Pages

Saturday, July 4, 2009

Ceramah Pakatan Rakyat di Dewan Tokong Kpg Acheh Setiawan.

Salam sejahtera...
Inilah pertama kali sejak 28 tahun aku menetap di Manjung, aku sampai ke Dewan Tokong ni... kalau tidak ada ceramah PR memang tak sampai aku ke sini, dan aku sendiri tak sangka dalam kawasan kampong ke dalam ada perkampongan Cina....

Waktu aku sampai sahaja bekas Exco Kanan Negeri Perak Dato Ngeh Khoo Ham tengah sedap dok beri ceramah, banyak isu-isu yang dibangkitkan, hal negeri Perak, dan juga Malaysia, yang banyak kena smash dalam ceramah tersebut ialah polis... ambik kau... sampai pakai baju hitam kena tangkap, minum kopi O hitam pun kena tangkap....!!!!

Ceramah Kedua di sampaikan pula oleh YB Manikavasagam AP KAPAR, hebat juga YB ni, padanlah dengan MB Selangor itu pun kechoh tempoh hari.., memang jenis otai juga dia,, dia pun banyak hentam polis menjalankan tugas, kes kematian Kugan 80 orang polis terlibat, dan banyak lagi kes polis yang bersangkutan kematian dalam tahanan.. kes PKFZ.. Rahman palil Adun Sementa dalam Parlimen Kapar pun ada terlibat sama,,, dan yang akhir dia pesan kalau Samy Velo mai ceramah kat Manjung, ia syorkan baling telur busuk..... lagi satu ia syorkan kalau Perak PR menang balik nanti, Kem Tahanan Kemunting jangan ditutup, isikan semula IGP Musa Hasan kat dalam tu, Samy Veloo pun kena isi juga, sebab dia Hindraf kena ISA...oii boleh tahan YB Manikavasagam ni...Jam 10 40 lebih bari DS IR Nizar sampai, waktu ni Nizar tengah terima 10,000 tandatangan bubarkan DUN Perak.. heran aku.. tak tau penat MB aku ni.. sebelum tu dah bagi tazkirah kat Surau sampai jam 9 15 baru berenti, lepas tu ada sedia makan, salin baju mai bagi ceramah.. sampai pukul 12 lebih... nak balik rumah pukul berapa baru sampai.. aduhai... kalau aku tak sanggup...

Inilah suasana aku cuba snap gambar dari jauh, suasana tokong Cina....ramai kaum Cina dan India yang hadir... kalau jadi Bubar DUN Perak, Kerusi DUN Pasir Panjang insyallah, tak kan berubah...

Topik yang disampaikan banyak hal-hal isu semasa, kes polis juga, pasai polis usung Speaker.. mana bolih, YB Sivakumar ialah ADUN Teronoh yang dipilih rakyat, kenapa beliau di usung keluar dari dewan pada 7 Mei lalu... Sila jawab wahai polis..arahan siapa.. Najib.. Zamri DPulau...

Pimpinan PR yang turut sama mendengan ceramah DS Ir Nizar...


Pak Cik baju merah ni cukup baik dengan aku, orang kampong Pasir Panjang...

Dua-dua orang ni kawan baik aku... yang T-shirt round neck tu Cina tu Hoo nama dia.. kalau jumpa aku yang dia tau panggil aku Pak Syeikh...

Yang aku tak kenai... sorry.....

Ni semua sahabat-sahabat belaka, Orang kuat Hj Nizar ada, Tokeh harakah ada, Otai Manjung ada.. sorang dua lagi aku tak perasaan ...sorry..

Depa ni menjalankan tugas macam biasa... sahabat baik ni......

Hangpa tengok tu... asyik menjalankan tugas....

Hak ni hangpa tunggu sat.. aku kena tanya Dato Ngeh apa cerita.. tak tau la pulak.. kut-kut MSK dari Perakexpress boleh baca.....

No comments:

Post a Comment