Pages

Thursday, July 16, 2009

Jangan Tuduh, Tunggu Siasatan...

Salam Sejahtera...

Satu lagi keajaiban yang berlaku dalam tugas oleh pihak penguatkuasaan Kerajaan Barisan Nasional.. Dah jadi macam ni baru masing-masing ada akai lepas ni...

Yang sedap tu ada pulak Menteri yang siang tadi umum tambang teksi dan bas hawa dingin naik harga, tau-tau buat sibuk lagi.. keluar arahan jangan buat tuduhan Di SINI. Tunggu siasatan.....

Boleh percaya ka pada siasatan... ingat apa yang berlaku pada kes mata lebam DSAI... siasat lepas siasat lepas tu terpaksa juga tubuh suruhanjaya, itu pun dah tak boleh nak elak/cover lagi... terpaksalah IGP Rahim Noor mengaku, sempat merasa dalam penjara juga dia... itu saja ... lepas tu siasatan keatas AG dengan IGP tempohari atas laporan dari DSAI juga tidak ada apa-apa kesalahan yang mereka berdua lakukan... boleh percaya ka...

Kes Kugan masih lagi belum selesai siasatan, nak tunggu berapa lama lagi, cuma siasatan oleh SPRM ni lagi brutal dari pihak polis yang membuat siasatan.. tak percaya hangpa tanya ahli-ahli UMNO yang bertanding pada pemilihan UMNO lepas yang telah ditahan oleh SPRM atas tuduhan rasuah politik wang, salah sorangnya Datuk Norza Zakaria, bekas ketua pemuda UMNO WP yang turut kena tahan... macam-macam cerita yang aku terbaca, sampai depa nak buat tunjuk perasaan tak puas hati pada SPRM... Baca kisahnya Di SINI

Jadi apakah kematian yang berlaku pada mendiang Teo Beng Hock itu tak ada kaitan dengan anggota SPRM,, sukar pihak awam nak percaya... termasuk aku sekali.. memang aku tak percaya ... Hanya Allah juga yang mengetahui keadaan sebenarnya.. Kalau siasatan yang dilakukan oleh Kerajaan yang ada sekarang ini, hanyalah sekadar untuk penyedap mata umum.. apa jadi PAC, apa jadi SUHAKAM malah SPRM sendiri cukup efisyien dengan tugas mereka jika yang melakukannya itu di pihak kerajaan PR... Kalau satu lagi hak belah sana tu... malam sikit...

4 comments:

  1. mamat yang mati tu sebenarnya dia pitam...
    maklum laa, dah seminggu dia kena sembelit...
    badannya bertoksik...jadi semasa dia berdiri di tingkap sambil menyedut 3 sik winston, dia pitam...
    jatuh laa dia...SPRM tak tau pun...
    sebab hari ni SPRM cuti peristiwa....
    ok tak siasatan teman ni?


    debatapasaja.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam tuan..pembetulan tuh, yang meninggal tu Teo Beng Hock (S/u politik kepada Ean Yong Hian Wah).. tgk kat malaysiakini.. sekian.. TQ

    ReplyDelete
  3. Waalaikum Salam...

    Neo.. Terima kasih di atas keprihatinan anda itu...


    Tekong Darat...

    Ni cerita kezaliman yang berlaku di negara kita, tak sesuai hang nak tambah cerita lawak....

    ReplyDelete
  4. erm..kalau tengok, mmg tak logik dia jatuh dari tkt 14 ke tkt 5, tp tak bersepai... buadka UTM yg jatuh dari hostel tu dari tkt 4, tp kepala cedera parah... ni kan pulak jatuh 9 tkt...

    ReplyDelete