Pages

Sunday, July 5, 2009

Jangan ulangi kenyataan samakan dasar bumiputera dengan aparteid

Hishammuddin beri ADUN DAP Skudai amaran

Jangan ulangi kenyataan samakan dasar bumiputera dengan aparteid

KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Skudai, Dr. Boo Cheng Hau yang sekali lagi menyamakan konsep bumiputera dengan dasar aparteid Afrika Selatan.

Boo yang juga Ketua Pembangkang di DUN Johor didakwa mengeluarkan kenyataan itu dalam ucapannya pada majlis pidato Persatuan Cina dan disiarkan akhbar bahasa Mandarin Selasa lalu.

Dakwaan tersebut bukan kali pertama keluar daripada mulut Boo kerana pada 26 Februari lalu wakil rakyat itu yang juga Pengerusi DAP Johor pernah mengeluarkan kenyataan sama dengan mendakwa konsep bumiputera menyamai ideologi aparteid.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemeteriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap Boo jika kenyataan beliau itu mengandungi unsur hasutan.

"Saya sedang kaji secara serius isu ini. Ini kali kedua dia buat macam tu.

"Saya minta dia berhenti kerana mengatakan sesuatu yang boleh memecahbelahkan rakyat di sidang Dewan Undangan Negeri merupakan perkara yang saya tidak akan kompromi.

"Itu merupakan kenyataan yang cukup jahat niat dan matlamatnya," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata:

"Dia (Cheng Hau) tidak boleh sembunyi di belakang DUN untuk membuat kenyataan-kenyataan seperti itu."

"Saya sendiri pun tidak boleh meletakkan diri melebihi undang-undang sedia ada. Apatah lagi dia yang menimbulkan isu sensitif khususnya kepada rakyat di Johor," katanya.

Ditanya adakah ADUN DAP itu akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata: "Banyak lagi undang-undang lain yang boleh digunakan selain ISA."

Sumber = Mstar..

Komen.. Pemahaman Dr Hoo ADUN Skudai tu memang salah.. Dasar Apartied di Afrika Selatan tu, penjajah yang datang menjajah negara itu, kemudian membuat dasar Apartied dan menindas rakyat peribumi.

Dan UMNO pulak aku pun tak tau nak sama macam sapa, cuma ia ada rupa sedikit sebanyak sama dengan dasar regim zionis.. itu yang aku nampak.. malas nak ulas...

5 comments:

  1. itu yang kau nampak

    yang aku nampak adalah sesiapa saja dalam UMNO akan menjadi kaya di sebabkan beberapa faktor yang tidak dapat di jalankan

    zionis jarang menindas orang yahudi sendiri

    dasar apa hah???

    dasar mahathirisme?? tak jugak!!!

    ini nama dia politik haram taik umno!!!

    jahanam dengan umno!!!

    ReplyDelete
  2. hahahahahhahhahahahahahhahahaha .......... dasar melayu !!!!!!!!! kalau islam lain lah sikit kot,,,,,,

    ReplyDelete
  3. Umno dengan Zionis,

    Adik beradik lain mak lain bapak.
    Tapi dalam kajian makmal, DNA diorang serupa.

    Tu pasal suka tindas orang lain, suka rampas tanah orang, suka tembak orang.

    ReplyDelete
  4. salam MM. aku pun malas nak ulas. tapi yang aku tahu, memang UMNO cukup tak guna. yang dekat perak - sah haram jadah.

    ReplyDelete
  5. aku tau dasar ape kek malaysia nih... dasar komunizem + dasar kerajaan langit... betul tak?

    ReplyDelete