Pages

Tuesday, July 14, 2009

PRK DUN Manik Urai N41 - Siapa Yang Punya Angkara Ni...

Salam Sejahtera....

Satu berita yang dilaporkan baru berlaku di PRK DUN Manik Urai tengahari tadi..

Ramai beratur ambil wang di MU
Jul 14, 09 12:03pm
Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakinibahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

Komen: Walau pun berita ini tak ada menyebut sesiapa punya angkara ini, tetapi semua yang membaca boleh mengagak siapa punya ya.... Padanlah bawa beg besar turun dari helikopter dua tiga lepas....

1 comment:

  1. blog kbo online mohon di tautkan di blog sahabat..saye tengok takda lagi la..tq salam perjuangan

    ReplyDelete