Pages

Friday, July 10, 2009

Kisah Yang Dah Berlalu....

Salam Sejahtera...

Rasa kecewa oleh sahabat aku MSK dari Perakexpress masih lagi tak kunjung padam, aku faham apa yang MSK rasai, banyak rancangan-rancangannya bersama DR Wahab Arbain dan kekawan yang lain untuk rakyat Perak langsung tak kesampaian.

Jadi hangpa bacalah keluhan MSK, banyak yang boleh jadi tauladan, terutama kita yang mengaku pejuang Islam, kenalah terima apa yang dikatakan.. kita tidak nampak atau pun pura-pura tidak nampak kesalahan yang kita lakukan, tetapi orang lain akan nampak selain dari Allah S.W.T..

Kisah dan Tauladan

Jul 10th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, utama

Sebelum Muktamar Pas yang lalu, Perakexpress sibuk mempromosikan Nizar sebagai bakal calon Naib Presiden Pas. Nizar mendapat pencalonan yang begitu banyak…dan kalau dia bertanding, aku rasa dia boleh menang dengan selesa.

Tapi bila aku diberitahu bahawa Nizar menarik diri dari bertanding Naib Presiden…aku terkejut. Memang frust sebab aku rasa dia mampu membawa Pas Perak lebih baik. Tapi bila diberitahu mengapa dia menarik diri..aku terima. Bagi aku, Nizar berjiwa besar. Dia tidak mahu dilihat sebagai opportunis, cuba menggunakan popularitinya untuk mendapatkan kuasa.

Tetapi satu lagi alasan yang diberikan..yang tak pernah aku terfikir. Nizar merasakan dia masih belum teruji. Dia gagal dalam mempertahankan Pakatan Rakyat Perak sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat Perak runtuh. Dia berazam untuk menebus kegagalannya dengan mengembalikan Pakatan Rakyat Perak sebagai kerajaan yang sah.

Bagaimana seorang yang begitu diminati oleh rakyat Perak…seorang yang dapat diterima oleh majoriti rakyat Perak, tanpa mengira bangsa, agama atau pun parti…boleh gagal?

Dalam setiap ceramah…kita mendengar tentang bagaimana kesalahan diletakkan kepada Jamal, Osman dan Hee. Dan dalam cakap-cakap dikedai kopi atau dalam blog, PKR sering dipersalahkan kerana mempunyai Adun-Adun yang tidak berkualiliti, Adun yang tidak bermoral..macam-macam.

Apabila Anwar ditendang dari Umno..memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang disekeliling Anwar. Bila Pak Lah dipaksa turun, memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang di Tingkat Empat. Apabila Nizar dipaksa turun dari jawatan Menteri Besar, memang mudah menyalahkan Jamal, Osman dan PKR, tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang Pas dipejabat Menteri Besar.

Dan apabila PR Kedah hampir-hampir runtuh…memang mudah untuk menyalahkan PKR dan DAP di Kedah, tapi tidak mudah untuk menyalahkan kuasa-kuasa di “Batu 9”.

Hangpa nak kutuk Jamal sebagai pengkhianat…kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kutuk PKR kerana meletakkan calon-calon yang tidak berkualiti. Kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kata katak-katak ini tidak bermoral…kata la. Aku setuju.

Hangpa nak kata depa dua ekor ini bodoh. Kata la. Aku setuju.

Tetapi…mengapa seorang Menteri Besar yang dianggap sama taraf dengan Anwar ini tidak mampu mengawal dua ekor katak yang bodoh? Di mana kualiti pemimpin Pas yang dianggap handal ini?

Pada awal pemerintahan Pakatan Rakyat di lima negeri…Selangor merupakan negeri yang paling teruk dilanda masalah. Malah pada hari pertama lagi…Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan ‘pengkhianatan’ Dr. Hasan Ali. Tetapi dapat diselesaikan. Kemudian diikuti dengan isu babi. Jauh lebih besar, tetapi dapat diselesaikan. Ditambah pula dengan isu Eli Wong…tetapi dapat juga diselesaikan.

