Pages

Thursday, July 9, 2009

PRK DUN Manik Urai N41 - Anak Emas Kalau BN Menang

Salam Sejahtera.....

Pagi ni aku pergi kerja lewat sikit, hanya pi punch card, lepas tu balik semula, pi Hospital Manjung, ada sahabat sama lokasi tempat kerja meninggal dunia malam tadi.

Jadi aku sempatlah tengok berita pagi jam 7.00 TV3 1/4 pagi tadi, awal mula pertama mula terus kisah Manik Urai, Muhyiden selaku TPM mengambil tempat dalam ceramah di Manik Urai menabur janji dihadapan penduduk Manik Urai yang kebanyakannya aku nampak dalam screen TV itu hanyalah wanita-wanita... jadi awas, banyaklah tugas muslimat-muslimat untuk mengatus gerak kerja nak mempertahanankan kerusi MU.

Muhyiden kata, sebelum ni MU disebut akan menjadi anak angkat olek Kerajaan Pusat, sebutan tu tak betui, anak angkat macam anak tiri pun boleh jadi, jadi ia tukar kepada anak emas... phurrh.. hebat janji UMNO memujuk pengundi MU.. apakah janji-janji semasa PRK Pengkalan Pasir dulu dah dipenuhi semuanya...aku tak tau.. tanya orang Kelantan, mungkin Pink Turtle boleh jawab...

Kemudian yang hebatnya baru ternampak TPM membaca ayat AlQuran, aku tak denar ayat berapa surah berapa, sebab dia terus baca ayat, dan tak sebut pun, tah berapa lama dok hafal ayat tu aku pun tak tau, nak pi tunjuk depan pengundi MU, kemudiannya dia baca tafsir mengenai ayat tersebut "Wahai Muhamad" hak itu yang aku ingat, kemudian kalau nak pilih pemimpin pilihlah dikalangan kamu pemimpin yang berilmu... Huhhh, hangpa tengok, dia dah cucuk jarum sikit demi sikit...dalam dok kata tak boleh sentuh isu peribadi. tapi TPM sendiri dah mula cuit... haram jadah punya manusia...
Aku nak tanya... hangpa tengok dan nilai sendiri rupa wajah gambar calun kedua-kedua tu... hangpa ingat kalau manusia yang tak berilmu boleh nak pakai serban suka-suka, nak melawa.. oiii berilmulah dia tu.. sebab dia nak pahala sunat yang berterusan, itu pasai dia istiqamah pakai serban, bukan macam sesetengah pimpinan tu, pi kat Parlimen pakai serban, pakai tali leher nak tunjuk ketrampilan kepada pemuda UMNO konon, kena pi rasmi penutup sukan PASTI pakai topi yang ada cepiau kat kepala.. haa eloklah.. tulah orang yang berilmu siap ada ijazah dari Universiti Tonto Mesir..

Kalau Abang Uji tak ada ilmu, ia tak boleh jadi pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, ia kena tahu selok belok perniagaan, ilmulah juga itu... dan fahaman yang TPM bawa inilah juga yang digunakan media termasuk Harakah dan terikut-ikut oleh separuh perwakilan PAS semasa muktamar 55 yang lepas, iaitu ulama yang ditonjolkan oleh Media UMNO mesti ada ijazah dari Universiti, lagi baik Universiti Timur Tengah, maka terjadilah apa yang berlaku sekarang, walau pun berbuih mulut TGNA menerangkan apa sebenarnya yang dikatakan ulama, tetapi kita umat islam sendiri dah terpengaruh dan tertipu dengan mainan media UMNO, kalau dulu sebelum Muktamar media UMNO menipu perwakilan PAS, kali ini di PRK DUN Manik Urai Timbalan Perdana Menteri pula cuba nak mengelirukan pengundi MU dengan menggunakan ayat Al-Quran tetapi memberi pengertian yang songsang, sama dengan fahaman yang ada didalam UMNO itu sendiri.

1 comment: