Pages

Tuesday, July 7, 2009

PEKIDA = UMNO!!!!!

Salam sejahtera...

Sebut saja Pekida, semua orang kenal...satu kumpulan yang dinaungi oleh pimpinan UMNO .. dan juga ahli UMNO... merekalah selama ini yang membela aktiviti UMNO.. cuma satu kisah mengenai PEKIDA di Harian Metro....

Baiah jijik klon Pekida

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Segelintir individu yang mendakwa menganggotai pertubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menjalankan upacara baiah (perakuan sumpah setia) pelik dan jijik untuk merekrut ahli baru, termasuk menggunakan daging babi.

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof, mendedahkan individu terbabit sebenarnya bukan ahli Pekida, tetapi menggunakan nama pertubuhan itu untuk keuntungan diri sendiri, termasuk menjual nama mereka kepada golongan tertentu.

“Mereka sanggup menggadaikan maruah Pekida dengan mendakwa boleh dijadikan pengawal peribadi dan mengambil upah melakukan kegiatan tidak berhemah dan tidak bermoral seperti membelasah atau menculik orang.

“Kami mendapat maklumat seperti itu dalam proses pemutihan ahli sejak awal tahun ini hingga sekarang. Mereka yang sukar dikesan dianggap anggota klon Pekida yang mengetahui selok-belok pentadbiran dan pergerakan Pekida,” katanya.

Beliau menjelaskan, proses menjadi ahli Pekida dijalankan secara berakhlak berbanding Pekida klon yang menggunakan cara yang pelik dan jijik.

Antara yang dikesan Pekida ada kumpulan menggunakan daging babi untuk upacara merekrut ahli baru.

“Seseorang ahli baru perlu merangkak di bawah meja dengan di atasnya dipenuhi daging babi. Selepas merangkak, dia akan disuruh menyembah patung Buddha sambil memegang colok dibakar.

“Lebih teruk, rekrut itu diwajibkan toreh tapak tangan dengan pisau hingga mengeluarkan darah sebelum minum darah yang mengalir itu,” katanya.

Darah itu kemudian akan dicampur dengan arak sebelum diminum sebagai syarat menganggotai kumpulan itu.

Jamaluddin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan terbabit walaupun mengetahui mereka menyelewengkan nama Pekida.

“Tindakan undang-undang hanya boleh dilaksanakan polis dan majlis agama Islam negeri. Kami hanya menyalurkan maklumat,” katanya yang mendakwa ramai orang menyamar mendapatkan gelaran tertentu dalam Pekida seperti Ayahanda dan Abang Long.

Katanya, dengan menggunakan gelaran seperti itu, mereka akan dihormati dan digeruni masyarakat setempat termasuk ahli perniagaan.

Dalam Pekida, beliau menjelaskan ada tiga peringkat iaitu Pekida daerah akan mencadangkan nama tertentu sebagai Ayahanda kepada peringkat negeri untuk diluluskan sebelum disahkan Pekida pusat.

Setakat ini, hanya ada 295 Ayahanda di seluruh negara dan Sabah mencatatkan angka terkecil iaitu tujuh, manakala Melaka mempunyai Ayahanda teramai iaitu 64 orang.

Komen = Apa yang berlaku kepada UMNO, seperti ahli-ahli UMNO bumiputera Sabah yang beragama Kristian, di utara Malaysia ahli UMNO Siam yang ugama Budha, maka PEKIDA anak didik UMNO pun samalah mengikut acuan tuannya....Itu pun bila TGNA kata sesat tak nak mengaku...

No comments:

Post a Comment