Tetapi di Perak..ia hanya masalah balak. Tetapi oleh kerana gagal diselesaikan…Pakatan Rakyat runtuh. Di Kedah…hanya isu tempat penyembelihan babi…menyebabkan DAP keluar Pakatan. Tiga ADUN PKR hampir-hampir melompat dan kerajaan PR Kedah hampir runtuh. Dan ia memerlukan campurtangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut di Kedah.

Apakah ianya melambangkan kualiti kepimpinan yang ada pada Pas?

Aku simpati kepada Nizar dan aku akan terus menyokong Nizar kerana aku dapat merasakan kejujurannya. Tetapi simpati aku kepada kepimpinan Pas yang lain semakin berkurangan kerana mereka hanya nampak kesalahan orang lain…tetapi jarang melihat diri sendiri.

Semasa Nizar menjadi Menteri Besar… pejabat Menteri Besar macam markas Pas. Semua staf dipejabat Menteri Besar terdiri dari orang Pas kecuali Nadarajah. Tapi Nadarajah hanya ditugaskan untuk menjaga orang India.

Orang-orang bukan Pas cukup susah nak jumpa Menteri Besar. Orang Pas boleh keluar masuk ikut suka hati. Pernah sekali aku membawa seorang rakan untuk berjumpa Nizar, tetapi diberitahu oleh Mohamad Tiang,..”Orang PKR kena jumpa Ustaz Zul.”

Bila aku nak buat Konvensyen teh tarik..nak jemput Nizar kena melalui Ustaz Zul. Tapi blogger Pas boleh buat mesyuarat dalam pejabat Menteri Besar.

Ini yang berlaku pada aku…yang berlaku pada ramai lagi orang PKR macam mana?

Nizar tak tahu perkara ini….kerana dilakukan oleh orang-orang disekeliling nya. Disebabkan orang-orang disekeliling Nizar..Nizar tumbang. Apakah Pas Kedah tidak belajar hal ini?

Aku tak mahu menyalahkan Nizar.. kerana pegawai-pegawai disekelilingnya adalah lantikan parti. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak tumbang…maka parti yang memimpin perlu juga dipersalahkan. Walaupun Pas mempunyai pemimpin yang berkualiti, yang tinggi akhlak, yang cukup bermoral…tetapi gagal memimpin. Dimana silapnya?

Kalau dalam satu program keibubapaan…seorang bapa meluahkan perasaannya, “anak saya tak dengar cakap…anak saya degil, anak saya perangai macam setan.” Siapakah yang gagal?

Apa yang berlaku di Perak, juga berlaku di Kedah. Apa yang diceritakan dikedai-kedai kopi atau blog ialah tentang tingkah laku ADUN DAP dan PKR…tapi tak ada sesiapa yang bercerita tentang kuasa ‘Batu 9’.

Pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah banyak dikuasai oleh Markas Pas Batu 9. Malah ada rungutan dikalangan ADUN-ADUN bahawa banyak pandangan dan cadangan mereka di veto oleh kepimpinan PAS, sehingga ada yang berkata bahawa keputusan EXCO pun boleh diubah sekiranya ‘Batu 9’ tidak bersetuju.

Ada yang merungut dimana peruntukan DUN tidak disalurkan kepada ADUN PKR atau DAP sepenuhnya. Hanya sebahagian disalurkan kepada ADUN manakala sebahagian lagi disalurkan terus kepada YDP Pas kawasan.

Mungkin betul tuduhan ini…mungkin fitnah. Tetapi apabila terdapat rungutan-rungutan…ianya perlu diambil perhatian. Bukan dengan menolak mentah-mentah tanpa memberikan ruang untuk menyuarakan perasaan.

Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat di Kedah perlu di munafaatkan walaupun ia menimbulkan persoalan…”mengapa baru sekarang ditubuhkan?” Jangan hanya aktif bila nak pilihanraya atau hanya bila timbul masalah.

Sumber = perakexpress.

Komen : Dimana silapnya? Ahli-ahli PAS yang terlibat lupa Sirah Nabi, lupa kepada kisah Perang Uhud, masing-masing nampak harta ghanimah... moga-moga jadi pengajaran pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment