Pages

Wednesday, July 29, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO... Majlis Fatwa Kebangsaan Jangan Jadi Buta, Bisu dan Pekak..


Salam Sejahtera...

Petang semalam aku sempat tengok mamat sebelah ni keluar press confrence.. bersemangat dia bercakap depan camera wartawan.. melarang akan perhimpunan pada 1 Ogos ini.. Kita nak marah kat dia pun tak boleh, dia ni pun makan gaji aja.. makin gaji besak, makin kuat dia punya suara.. main-main ka!! DCP oii... Ketua Polis Kuala Lumpur pula,,

Dia dah dah larang, kemudian dia umum polis akan mengadakan sekatan dibeberapa jalan masuk ke Kuala Lumpur mulai hari Khamis ini.... Hangpa tengok kan susah jadi nya... kesian kat kawan-kawan kita yang pangkat konstable hingga ke Chief Inspekstor.. yang sepatutnya boleh agak nak rehat sikit, dah kena arahan buat sekatan, pakat mana yang ada berasa nak cuti dah kena kensel cuti...

Bab tahanan tanpa bicara Ikut Suka Aku ni dah berapa lama dah berlalu, dah puas dah diperkatakan... dah ramai orang-orang yang berjuang untuk Islam yang paling ramai kena tahan berbanding dengan bukan Islam.. semalam dalam TV juga diambik pendapat-pendapat orang melayu paling bangang membuat kenyataan yang adanya ISA rakyat dapat hidup aman di bumi Malaysia....teringat aku sewaktu di Mekah tahun 2007 dahulu.. ada seorang teman sebilik aku samalah fikiran dengan melayu bangang dalam TV semalam....

Sepatutnya.. Majlis Fatwa Kebangsaan dah boleh buat satu keputusan sama ada tindakan ISA tu sesuai tak dengan Islam, fatwanya tak susah aiih, duduk bincanglah balik... oii malulah kalau pegang jawatang Majlis Fatwa lepas tu mesyuarat hanya untuk keluar kenyataan hukuman botox tu haram... peraduan SMS tu haram.. itu saja ka... cakap kita blogger cikai ni tak ada sapa pun ahli majlis fatwa nak ambik tauuu... cuma aku rasa puas hati juga bila ada kenyataan dari seoarang bekas mufti... baca di bawah ini..

Dr Asri: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu keluarkan fatwa mengenai ISA

PETALING JAYA: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.

Ini adalah kerana, menurut beliau, isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.

"Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa.

"Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan," kata Dr Asri melalui sebuah kiriman emel dari Lampeter, United Kingdom.

Katanya lagi, penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan.

"Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum," kata tokoh agama yang sering melontarkan pandangannya tentang isu agama dan semasa.

Jelasnya lagi, hari ini rakyat memberi berbagai pendapat tentang ISA.

Dua kumpulan iaitu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) iaitu (anti-ISA) dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - (Pro-ISA), masing-masing bercadang mengadakan perhimpunan menyokong dan membantah ISA pada hari Sabtu ini, 1 Ogos di ibu negara.

GMI bercadang untuk mengadakan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos ini dan pada masa yang sama, Magaran yang dianggotai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Perkasa dan beberapa badan-badan gabungannya turut bercadang untuk mengadakan perhimpunan menyokong akta itu. Jika kedua kumpulan inimeneruskan hasrat mereka, masing-masing menyasarkan penyertaan 100,000 orang pada perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta campur tangan baginda mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menyifatkan kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.

Melihat perkembangan yang tidak sihat ini, Dr Asri terpanggil untuk memberi pandangan beliau tentang isu ISA ini.

Katanya lagi, "Berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat.

"Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula," kata Dr Asri yang dijangka kembali ke tanah air tidak lama lagi setelah setahun membuat pengajian mendalam tentang hadith di UK...

Komen: Terima Kasih Dr Asri kerana berani menyuarakan hak-hak manusia sejagat... kalau Majlis Fatwa buat tak tau juga memang sah mereka Buta, Bisu dan Pekak dalam hati dan akai...

1 comment:

  1. BEKAS AJE BANG OIIII<<<<< masa dia jadi mufti dulu kenapa dia membisu seribu bahasa,,,,,,,,,,,, mangkok hayun juga lah dia ni,,,,!!!!!!!

    ReplyDelete