla.. kalau agak kamcing sikit tak ada passport pun boleh masuk pi..

Kemudian TPM berkata perkara yang menghalang sesorang masuk surga ia ialah dosa seseorang itu, aih pandai pulak.. tau pun ,,, yang tadi gatai mulut pi jawab merapu tu apa hal.. ingat perkara tu boleh senang cakap tak tentu pasai.. ini perkara aqidah, salah satu cabang daripada rukun iman, yang gatai mulut bercakap tu apa hal..

Cuma aku nak tanya?... undi UMNO tak berdosa ka?.... habaq mai...yang segala kerja mungkar tu bawah arahan sapa, semua hangpa langgar tak peduli, semua undang-undang ISA kerja sapa, arahan sapa, runtuh masjid, runtuh surau, runtuh rumah setinggan arahan siapa, kerja sapa..rampas negeri aku sapa punya kerja, tipu pedaya orang... oiii, kalau nak tulis perkara ni 2 hari 1 malam tak selesai... cuma aku nak tanya ... tak berdosa ka semua ni apa yang UMNO dok tu... lepas tu kita nak pi undi dan sokong lagi mereka ... apa ke jadahnya...

OK Undi PAS masuk Syurga.. betui lah tu.. sebabnya kalau orang yang beriman, tahu hukum hakam tentang agama buat kerja amal makruf tinggal perkara munkar, faham islam, tentulah dia undi PAS, apakah selama ini PAS Kelantan yang hampir 20 tahun memerintah membuat sebarang kerja mungkar yang tak berfaedah untuk rakyat...hangpa habaq mai kat aku.. ada.. melainkan MSO saja yang kata tak betui la ni, sebab ia tak dapat projek kambing... Malah semasa siri hujah TV9 minggu lepas MB Pahang Dato Adnan Yaakob sendiri memuji pentabiran TGNA, tak ada apa pun dia nak komen .... jadi apa hujah kita bila UNDI PAS tu tak masuk syurga... lainlah kalau yang Undi PAS tu, kerana marah kat UMNO sahaja, tetapi peribadi mengalahkan orang bukan Islam, hak itu aku tak boleh nak komen apa-apa.. itu hak Allah.. Wallahhuaklam,,,

No comments:

Post a Comment